Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Polisi QE/5S

Web Master

Web Master

Satu Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Kali Pertama Tahun 2018 telah diadakan pada 22 Rabiul Akhir 1439H bersamaan 10 Januari 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Dalam majlis itu, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri merangkap Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) meraikan kehadiran pegawai yang bersara. Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri juga menyampaikan amanat sempena tahun baru 2018 dan anugerah-anugerah yang telah berjaya dicapai oleh Perbendaharaan Negeri sepanjang tahun 2017.

Dalam majlis tersebut, beberapa acara telah diadakan:

  1. Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada Penerima Anugerah Warga Contoh Suku Tahun Ketiga 2017 - Puan Fauziah bt Mat Ail
  2. Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada Penerima Anugerah Warga Contoh Suku Tahun Keempat 2017 - Puan Noridah bt Mohd Nor
  3. Penyampaian Cenderahati kepada Kakitangan yang bersara - Encik Wan Eskandar b Wan Ali
  4. Penyampaian Cenderahati kepada Pegawai/Kakitangan yang bertukar
    1. Encik Mohd Mujahid b Mohammed
    2. Encik Mohd Zulhilmi b Zahari
  5. Penyampaian Insentif Penghargaan bagi Penyertaan Anugerah Inovasi ICT Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2017 - Puan Norshafini bt Md Saidan
  6. Penyampaian Hadiah bagi Penampilan Terbaik Kakitangan sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1438H
    1. Kategori Lelaki - Encik Zulhilmi b Zaidi
    2. Kategori Wanita - YM Tuan Roslina bt Tuan Ismail
  7. Penyampaian Sijil Simpanan Premium Tahun 2017 kepada Pegawai /Kakitangan yang lahir pada bulan Julai - Disember.

Majlis diakhiri dengan potongan kek hari lahir dan bacaan doa selamat oleh Encik Al Hafiz b Pambi serta jamuan makan tengah hari yang merupakan jamuan kesyukuran oleh Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri kepada semua pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeir Kelantan.

 

perhimpunanperhimpunan perhimpunan

[ Album Perhimpunan Warga ]

Khamis, 04 Januari 2018 11:30

Kursus ACL

Pada 15 Rabiul Akhir 1439H bersamaan 03 Januari 2018, satu Kursus dan Demo Aplikasi ACL telah diadakan bertempat di Bilik Latihan SPEKS, Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Kursus ACLKursus ACL Kursus ACL

[ Album Kursus ACL ]

Selasa, 02 Januari 2018 15:04

Pengiktirafan 5 Bintang AI 2016

Pada 14 Rabiul Akhir 1439H bersamaan 02 Januari 2018, satu Majlis Amanat Khas Tahun Baharu 2018 Dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan telah diadakan di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darulnaim. Di dalam majlis tersebut, Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menerima sijil-sijil di atas kecemerlangan pengurusan kewangan dan keselamatan yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Ustaz Dato' Menteri Besar Kelantan. Sijil kecemerlangan tersebut adalah :

  1. Sijil Penarafan 5 Bintang dalam Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2016 dengan memperolehi markah 98.61%
  2. Sijil Penarafan 5 Bintang dalam Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2016

 

Majlis Amanat KhasMajlis Amanat Khas Majlis Amanat Khas

[ Majlis Amanat Khas ]

screenshot slideplayer.com 2017 12 26 15 28 10 574

Makluman Tambahan Bagi Tatacara Penutupan Akaun Tahun 2017

Adalah dimaklumkan bahawa sistem SPEKS akan dibuka pada 27, 28 dan 31 Disember 2017 bagi modul tertentu sahaja yang melibatkan :

  1. baucar kuiri
  2. elaun perjalanan bulan Disember 2017
  3. elaun lebih masa bulan Disember 2017
  4. gaji sambilan bulan Disember 2017
  5. bil-bil utiliti bulan Disember 2017

Kelulusan daripada YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri diperlukan bagi pembayaran selain daripada yang dinyatakan di atas.

Rabu, 20 Disember 2017 10:51

Belanjawan Tahun 2018

01

Infografik Intipati belanjawan 2018 Kerajaan Negeri Kelantan, dengan bertemakan "KELANTAN SEJAHTERA UNTUK ISLAM" boleh dilihat dan dimuat turun di bahagian penerbitan (http://www.pkn.kelantan.gov.my/web/index.php/ms/sumber/penerbitan/ucapan-belanjawan)

Ahad, 01 Januari 2017 10:34

Transaksi Atas Talian 2017

Bilangan Transaksi Atas Talian Perbendaharaan Negeri Kelantan Bagi Tahun 2017

Bil Perkhidmatan Online Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis
1 SPEKS (Intranet) 1682 1130 1103 1684 1713 1772 1703 1672 1770 1572 1611 1615 
2 Maklumbalas - - - - - - - - - - - -
3 e-Aduan - - - 1 - - - - - - - -
4 eSPEKS 4350 4431 8013 7153 4478 3678 2248 3487 3655 4378 4471 4683 
5 eSMS 3542 3537 3617 7074 5316 3616 5717 5647 3667 5116 5370 5740 

 

Bilangan Transaksi Kaunter Perbendaharaan Negeri Kelantan Bagi Tahun 2017

Bil Perkhidmatan Kaunter Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis
1 Transaksi 570 602 485 561 495 695 685 661 531 690 695 631 
2 Pertanyaan 690 700 840 726 880 1080 840 840 700 632 780 832 

 

Pada 19 Safar 1439H bersamaan 08 November 2017, Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra telah mencemar duli untuk mendengar Taklimat Bajet Negeri Kelantan Tahun 2018 yang disampaikan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Dato' Haji Nik Kazim bin Haji Nik Yusoff. Turut hadir dalam taklimat tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato' Haji MOhd Faudzi bin Haji Che Mamat.

Keberangkatan YMM Pemangku RajaKeberangkatan YMM Pemangku Raja Keberangkatan YMM Pemangku Raja

[ Keberangkatan YMM Pemangku Raja Kelantan Ke PKN ]

Satu Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Kali Ke-3 Tahun 2017 telah diadakan pada 16 Safar 1439H bersamaan 05 November 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Dalam majlis itu, Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri mengalu-alukan kedatangan Puan Nur Mastura Bt Yahya sebagai Warga Perbendaharaan yang baru. 

Dalam majlis tersebut, beberapa acara telah diadakan:

  1. Penyampaian Anugerah Warga Contoh Suku Tahun Kedua 2017 - Encik Zulkifli Bin Che Mohamad.
  2. Penyampaian Sijil Simpanan Premium BSN Kepada Warga Yang Menyambut Hari Lahir Pada Bulan April, Mei dan Jun 2017.

Majlis Perhimpunan WargaMajlis Perhimpunan Warga Majlis Perhimpunan Warga

[ Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan ]

Tahniah di atas pencapaian cemerlang dan pengiktirafan dalam Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2016.

Anugerah Khas Anugerah Khas 

Khamis, 03 Ogos 2017 09:10

SUPERB XIV Ipoh 2017

Kejohanan Sukan Dwi Tahunan Pejabat-Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri SeMalaysia ke 14 (SUPERB XIV) telah pun berlangsung di Ipoh, Perak pada 24 – 29 Julai 2017. Lebih 1,000 pegawai dan atlet dari 13 kontinjen telah mengambil bahagian di dalam pelbagai acara seperti badminton, ping pong, tenpin bowling, futsal, dart dan karom di samping golf jemputan. Terengganu menjadi juara keseluruhan dengan pungutan 4 pingat emas dan 1 pingat gangsa, diikuti dengan kontinjen tuan rumah iaitu Perak, Sabah, Johor dan Kelantan. Kontinjen Kelantan menduduki tempat kelima dengan pungutan 1 pingat perak dalam acara badminton. 

SUPERB XIV Ipoh 2017 SUPERB XIV Ipoh 2017 SUPERB XIV Ipoh 2017

[ Lihat Album Sekitar SUPERB XIV ] | [ Pautan SUPERB XIV Ipoh 2017 ]

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.