Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form
Khamis, 11 Januari 2018 11:37

Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Kali Ke-1 Tahun 2018

Rate this item
(0 votes)

Satu Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Kali Pertama Tahun 2018 telah diadakan pada 22 Rabiul Akhir 1439H bersamaan 10 Januari 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Dalam majlis itu, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri merangkap Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) meraikan kehadiran pegawai yang bersara. Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri juga menyampaikan amanat sempena tahun baru 2018 dan anugerah-anugerah yang telah berjaya dicapai oleh Perbendaharaan Negeri sepanjang tahun 2017.

Dalam majlis tersebut, beberapa acara telah diadakan:

  1. Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada Penerima Anugerah Warga Contoh Suku Tahun Ketiga 2017 - Puan Fauziah bt Mat Ail
  2. Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada Penerima Anugerah Warga Contoh Suku Tahun Keempat 2017 - Puan Noridah bt Mohd Nor
  3. Penyampaian Cenderahati kepada Kakitangan yang bersara - Encik Wan Eskandar b Wan Ali
  4. Penyampaian Cenderahati kepada Pegawai/Kakitangan yang bertukar
    1. Encik Mohd Mujahid b Mohammed
    2. Encik Mohd Zulhilmi b Zahari
  5. Penyampaian Insentif Penghargaan bagi Penyertaan Anugerah Inovasi ICT Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2017 - Puan Norshafini bt Md Saidan
  6. Penyampaian Hadiah bagi Penampilan Terbaik Kakitangan sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1438H
    1. Kategori Lelaki - Encik Zulhilmi b Zaidi
    2. Kategori Wanita - YM Tuan Roslina bt Tuan Ismail
  7. Penyampaian Sijil Simpanan Premium Tahun 2017 kepada Pegawai /Kakitangan yang lahir pada bulan Julai - Disember.

Majlis diakhiri dengan potongan kek hari lahir dan bacaan doa selamat oleh Encik Al Hafiz b Pambi serta jamuan makan tengah hari yang merupakan jamuan kesyukuran oleh Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri kepada semua pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeir Kelantan.

 

perhimpunanperhimpunan perhimpunan

[ Album Perhimpunan Warga ]

Read 4187 times Last modified on Khamis, 11 Januari 2018 11:59

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.