Perbendaharaan Negeri Kelantan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :
- Bahagian Khidmat Pengurusan
- Bahagian Pengurusan Kewangan
- Bahagian Pengurusan Perakaunan
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Fungsi :
Merancang, mengurus, mengawal dan menentukan pengurusan kewangan serta mengendalikan semua hal ehwal urusan pentadbiran kewangan dengan cekap dan berkesan.
Aktiviti :
- Mengendalikan hal ehwal pentadbiran jabatan, mengurus hal ehwal perjawatan dan perkhidmatan pegawai dan kakitangan.
- Merancang, melaksana, mengawal dan menguatkuasa dasar-dasar dan peraturan-peraturan kewangan.
- Memberi khidmat nasihat kepada agensi-agensi sektor awam mengenai pengurusan kewangan.
- Menyelia dan menyelaras teguran audit ke atas agensi Kerajaan dan Badan-Badan Berkanun.
- Memastikan kelancaran pengurusan kewangan berkomputer serta mengikut peraturan yang ditetapkan.
BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN
Fungsi :
Bertanggungjawab merangka dasar dan penyediaan Belanjawan Negeri serta memeriksa dan menganalisa segala rancangan dan program agensi-agensi Kerajaan bagi menentukan bahawa sumber-sumber kewangan Negeri adalah diuntukkan serta diagihkan dengan cekap dan berkesan.
Aktiviti :
- Merangka anggaran belanjawan hasil dan perbelanjaan tahunan negeri dan memastikan kawalan belanjawan yang teguh wujud di agensi-agensi Kerajaan Negeri.
- Menguruskan dan menguatkuasakan Akta Duti Hiburan.
- Menyemak dan menimbangkan permohonan-permohonan kelulusan Perbendaharaan Negeri menurut kehendak-kehendak Arahan Perbendaharaan dan Laporan Kehilangan Wang dan Harta Benda Negeri.
- Mengesan dan menyelaras kedudukan pinjaman Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kepada Badan-Badan Berkanun.
- Menguruskan pembelian dan pelupusan Harta Modal.
- Mengendalikan urusan pinjaman, samada pinjaman kenderaan mahupun pinjaman komputer
- Mengendalikan urusan pinjaman daripada persekutuan dan pinjaman kepada agensi-agensi negeri.
- Memantau pelaburan, prestasi perbelanjaan, kecekapan pengurusan kewangan serta penggunaan dan penguatkuasaan pekeliling Kerajaan.
BAHAGIAN PENGURUSAN PERAKAUNAN
Fungsi :
Menentukan dan melaksanakan sistem perakaunan Kerajaan Negeri seperti yang sepatutnya diwujudkan serta memastikan bahawa semua kawalan dan peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa oleh semua Jabatan Negeri.
Aktiviti :
- Memberi perkhidmatan perakaunan yang lengkap bagi semua urusan kewangan Kerajaan Negeri.
- Menyimpan dan menyelenggara akaun hasil dan perbelanjaan semua Jabatan Kerajaan Negeri.
- Menyedia Penyata Kewangan Tahunan Negeri untuk dikemukakan kepada Dewan Undangan Negeri.
- Menyemak baucer-baucer untuk pembayaran.
- Menyelenggara Akaun-akaun Subsidiari dan Akaun Antara Pentadbiran, memproses baucer-baucer jurnal dan menyediakan Penyata Penyesuian Bank.
- Menerima, memproses, menyemak dan meluluskan pembayaran baucer-baucer gaji anggota Kerajaan Negeri pada setiap bulan mengikut jadual