PENGENALAN
Bahagian Akaun diketuai oleh Bendahari Negeri, Gred W54. Bahagian ini terdiri daripada tiga (3) unit utama iaitu
- Unit Perkhidmatan dan Operasi
- Unit Akaun
- Unit Khidmat Perunding SPEKS.
Unit Bayaran diketuai oleh Penolong Bendahari Negeri, Gred W41. Manakala Unit Akaun dan Unit Khidmat Perunding SPEKS masing-masing diketuai oleh Penolong Akauntan, Gred W36.
Bahagian Akaun menjalankan fungsi-fungsi sebagaimana berikut :
- Menyelenggara Akaun Kerajaan Negeri
- Menyedia Penyata Kewangan Tahunan Kerajaan Negeri
- Membuat pembayaran Kerajaan Negeri
- Membuat pembayaran gaji bulanan pada hari gaji
- Mengakaunkan kutipan hasil Kerajaan Negeri
- Mengurus aliran wang tunai Kerajaan Negeri
- Memberi khidmat nasihat kepada Jabatan Negeri mengenai tatacara perakaunan Kerajaan Negeri
- Mengurus dan memantau pelaksanaan SPEKS di seluruh Jabatan Negeri.
FUNGSI BAHAGIAN PENGURUSAN AKAUN
Unit Perkhidmatan dan Operasi
- Mengurus bayaran gaji berdasarkan jadual yang ditetapkan
- Menyemak dan meluluskan baucar bayaran bagi perbelanjaan yang dibuat oleh jabatan-jabatan negeri
- Menguruskan agihan cek-cek bayaran kepada penerima bayaran
- Memberi khidmat nasihat kepada semua Jabatan Negeri mengenai tatacara bayaran perbelanjaan dan gaji
- Mengurus Kaunter
Unit Akaun
- Menyelenggara akaun dan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan Kerajaan Negeri
- Mengawal selia pewujudan dan penyelenggaraan Akaun Amanah, Akaun Deposit dan Panjar Wang Runcit
- Mengurus Aliran Wang Tunai dan Simpanan Pelaburan Al-Mudharabah (F.D.) Kerajaan Negeri
- Menyemak dan meluluskan penyata pemungut bagi kutipan hasil yang dibuat oleh semua Jabatan Negeri
- Menjalankan auditan bagi mempastikan terimaan hasil/ amanah/deposit oleh PTJ mengikut peraturan yang ditetapkan
Unit Khidmat Perunding SPEKS
- Menjalankan naziran ke atas Jabatan / PTJ untuk mempastikan Jabatan / PTJ menyediakan dokumen bayaran dan sokongan yang lengkap serta menyimpan fail bayaran dengan sempurna untuk tujuan auditan / rujukan
- Mempastikan semua Jabatan / PTJ mematuhi semua prosedur bayaran dibuat secara on-line dan mempercepatkan perlaksanaan SPEKS secara menyeluruh ke semua Jabatan / PTJ
- Mempastikan perbelanjaan yang dibuat oleh Jabatan / PTJ diperakaunkan dengan betul dan tepat
- Pastikan laporan perbelanjaan dicetak, disemak dan dibuat pelarasan termasuk Penyata Penyesuaian Vot, Amanah, Hasil & Pembangunan dihantar mengikut jadual
- Memberi khidmat nasihat dan bantuan sokongan teknikal bagi menjamin kelancaran perlaksanaan sistem SPEKS dan menjalankan latihan.