Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Buletin

Selasa, 19 Ogos 2014 00:00

Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Kali Ke 2/2014

Rate this item
(0 votes)

Pada 18 Syawal 1435H bersamaan 14 Ogos 2014 telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Sempena Mengenang Jasa Pertukaran Dan Persaraan Pegawai Dan Kakitangan. Majlis telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan. 

Perhimpunan dimulakan dengan ucapan oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri merangkap Yang Di Pertua Kelab Sukan & Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT), Tuan Haji Norazmi Bin Berahim dan diringi dengan ucapan daripada Puan Salina Binti Adnan, Pegawai Teknologi Maklumat yang telah bertukar ke Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil kakitangan yang bersara, Encik Wan Mohd Nasir Bin Wan Ahmad.

Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapan dan amanatnya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala khidmat yang diberikan kepada pegawai dan kakitangan yang bertukar dan bersara sepanjang tempoh perkhidmatan di Perbendaharaan Negeri Kelantan. 

Dalam perhimpunan berkenaan, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri juga telah menyampaikan sijil penghargaan dan hadiah kepada kakitangan yang telah dinobatkan sebagai Warga Kerja Contoh Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kakitangan tersebut adalah:

  • Puan Nooraishah Binti Iskandar – Warga Contoh Bagi Bulan Jan-Mac 2014
  • Puan Hajah Wan Azian Binti Wan Adnan – Warga Contoh Bagi Bulan Apr-Jun 2014

Majlis disusuli dengan penyampaian cenderahati kepada Pegawai dan Kakitangan yang bertukar iaitu:

  • Puan Salina Binti Adnan
  • Cik Siah Binti Abdullah

Dan majlis diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada kakitangan yang akan bersara iaitu:

  • Puan Hajah Wan Azian Binti Wan Adnan
  • Encik Wan Mohd Nasir Bin Wan Ahmad
  • Puan Hajah Faridah Binti Ismail
  • Puan Hajah Zamilah Binti Mohamad

Majlis Perhimpunan Warga PKN Majlis Perhimpunan Warga PKN Majlis Perhimpunan Warga PKN

[ Lihat Album Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Kali Ke 2/2014 ]

{loadnavigation}
Read 1041 times Last modified on Selasa, 29 Disember 2015 16:45

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.