Majlis Sempena Perpisahan Bendahari Negeri, En Ab Ghafar bin Sulaiman yang akan bertukar ke Jabatan Akauntan Negara Cawangan Negeri Kelantan telah diadakan pada 15 Jamadil Awal 1437H bersamaan 24 Februari 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Majlis Jamuan Sempena Persaraan Tuan Haji Mohamad Norizan bin Yaacob (Pegawai Eksekutif Kanan) dan Puan Wan Meriam bin Hussin (Setiausaha Pejabat) telah diadakan pada 15 Rabiul Akhir 1437H bersamaan 25 Januari 2016 bertempat di Jade Restaurant, Hotel Perdana, Kota Bharu.
Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada 15 Rabiul Akhir 1437H bersamaan 25 Januari 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Dalam perhimpunan itu, YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri telah menyampaikan cenderahati kepada kakitangan yang akan bersara iaitu Tuan Haji Mohamad Norizan bin Yaacob (Pegawai Eksekutif Kanan) dan Puan Wan Meriam bin Hussin (Setiausaha Pejabat). YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri juga menyampaikan cenderahati Anugerah Warga Contoh bagi suku tahun ke empat bagi tahun 2015 kepada YM Tengku Zarimah bt Tengku Mohd Ariffin.
Program Lawatan Kerja Pegawai dan Kakitangan ke Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak telah diadakan pada 12 Rabiul Akhir 1437H bersamaan 22 Januari 2016 bertempat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching Sarawak.
[ Lihat Album Lawatan Kerja Ke Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak ]
Pada 20 Rabiul Awal 1437H bersamaan 29 Disember 2015, satu lawatan muhibah Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) telah diatur ke rumah dua orang kakitangan Perbendaharaan Negeri iaitu Puan Norshafini binti Md Saidan, Pegawai Teknologi Maklumat dan Puan Hajah Fauzilah binti Abd Rahman, Penolong Akauntan Kanan.
Lawatan muhibah tersebut turut dihadiri oleh Bendahari Negeri, En Ab Ghafar bin Sulaiman bersama dengan AJK Kelab SUKAT. Puan Norshafini mengalami keuzuran setelah menjalani pembedahan manakala Puan Hajah Fauzilah mengalami demam dan batuk setelah pulang daripada mengerjakan ibadat umrah.
Bengkel Pengukuhan MS Office Word Dan Pengenalan Asas Kepada MS Office Excel
Tarikh : 16-17 Rabiul Awal 1437H / 28-29 Disember 2015
Tempat : Bilik Latihan SPEKS, Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Mesyuarat Tatacara Terimaan Kutipan Hasil Penutupan Akaun Kerajaan Negeri Tahun Kewangan 2015
Tarikh : 25 Safar 1437H / 06 Disember 2015
Tempat : Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim.
[ Lihat Album Mesyuarat Tatacara Terimaan Kutipan Hasil ]
Majlis Jamuan Persaraan & Pertukaran Kakitangan
Tarikh : 15 Muharram 1437H / 28 Oktober 2015
Tempat : Syam Restaurant, Jalan Hospital, Kota Bharu.
Kakitangan bersara :
Kakitangan bertukar :
Pada 08 Zulhijjah 1436H bersamaan 22 September 2015 telah diadakan satu Pengauditan Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia.
Pada 02 Zulhijjah 1436H bersamaan 16 September 2015, satu majlis Sambutan Hari Malaysia telah diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Amar Bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.