14 Zulhijjah 1439H bersamaan 26 Ogos 2018 merupakan hari terakhir YB Dato Haji Nik Kazim bin Haji Nik Yusoff berkhidmat sebagai Pegawai Kewangan Negeri. Pegawai dan kakitangan beratur sepanjang laluan dan bersalaman dengan YB Dato' Haji Nik Kazim bin Haji Nik Yusoff sempena persaraan YB Dato'.
Bengkel Kemaskini Pendaftaran Jalan-Jalan Negeri MARRIS On-Line Negeri Kelantan Siri 2 telah diadakan pada 02-04 Zulhijjah 1439H bersamaan 14-16 Ogos 2018 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.
Bilangan Transaksi Atas Talian Perbendaharaan Negeri Kelantan Bagi Tahun 2018
Bil | Perkhidmatan Online | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | SPEKS (Intranet) | 1682 | 1130 | 1103 | 1684 | 1713 | 1772 | 1770 | 1672 | 1770 | 1572 | 1611 | 1650 |
2 | Maklumbalas | - | - | - | - | - | - | - | - | - | - | - | - |
3 | e-Aduan | - | - | - | - | - | - | - | - | - | - | - | - |
4 | eSPEKS | 4350 | 4431 | 8013 | 7153 | 4478 | 3655 | 12248 | 3487 | 3655 | 4378 | 4471 | 4413 |
5 | eSMS | 3542 | 3537 | 3617 | 7074 | 5316 | 3667 | 5761 | 5647 | 3667 | 5116 | 5370 | 5770 |
Bilangan Transaksi Kaunter Perbendaharaan Negeri Kelantan Bagi Tahun 2018
Bil | Perkhidmatan Kaunter | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Transaksi | 570 | 602 | 485 | 561 | 495 | 632 | 632 | 661 | 531 | 690 | 695 | 576 |
2 | Pertanyaan | 690 | 700 | 840 | 726 | 880 | 1050 | 888 | 840 | 700 | 632 | 780 | 752 |
Kumpulan T-Creative dari Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menyertai pertandingan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) pada 19 Zulkaedah 1439H bersamaan 01 Ogos 2018 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim sempena Majlis Persada Inovasi Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2018 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
Satu program hari keluarga Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada 19-21 Julai 2018 bertempat di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. Program hari keluarga yang diadakan sekali setiap dua tahun ini dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) bertemakan "Jom Santai Sama-Sama". Pelbagai acara sukaneka dan aktiviti diadakan dan mendapat sambutan yang meriah dari kalangan ahli SUKAT dan keluarga. Dalam Majlis Makan Malam, selain daripada persembahan video montaj dan persembahan setiap zon, pelbagai anugerah dan cabutan bertuah diberikan. Berikut adalah anugerah yang telah disampaikan pada majlis tersebut:
[ Lihat Video Montaj Hari Keluarga 2018 ]
[ Lihat Album Hari Keluarga : Pendaftaran ]
[ Lihat Album Hari Keluarga : Sukaneka ]
[ Lihat Album Hari Keluarga : Makan Malam ]
Satu taklimat berkenaan Program Hari Keluarga Perbendaharaan Negeri Kelantan Tahun 2018 akan diadakan pada hari Rabu, 05 Zulkaedah 1439H bersamaan 18 Julai 2018 jam 09:00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Semua pegawai dan kakitangan dijemput hadir untuk mendengar taklimat berkenaan.
Pada 12 Syawal 1439H bersamaan 26 Jun 2018 telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Idil Fitri 1439H di Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis yang bermula pada jam 12.00 tengahari dihidangkan dengan pelbagai hidangan dan juadah serta diserikankan lagi dengan alunan muzik bertemakan hari raya.