Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Displaying items by tag: SUKAT

Isnin, 15 Disember 2014 15:48

Majlis Mengenang Jasa

Satu Majlis Mengenang Jasa telah berjaya diadakan pada 18 Safar 1436H bersamaan 11 Disember 2014 bertempat di Restoran Payang Serai, Jalan Dusun Raja, Kota Bharu. 

Majlis Mengenang Jasa anjuran Perbendaharaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) itu diadakan bersempana pertukaran Bendahari Negeri, Puan Hajah Faridah Binti Mat Zin ke Kementerian Dalam Negeri, Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Perolehan dan Aset), Puan Asma Suhana Wahida Binti Wan Deraman ke Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kelantan dan Pembantu Pejabat, Encik Mat Husin Bin Mat Nor ke Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan.

Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff dan Datin Hajjah Masnah Binti Hamid.

Dalam majlis berkenaan, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri telah menyampaikan cenderahati kepada pegawai dan kakitangan yang diraikan. 

Majlis Mengenang Jasa Majlis Mengenang Jasa Majlis Mengenang Jasa

[ Lihat Album Majlis Mengenang Jasa ]

Tagged under
Rabu, 12 Mac 2014 00:00

Majlis Mengenang Jasa

Satu Majlis Mengenang Jasa telah berjaya diadakan pada 10 Jamadil Awal 1435H bersamaan 12 Mac 2014 bertempat di Four Seasons Restaurant, Jalan Sri Cemerlang. 

Majlis Mengenang Jasa anjuran Perbendaharaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) itu diadakan bersempana pertukaran Timbalan Pegawai Kewangan Negeri ke Urus Setia Integriti Dan Inovasi Negeri Kelantan dan persaraan pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan bagi tahun 2014.

Antara pegawai dan kakitangan yang akan bersara adalah Tuan Haji Wan Mod Ludin bin Haji Ibrahim (Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Bajet Dan Pinjaman)), Encik Omar Bin Mamat (Pembantu Bajet), Puan Hajjah Mazyah Binti Mahmud (Pembantu Tadbir Kanan (Kewangan)) dan Puan Hasmah Binti Abdullah (Pembantu Tadbir (Kewangan)).

Dalam majlis berkenaan, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri telah menyampaikan cenderahati kepada pegawai dan kakitangan yang diraikan. 

Majlis Mengenang Jasa Majlis Mengenang Jasa Majlis Mengenang Jasa

[ Lihat Album Majlis Mengenang Jasa ]

{loadnavigation}
Tagged under
Ahad, 05 Januari 2014 00:00

Majlis Budimu Dikenang, Jasamu Disanjung

Satu majlis bagi mengenang jasa mantan Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Hj Mohd Faudzi bin Che Mamat telah diadakan pada 3 Januari 2014 di Dewan Merbok, Hotel Renaissance. YB Dato’ Hj Mohd Faudzi hadir pada majlis berkenaan dengan ditemani oleh Datin Hjh Ros Aini bt Hj Ghazali.

Majlis Budimu Dikenang, Jasamu Disanjung dan Makan Malam Ramah Mesra yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) turut dihadiri oleh Pegawai Kewangan Negeri yang baru, YB Dato’ Hj Nik Kazim bin Hj Nik Yusoff.

Acara dimulakan dengan sesi bergambar YB Dato’ Hj Mohd Faudzi bin Che Mamat bersama pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis berkenaan turut disajikan dengan persembahan montaj, nyanyian daripada pegawai dan kakitangan perbendaharaan dan penyampaian anugerah khas SUKAT.

Diakhir majlis, pegawai dan kakitangan perbendaharaan mengambil kesempatan bersalam-salaman dengan YB Dato’ Hj Mohd Faudzi bin Che Mamat.

  

[ Lihat Album Majlis Budimu Dikenang, Jasamu Disanjung ]

{loadnavigation}
Tagged under
Isnin, 29 Julai 2013 00:00

Program Majlis Ilmu QE "Piala Ramadhan"

Pada 19 Ramadhan 1434H bersamaan 28 Julai 2013 (Ahad), satu program Majlis Ilmu QE “Piala Ramadhan” telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis ilmu tersebut dianjurkan bersama Jawatankuasa Promosi QE Perbendaharaan Negeri Kelantan dan SUKAT bertujuan untuk menghidupkan kembali suasana QE di kalangan warga Perbendaharaan Negeri Kelantan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Majlis telah dihadiri oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri dan warga Perbendaharaan Negeri Kelantan. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Mohd Azhar Bin Abdullah, Pensyarah Jabatan Al-Dakwah Wal Qiadah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Dalam majlis tersebut juga, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri berbesar hati menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadhan kepada setiap ahli zon QE Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Tagged under
Selasa, 17 Julai 2012 14:41

Perlawanan Bowling Antara Kakitangan

Perlawanan Persahabatan Bowling Amalan Persekitaran Berkualtii (QE) dan SUKAT Perbendaharaan Negeri telah diadakan pada 16 Julai 2012 bertempat di Pacific Bowl, KB Mall pada jam 8.30 Malam. Seramai 47 peserta yang diwakili oleh setiap zon dan jawatankuasa latihan, promosi dan audit QE serta Sekretariat telah mengambil bahagian dalam program ini. Program ini telah disempurnakan oleh YB. Dato' Hj. Mohd Faudzi Bin Hj. Che Mamat,  Pegawai Kewangan Negeri Kelantan. Pemenang Bagi kategori berkumpulan  telah diungguli oleh Zon RInggit dan bagi kategori individu VIP telah dimenangi oleh EN. Nik Faizai Bin Mohamed, Pen. Peg. Kew. Neg.(Hasil), manakala kategori jumlah jatuhan pin paling banyak lelaki dimenangi oleh En. Ahmad Shattar B. Mohamad dan wanita dimenangi oleh Pn. Fauzillah Bt. Abd. Rahman. Bagi Kategori jumlah jatuhan pin paling menarik lelaki diungguli oleh En. Mohd Hisyam B. Alias dan wanita, Pn. Norhazihan Bt. Mat Rani. Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan amalan QE di Perbendaharaan Negeri dan hebahan penjenamaan semula singkatan nama bagi Kelab Sukan Dan Kebajikan Negeri Kelantan daripada panggilan KEPENG kepada SUKAT dan untuk mengeratkan lagi siraturrahim diantara pegawai dan kakitangan di Perbendaharaan Negeri Kelantan.Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya dan pengharagaan kepada semua peserta yang menyertai program.

Tagged under
Selasa, 03 Julai 2012 09:32

Lawatan SUKAT

Pada 1 Julai 2012 bersamaan 11 Syaaban 1433H,  Biro Kebajikan Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) telah mengadakan satu lawatan ziarah ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu bagi meraikan kelahiran permata sulung kepada Kakitangan Perbendaharaan Negeri, En. Azmi Bin Mohamad. Beliau telah dikurniakan seorang anak lelaki pada 30 Jun 2012. Lawatan ziarah disertai oleh Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Perolehan & Aset) dan beberapa pegawai wanita yang lain dan sumbangan berbentuk tunai daripada SUKAT telah disampaikan kepada Keluarga En. Azmi Bin Mohamad bagi membantu menguruskan kelahiran permata beliau. Sekalung Tahniah daripada Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Tagged under
Halaman 2 dari 2
Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.