Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form
Khamis, 18 Mei 2017 12:07

Inovasi & KIK

Written by

bocs idea

Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menyahut seruan kerajaan dengan mengadakan pelbagai inovasi dalam meningkatkan mutu kerja pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan. Setiap tahun Perbendaharaan Negeri Kelantan menyertai Inovasi ICT yang diketuai dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Disamping itu, pada penghujung tahun 2017, Perbendaharaan Negeri telah berjaya menubuhkan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) sendiri. KIK adalah merujuk kepada sekumpulan kecil pekerja daripada unit kerja yang sama atau melintasi jabatan, bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih, menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja dan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan pihak pengurusan serta melaksanakan keputusan tersebut setelah dipersetujui. 

Khamis, 09 Jun 2016 12:21

Skim Pinjaman Peribadi Kelab SUKAT

Written by
Objektif : Menyediakan satu peluang/kemudahan pinjaman kepada ahli SUKAT yang memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan kegunaan kecemasan.
Kelayakan : Semua ahli SUKAT yang berstatus tetap, kontrak, sambilan dan pinjaman yang sedang berkhidmat di Perbendaharaan Negeri Kelantan
Jumlah Pinjaman : Maksima RM1000.00
Bayaran Proses : RM20.00 (akan dipotong terus dalam jumlah pinjaman)
Bayaran Bulanan : RM100/Sebulan
Kaedah Bayaran : Potongan Gaji. Memo arahan potongan gaji akan dihantar ke Unit Gaji, Bahagian Pentadbiran untuk potongan bulanan.
Kuota Peminjam : Maksima 3 orang dibenarkan sebulan
Ulangan Pinjaman : Pinjaman kedua/seterusnya dibenarkan setelah baki pinjaman pertama telah diselesaikan dan kesemua senarai peminjam yag menunggu sehingga bulan tersebut telah selesai membuat pinjaman.
Peminjam Bertukar : Potongan gaji akan tetap diteruskan sehingga baki selesai dijelaskan.
Peminjam Berhenti/Pencen : Ahli yang masih mempunyai baki pinjaman, potongan gaji berdasarkan mengikut jumlah baki terakhir pinjaman akan dibuat mengikut arahan semasa daripada Bendahari SUKAT.
Kuatkuasa : Serta merta.

Tarikh : 15 Safar 1437H / 26 November 2015.

Khamis, 09 Jun 2016 11:54

Kelab SUKAT

Written by

Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (Kelab SUKAT)

TUJUAN PENUBUHAN

Kelab ini ditubuhkan bagi tujuan-tujuan berikut :-

  1. Memberi kemudahan bersukan dan kegiatan kebudayaan dan kebajikan kepada semua ahli.
  2. Mengeratkan persahabatan dan perhubungan di antara ahli-ahli dari pelbagai unit di pejabat ini.

KEAHLIAN

Keahlian Kelab SUKAT adalah terdiri daripada pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Bil Perkara Jumlah Kadar Semasa (RM) Catatan
1 a. Persaraan Ahli 200.00  
b. Pertukaran Kerja Ahli 100.00  
2 Kematian    
a. Ahli 200.00  
b. Ibu/Bapa/Anak/Pasangan 100.00  
3 Hospital

 

 
a. Ahli Masuk Wad / Sakit 100.00 Minimum 3 hari
b. Bersalin (Ahli/Pasangan) 100.00 Tiada had bilangan anak
4 Anak-Anak Ahli Cemerlang Dalam Pelajaran
(Keputusan Tertinggi sahaja dalam Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM, SMU dan STAM)
100.00 UPSR - 5A
PT3 - 8 Subjek
SPM - 9 Subjek
STPM
SMU - 8 Subjek
STAM - 10 Subjek
5 Perkahwinan Ahli Yang Pertama Sahaja 100.00  
6 Sijil Simpanan Premium untuk Sumbangan Hari Lahir  30.00  
7 Staf Sambung Belajar 100.00 Skim Baru 
8 Haji Pertama 100.00 Skim Baru

Nota : Permohonan hendaklah dibuat melalui Bendahari Kelab SUKAT (sila sertakan dokumen berkaitan untuk pengesahan)

Disemak pada : 28 Oktober 2015

Sabtu, 01 Jun 2013 00:00

Polisi QE/5S

Written by

Matlamat ke arah melahirkan kakitangan Perbendaharaan yang cekap dan berkualiti untuk menentukan kejayaan Pejabat Perbendaharaan yang sentiasa menyediakan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan sekali gus meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam negeri Kelantan.

Sabtu, 01 Jun 2013 00:00

Logo QE/5S

Written by

QE Logo

Rasionalisasi :

  1. QE - Quality Environment (Persekitaran Berkualiti)
  2. Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa amal - Prinsip-prinsip asas dalam amalan QE yang dahulunya dikenali sebagai 5S
  3. World Globe - Negeri Kelantan mengamalkan QE sebagaimana yang diamalkan di negara-negara lain di dunia
  4. Merah - Warna kebanggaan Negeri Kelantan yang menunjukkan kesungguhan dan keberanian untuk berubah serta sentiasa bermotivasi dalam melaksanakan QE
  5. Jata - Negeri Kelantan.
 
 
Sabtu, 01 Jun 2013 00:00

Objektif QE/5S

Written by
  • Melahirkan pekerja yang cekap
  • Mewujudkan suasana kerja yang ceria dan harmoni
  • Mewujudkan semangat bekerjasama pekerja antara satu sama lain
  • Mempertingkatkan insfrastruktur kemudahan kepada pekerja dan pelanggan
  • Melahirkan pekerja yang membudayakan konsep "Pejabatku, Rumahku"
Sabtu, 01 Jun 2013 00:00

Moto QE/5S

Written by

Sentiasa Cekap Dan Ceria

Sabtu, 01 Jun 2013 00:00

Amalan QE/5S

Written by

Amalan QE/5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan QE/5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan Amalan QE/5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.

QE/5S adalah singkatan bagi istilah Jepun seperti Seiri (SISIH), Seiton (SUSUN), Seiso (SAPU), Seiketsu (SERAGAM) dan Shitsuke (SENTIASA AMAL). Aktiviti ini merupakan aktiviti yang mudah dilakukan. Selain menggunakan cara kerja yang bersesuaian ianya akan menghasilkan impak yang lebih praktikal.

Halaman 2 dari 2
Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.