Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form
Web Master

Web Master

Ahad, 30 Ogos 2020 14:43

Kursus Awareness COA

Satu Kursus Awareness Bil 2/2020 - Chart Of Account (COA) telah diadakan pada 06-07 Muharram 1442H bersamaa 25-26 Ogos 2020 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim

Lihat Album

Satu Mesyuarat Pre Exit Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun 2019 telah diadakan pada 10 Zulkaedah 1441H bersamaa 02 Julai 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan

Lihat Album

Rabu, 10 Jun 2020 08:34

Lawatan Penanda Aras EKSA

Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mengadakan satu lawatan penanda aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) pada hari Selasa, 22 Rejab 1441H bersamaan 17 Mac 2020 bagi melihat pelaksanaan EKSA di JAHEAIK.

Lawatan ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Latihan EKSA Perbendaharaan Negeri Kelantan. Seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Audit Dalam, Jawatankuasa Promosi dan Jawatankuasa Latihan serta beberapa ahli daripada setiap zon iaitu Zon Ringgit, Zon Riyal dan Zon Dinar.

Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan serta pemahaman yang lebih meluas kepada ahli-ahli jawatankuasa serta warga Perbendaharaan Negeri Kelantan mengenai EKSA. 

Lihat Album

Mesyuarat Persediaan Pelaksanaan Go-Live iSPEKS bersama Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah diadakan pada 03 Rejab 1441H bersamaan 27 Februari 2020 di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Lihat Album

Ahad, 16 Februari 2020 15:27

Mapping Kod Akaun SPEKS

Mapping Kod Akaun SPEKS kepada iSPEKS bersama pihak Bahagian Khdimat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi pelaksanaan Go-Live Sistem iSPEKS telah diadakan pada 18-19 Jamadil Akhir 1441H bersamaan 12-13 Februari 2020 di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan.

mapping kod akaun
mapping kod akaun
mapping kod akaun

[ Lihat Album Mapping Kod Akaun ]

Khamis, 13 Februari 2020 09:57

Majlis Pelancaran EKSA

Satu Taklimat berkenaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kepada pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada hari Isnin, 16 Jamadil Akhir 1441H bersamaan 10 Februari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Taklimat disampaikan oleh YBrs. Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Khidmat Pengurusan), Puan Noraz Leley binti Muhamad.

Majlis diteruskan dengan ucapan amanat dan gimik Pelancaran Pelaksanaan EKSA Peringkat Perbendaharaan Negeri Kelantan oleh YB Dato' Ahmad Robert bin Abd Rahim, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan. 

pelancaran eksa
pelancaran eksa
pelancaran eksa

[ Lihat Album Pelancaran EKSA ]

Khamis, 06 Februari 2020 08:58

EKSA

Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan QE/5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha untuk memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Majlis Penyerahan Penyata Kewangan Negeri Kelantan Tahun 2019 kepada Pengarah Audit Negara Negeri Kelantan telah berlangsung pada 13 Jamadil Awal 1441H bersamaan 09 Januari 2020 bertempat di Jabatan Audit Negara Negeri Kelantan, Wisma Audit, Bandar Baru Tunjong. 

Penyerahan Penyata Kewangan
Penyerahan Penyata Kewangan
Penyerahan Penyata Kewangan

[ Lihat Album Majlis Penyerahan Penyata Kewangan Tahun 2019 ]

Satu Sesi Libat Urus Berhubung Tatacara Perolehan Kerajaan Yang Dilaksanakan Oleh Kerajaan Negeri Dan Badan Berkanun Negeri telah diadakan pada hari Khamis, 15 Rabiul Akhir 1441H bersamaan 12 Disember 2019 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim. Sesi libat urus bersama Kementerian Kewangan Malaysia ini diadakan bagi memahami dengan lebih lanjut mengenai skop kaedah pelaksanaan perolehan di Negeri Kelantan. Turut hadir dalam sesi libat urus ini adalah YBhg. Datin Nik Roslini binti Raja Ismail, Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia.

20191212 sesi libat urus 1
20191212 sesi libat urus 2
20191212 sesi libat urus 3

[ Lihat Album Sesi Libat Urus ] [ Muat Turun Slaid Pembentangan ]

Isnin, 04 November 2019 14:34

Perutusan YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang dan jutaan terima kasih kerana melayari laman web rasmi Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Saban hari penggunaan internet semakin digemari oleh setiap lapisan masyarakat di negara kita. Ianya terus mendapat perhatian meluas terutamanya di kalangan generasi Z yang lahir dengan teknologi moden seakan-akan menjadi satu kemestian dan keutamaan hidup manusia disebabkan keupayaannya menyebarkan maklumat dengan pantas. Ideologi maklumat di hujung jari pula digunapakai dan dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ke tahap maksima agar hasilnya turut mencapai objektif maksima. Contoh-contoh yang dapat kita lihat pada hari ini menunjukkan perkembangan teknologi sedikit sebanyak turut mengubah cara manusia berkomunikasi dan berinteraksi. Walaupun manusia tidak berhubungan secara  lahiriah  tetapi komunikasi  tetap  akan  berlaku. Selagi  bernyawa  manusia  akan berkomunikasi  tidak  kira  di  mana  sahaja kerana  manusia  tidak  boleh  hidup sendirian.  Daripada bentuk komunikasi bersemuka, kini komunikasi telah berubah kepada komunikasi secara maya dengan menggunakan laman web dan laman sosial tertentu sebagai perantara.

Sejajar dengan perubahan tersebut, laman web ini diwujudkan sebagai saluran rasmi penyampaian maklumat terkini mengenai dasar, pekeliling, penerbitan, produk, perkhidmatan dan aktiviti jabatan termasuk menyediakan capaian ke atas perkhidmatan atas talian secara interaktif mengikut kluster pengguna.

Justeru itu, saya berharap laman web ini dapat menjadi satu landasan terbaik mendapatkan maklumat serta menjadi sumber rujukan kepada pengunjung di mana secara tidak langsung dapat membantu dalam usaha-usaha mempromosikan dan memberi publisiti kepada program-program yang dilakukan oleh jabatan.  Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Unit Teknologi Maklumat dan seluruh semua bahagian Perbendaharaan Negeri Kelantan kerana telah berjaya membangunkan laman web yang berkonsepkan lebih informatif dan interaktif. Adalah diharapkan semoga laman web ini dapat memberi faedah kepada seluruh warga Perbendaharaan khasnya dan masyarakat amnya, Insya Allah.

Laman web ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa merangkumi kandungan, rekabentuk dan penampilan dalam menyediakan persekitaran maya yang kondusif untuk semua pengunjung. Akhir kata, saya amat mengalu-alukan sebarang pandangan, aduan dan maklumbalas bagi memantapkan lagi laman web Perbendaharaan Negeri Kelantan seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan ke tahap yang lebih optimum ke arah menyokong pelaksanaan kerajaan digital menuju Revolusi 4.0.

Selamat melayari Laman Web Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Sekian, terima kasih.

“RAJA BERDAULAT, RAKYAT MUAFAKAT, NEGERI BERKAT”

dato ahmad robert

Dato’ Ahmad Robert bin Abd Rahim D.P.S.K (Kelantan)
Pegawai Kewangan Negeri Kelantan

 

 

 

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.