Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Polisi QE/5S

Web Master

Web Master

Isnin, 06 Jun 2016 10:20

Pengenalan Data Terbuka

Latar Belakang

Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) iaitu data.gov.my telah dibangunkan pada tahun 2014 dan telah mendapat penarafan Data Terbuka pada peringkat antarabangsa pada kedudukan ke-41 daripada 86 negara. Portal DTSA memudahkan data terbuka kerajaan diakses secara berpusat daripada sumber yang rasmi.

Maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam boleh dirujuk melalui pekeliling berikut: Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2015 - Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam

Khamis, 02 Jun 2016 10:14

Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

 tpkn    Nama  Mohammad Yusoff bin Hassan 
Jawatan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri 
No Tel  09-743 6429 
Email  tpkn[at]kelantan[dot]gov[dot]my 

Satu lawatan Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri telah diadakan pada 23 Syaaban 1437H bersamaan 30 Mei 2016 bertempat di Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Inspektorat Keselamatan Inspektorat Keselamatan Inspektorat Keselamatan

[ Lihat Album Lawatan Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan ]

 

Exit Conference Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2015 telah diadakan pada 22 Syaaban 1437H bersamaan 29 Mei 2016 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim. Dalam mesyuarat tersebut, Yang Amat Berbahagia Tan Sri Dato' Setia Haji Ambrin Bin Buang, Ketua Audit Negara telah menyampaikan Sijil Bersih Penyata Kewangan Tahun 2015 kepada Yang Berhormat Dato' Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan.

Exit Conference Exit Conference Exit Conference

[ Lihat Album Exit Conference ]

 

Perbendaharaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha kerajaan Negeri Kelantan telah mengadakan Kursus Asas Perakaunan Akruan dan Pengenalan Kepada Malaysia Public Sector Accounting Standard (MPSAS) pada 03 Syaaban 1437H bersamaan 10 Mei 2016 bermula jam 08.00 pagi hingga 04.30 petang bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.

Kursus Asas Perakaunan Akruan Kursus Asas Perakaunan Akruan Kursus Asas Perakaunan Akruan

[ Lihat Album kursus Asas Perakaunan Akruan ]

 

Selasa, 26 April 2016 14:34

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit telah diadakan pada 17 Rejab 1437H bersamaan 25 April 2016 bermula jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Jom Baca Bersama Jom Baca Bersama Jom Baca Bersama

[ Lihat Album Jom Baca Bersama untuk 10 Minit ]

Kursus Pemantapan Keselamatan Perlindungan Jabatan Kepada Pegawai/Kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada 10 Rejab 1437H bersamaan 18 April 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Kursus Pemantapan Keselamatan Kursus Pemantapan Keselamatan Kursus Pemantapan Keselamatan

[ Lihat Album Kursus Pemantapan Keselamatan ]

Ahad, 17 April 2016 10:20

Majlis Bacaan Yasiin & Tahlil

Majlis Bacaan Yasiin dan Tahlil untuk Allahyarhamah Pn. Sarimah bt Ab Ghani yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Khamis (14 April 2016) telah diadakan pada 9 Rejab 1437H bersamaan 17 April 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Bacaan Yasiin dan Tahlil telah dipimpin oleh En. Zakaria bin Dollah.

Bacaan Yassin dan Tahlil Bacaan Yassin dan Tahlil Bacaan Yassin dan Tahlil

[ Lihat Album majlis Bacaan Yasiin dan Tahlil ]

Program Pemeriksaan dan Ceramah Kesihatan kepada pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada 25 Jamadil Akhir 1437H bersamaan 05 April 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Ceramah Kesedaran Kesihatan telah disampaikan oleh YBhg Dr. Norzaihan binti Hassan, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Bandar, Kota Bharu. 

Pemeriksaan Kesihatan Pemeriksaan Kesihatan Pemeriksaan Kesihatan

[ Lihat Album Pemeriksaan dan Ceramah Kesihatan ]

Pertandingan Sukan Indoor Games Tahun 2016 telah diadakan pada 24 Jamadil Akhir 1437H bersamaan 02 April 2016 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. 

Sukan Indoor Games Sukan Indoor Games Sukan Indoor Games

[ Lihat Album Pertandingan Sukan Indoor Games Tahun 2016 ]

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.