Taklimat Sempena Lawatan Pegawai Tadbir Negeri Lantikan Baharu Tahun 2016 telah diadakan pada 11 Muharram 1438H bersamaan 12 Oktober 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.
>
[ Lihat Album Taklimat Sempena Lawatan PTN ]
Satu Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Kali Ke-3 Tahun 2016 dan Majlis Meraikan Jasa Sumbangan Pegawai Yang Bersara/Bertukar telah diadakan pada 29 Zulkaedah 1437H bersamaan 01 September 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Dalam majlis itu, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri merangkap Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) meraikan kehadiran pegawai yang bersara dan bertukar. Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri juga mengucapkan terima kasih kepada pegawai yang bersara dan bertukar di atas sumbangan yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan di Perbendaharaan Negeri.
Dalam majlis tersebut, beberapa acara telah diadakan:
Majlis ditangguhkan dan bersambung dengan Majlis Makan Tengahari Kesyukuran Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri di FZ Cafe, Lembah Sireh, Kota Bharu.
>
Acara Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan Yang Ke-59 Tahun 2016 Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan pada 28 Zulkaedah 1437H bersamaan 31 Ogos 2016 bertempat di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh yang turut dihadiri oleh Kontinjen Perbendaharaan Negeri Kelantan. Dalam acara perbarisan tersebut, Kontinjen Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mendapat tempat ketiga dalam kategori Kontinjen Terbaik.
>
Satu Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2016 Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan pada 13 Zulkaedah 1437H bersamaan 16 Ogos 2016 bertempat di Dataran Stadium Muhammad Ke IV, Kota Bharu yang turut dihadiri oleh Kontinjen Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Ustaz Dato' Menteri Besar Kelantan.
>
[ Lihat Album Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang ]
Satu Majlis Jamuan Hari Raya 'Idil Fitri Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada 27 Syawal 1437H bersamaan 01 Ogos 2016 bertempat di ruang legar tingkat 1, Perbendaharaan Negeri Kelantan.
[ Lihat Album Majlis Jamuan Hari Raya 'Idil Fitri ]
Bil | Rujukan | Tarikh | Butiran | Jawapan |
1 | SUK160422043941 | 22-04-2016 | Saya telah membuat tuntutan elaun perjalanan bagi bulan Februari 2016... Malangnya kerana kecuaian pegawai terbabit memasukkan dalam sistem eSPEKS, tuntutan saya tidak dibayar.. Ini kerana pegawai berkenaan telah bercuti selama beberapa hari bulan Mac sehingga gagal memasukkan data tuntutan saya dalam sistem... Pohon disiasat sewajarnya. |
Setelah dibuat semakan dengan Bahagian Kewangan, Jabatan XXXXXXX Negeri Kelantan, didapati tiada data tuntutan elaun perjalanan tuan bagi bulan Februari 2016 dikunci masuk ke dalam sistem SPEKS. Untuk butiran lanjut, tuan bolehlah merujuk kepada pegawai yang bertanggungjawab menyediakan baucer bayaran di Bahagian Kewangan Jabatan XXXXXXX Negeri Kelantan. Terima kasih di atas maklumat tuan. |
Bil | Rujukan | Tarikh | Butiran | Jawapan |
1 | 9WG9GA5E | 03-10-2015 | Salam. Adakah website ini user friendly? |
Terima kasih di atas maklumbalas yang diberi. Untuk pengetahuan pihak puan, laman web Perbendaharaan Negeri Kelantan boleh dilayari melalui telefon bimbit dan tablet. Disamping itu, pihak unit IT Perbendaharaan Negeri Kelantan berusaha memenuhi kriteria yang telah dikeluarkan oleh pihak Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDEC) dan mengekalkan pencapaian 5 bintang dalam Penilaian ProBE (Provider-Based Evaluation) yang sebelum ini dikenali sebagai Malaysia Government Portals And Websites Assessment (MGPWA). Sekali lagi pihak Perbendaharaan Negeri Kelantan mengucapkan terima kasih di atas maklumbalas yang diberikan. |
2 | LC62H80L | 26-01-2015 | Saya seorang penduduk aktif di kawasan Pasir Mas. Bagaimanakah cara untuk menggunakan e-Aduan? |
Terima kasih di atas maklumbalas tuan. Untuk menggunakan sistem e-Aduan, tuan boleh layari sistem e-aduan melalui url : http://aplikasi.kelantan.gov.my/eaduan Untuk panduan dan tip penggunaan sistem e-aduan, tuan boleh rujuk panduan yang disediakan di url http://aplikasi.kelantan.gov.my/eaduan/tips.pdf Atau lampiran yang diberikan bersama-sama email ini. Terima Kasih. |
Bil | Rujukan | Tarikh | Butiran | Jawapan |
1 | H7HT4D0E | 01-03-2014 | Assalamualaikum puan/tuan... Saya dari pelajar unimap, ingin bertanya tentang permohonan untuk latihan industri di terima ke di sini?? Saya mengambil kejuruteraan rangkaian komputer.. Kerjasama dari pihak sana untuk membalas segera amat saya hargai.. Terima kasih. |
Wa alaikum salam. Setelah disemak permohonan saudari tiada dalam senarai kami. Sekiranya saudari berminat untuk membuat latihan industri di Perbendaharaan Negeri Kelantan, sila emailkan resume dan dokumen berkaitan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih. |
2 | XZU0HE94 | 18-08-2014 | Laman eSPEKS payah nak layari | Terima kasih di atas maklum balas tuan. Walau bagaimanapun, maklum balas tuan terlalu umum untuk pihak kami selidik. Tuan boleh berhubung dengan pegawai kami di talian 09-7481957 sambungan 4140 untuk memaklumkan secara terperinci permasalahan tuan. Terima kasih. |
3 | 09-12-2014 | Assalamualaikum. Saya pelajar tahun akhir USIM. Saya ingin bertanya, adakah Pejabat Perbendaharaan Negeri mengambil pelajar untuk latihan industri? Buat pengetahuan tuan/puan, Latihan Industri saya bermula 26 Januari 2015 sehingga 12 Jun 2015. Diharap dapat maklum balas dari pihak tuan/puan. Terima kasih atas kerjasama. Saya boleh dihubungi di talian 014-XXXXXXX atau xxxxxxxxxxx"gmail.com. |
Wa alaikum salam. Sila emailkan resume dan dokumen berkaitan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih. |
Bil | Rujukan | Tarikh | Butiran | Jawapan |
1 | SUK130702113241 | 02-07-2013 | Sistem SPEKS dan eSPEKS selalu tidak dapat beroperasi. Harap tukar sistem lain atau upgrade semua sistem yang berorientasikan internet supaya semua urusan dapat berjalan lancar. Lokasi : Gua Musang |
Baru-baru ini terdapat kerosakan pada server SPEKS dan peralatan yang berkaitan dengan penggunaan sistem ini di beberapa jabatan di jajahan Gua Musang dan menyeabkan sistem SPEKS yang dimaksudkan tidak dapat digunakan. Ianya telahpun dibaiki kecuali di Jabatan Veterinar jajahan Gua Musang di mana server SPEKS mengalami kerosakan dan belum siap dibaiki. Walau bagaimanapun sistem ini boleh dicapai di jabatan lain yang juga menggunakan sistem SPEKS di Gua Musang seperti JPS, Pejabat Agama dan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sementara server tersebut siap dibaikpulih. |
2 | 16-07-2013 | Adakah saya boleh membuat pinjaman ke IPTA dengan pihak Perbendaharaan Kelantan? | Terima kasih di atas email saudari. Untuk makluman saudari, pihak Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak menawarkan pinjaman ke IPTA. Saudari boleh berhubung dengan pihak Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) sekiranya ingin membuat pinjaman pendidikan. Maklumat berkaitan YAKIN boleh dilayari di alamat URL : http://www.yakin.kelantan.gov.my/ |
|
3 | 12-12-2013 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ringkasan tentang diri saya : Nama : XXX XXXXX XXXXXX XXXXX XXXXX XXXX Program : SMS (Matematik Kewangan) Universiti : Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Boleh saya tahu bagaimanakah caranya jika saya ingin memohon untuk menjalani Latihan Industri / Praktikal di bawah organisasi pihak Tuan? Terima kasih di atas meklumbalas daripada pihak Tuan. |
Wa alaikumsalam. Terima kasih di atas maklumbalas saudari. Sila emailkan resume dan dokumen berkaitan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih. |
|
4 | BDGX8AP9 | 29-12-2013 |
Assalam, |
Assalamu alaikum. Terima kasih di atas maklumbalas tuan. Sila rujuk lampiran disertakan untuk maklumat berkenaan bajet Kerajaan Negeri Kelantan terhadap sektor pelancongan bagi tahun 2008-2012. Terima kasih. |
RSS adalah singkatan bagi Really Simple Syndication adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C) . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web/portal yang menyokong aplikasi ini.
Melalui RSS Feeds ini
Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk pengunjung laman web bagi mendapatkan info terkini berkaitan Perbendaharaan Negeri Kelantan dengan lebih pantas dan berkesan. Berikut adalah senarai suapan mengikut saluran/kategori berita:
Bil | Saluran/Kategori | RSS | Langganan Email |
1 | Buletin | ||
2 | Hebahan | ||
3 | e-Penyertaan |