Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan

Displaying items by tag: profil

Sabtu, 01 Jun 2013 00:00

Anugerah & Pengiktirafan

Antara Anugerah & Pengiktirafan Yang Diterima Oleh Perbendaharaan Negeri Kelantan :

Tahun 2011
mgpwa2011      
Penarafan 4 Bintang
Pengurusan Kewangan
Berdasarkan Indeks
Akauntabiliti Tahun 2011
Penarafan 5 Bintang
Malaysia Government
Portal & Websites
Assessment 2011
     
Tahun 2012
ai 2012      
Penghargaan JPA Atas
Kejayaan Melaksanakan
Majlis Bersama Jabatan
(MBJ) Tahun 2012
Anugerah Kecemerlangan
Pengurusan Kewangan
Berdasarkan Indeks
Akauntabiliti Tahun 2012 
     
Tahun 2013
mpc 2013      
Sijil QE 5S
 
Sijil Anugerah Inovasi ICT
Tahun 2013 
     
Tahun 2015
MPC 2015 Naziran 2015 2015 kontinjen
Sijil QE 5S Sijil Pengiktirafan 5 Bintang
KPI HRMIS 2015
Sijil Pencapaian 4 Bintang
Naziran 2015
Sijil Audit Bersih
Tahun 2015
Tempat Ke-3 Kategori
Pakaian Kontinjen Terbaik
Sempena Sambutan Hari
Kebangsaan 2015
Tahun 2016
2016 perintisandroid 2016 kontinjen 2016 inovasiict 2016   Sijil Audit Bersih 2016  2016 kpihrmis
Anugerah Perintis
Pembangunan Aplikasi
Mudah Alih Kerajaan
1437H/2016M
Tempat Ke-3 Kontinjen
Terbaik Sempena
Sambutan Hari
Kebangsaan 2016
Tempat Ke-3 Anugerah
Inovasi ICT Tahun 2016
Sijil Audit Bersih
Tahun 2016
Sijil Pengiktirafan Bintang
KPI HRMIS Tahun 2016
2016 keselamatan 2016 Sijil Pengiktirafan 5 Bintang AI 2016      
Anugerah Khas
Keselamatan Perlindungan
Tahun 2016
Sijil Pengiktirafan 5 Bintang
AI Tahun 2016
     
Tahun 2017
 2017 Inovasi ICT 2017        
Sijil Penghargaan
Anugerah Inovasi ICT
Tahun 2017
       
Published in Profil
Sabtu, 01 Jun 2013 00:00

Objektif, Visi Dan Misi

Objektif

  • Meningkatkan Pendapatan Hasil Negeri Dan Pungutannya
  • Memperuntukkan Kewangan Yang Cukup Bagi Pelaksanaan Aktiviti-Aktiviti Kewangan Negeri Kelantan
  • Memastikan Pengawalan Perbelanjaan Dan Pungutan Hasil Di Semua Jabatan Kerajaan Negeri Dilaksanakan Dengan Cekap Dan betul
  • Memberi Khidmat Nasihat Berkenaan Belanjawan Dan Lain-Lain Perkara Kewangan Kepada Badan-Badan Berkanun Negeri Dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Visi

"Ke Arah Memantapkan Prestasi Kewangan Kerajaan Negeri"

Misi

"Menyediakan Bajet Berimbang Selaras Dengan Punca Hasil Negeri Dan Memastikan Perbelanjaan Mengurus Berada Di Tahap Yang Terkawal Dengan Penggunaan Sistem Dan Teknologi Maklumat Yang Terkini"

Published in Profil
Tagged under
Sabtu, 01 Jun 2013 00:00

Pengenalan

Pejabat Perbendaharaan Negeri merupakan salah sebuah Jabatan Kerajaan Negeri Kelantan. Perbendaharaan Negeri adalah Jabatan yang bertanggungjawab menetapkan dasar dan peraturan kewangan Kerajaan Negeri. Tanggungjawab ini juga termasuk mengawal selia semua Jabatan Negeri dengan memastikan segala terimaan dan bayaran dibuat mengikut peraturan kewangan. Selain itu, Perbendaharaan Negeri juga memantau dan membuat tindakan susulan terhadap Jabatan bagi memastikan rekod hasil, perbelanjaan, akaun amanah dan rekod kewangan lain diselenggarakan dengan lengkap dan teratur.

Pejabat ini mempunyai visi untuk menjadikan Negeri Kelantan sebagai sebuah negeri yang kedudukan kewangannya mantap, kukuh dan mampan. Misinya pula adalah untuk menyediakan bajet berimbang dan memastikan perbelanjaan mengurus sentiasa berada di tahap yang terkawal yang akan menjadikan Perbendaharaan Negeri Kelantan sebagai jabatan terbaik dari segi tadbir urus kewangan yang kemas, bersistemetik serta telus dengan menitik beratkan kepada Islam sebagai teras utama. 

Dasar kualiti Perbendaharaan Negeri adalah untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan dan kawalan kewangan yang cekap dan berkesan kepada semua pelanggan yang meliputi Jabatan Negeri, Agensi Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri dan orang awam. Pejabat Perbendaharaan Negeri diketuai oleh Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri yang merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik sebagai Ex-Officio. Perlantikan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri adalah mengikut Perkara 13 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Pejabat Perbendaharaan Negeri dibahagikan kepada tiga Bahagian utama iaitu

  • Bahagian Khidmat Pengurusan
  • Bahagian Pengurusan Kewangan
  • Bahagian Pengurusan Perakaunan

Aktiviti utama Bahagian Khidmat Pengurusan ialah menjalankan urusan pentadbiran dan operasi harian jabatan. Tiga unit telah diwujudkan di bawah aktiviti ini iaitu

  • Unit Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia
  • Unit Pengurusan Kewangan Dan Pemantauan Audit
  • Unit Komputer

Manakala aktiviti utama Bahagian Pengurusan Kewangan ialah mengawal dan menyelia supaya peraturan kewangan dipatuhi oleh semua Jabatan Negeri serta bertanggungjawab menyedia bajet Kerajaan Negeri. Empat unit utama telah diwujudkan iaitu

  • Unit Hasil
  • Unit Belanjawan Dan Pinjaman
  • Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset
  • Unit Analisa Dan Pemantauan Pelaburan

Aktiviti utama Bahagian Pengurusan Perakaunan pula ialah bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan pengiraan dan perakaunan bagi semua urusan kewangan Kerajaan Negeri. Bahagian ini juga bertanggungjawab menyimpan dan menyelenggara akaun hasil dan perbelanjaan serta menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri. Di bawah aktiviti ini, tiga unit telah diwujudkan iaitu

  • Unit Perkhidmatan Dan Operasi
  • Unit Akaun
  • Unit Khidmat Perunding SPEKS

Perbendaharaan Negeri Kelantan mengamalkan tiga amalan teras iaitu "Ubudiah, Mas’uliah dan Itqan" sebagaimana yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri yang menjadi pemangkin kepada kemajuan dan kemakmuran Negeri Kelantan. 

Published in Profil
Tagged under
Halaman 2 dari 2
Hakcipta © 2010 - 2022 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.