Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Buletin

Arkib Buletin Tahun 2010

Arkib Buletin Tahun 2010 (33)

Majlis Pelancaran tersebut akan diadakan sebagaimana berikut :Tarikh : 25 Zulhijjah 1431H bersamaan 2 Disember 2010Tempat : Kompleks Islam Darulnaim ( Balai Islam ), Lundang, KOTA BHARUMasa : Mulai jam 9.00 PagiMajlis pelancaran akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan- Para penderma adalah dijemput hadir dan sama-sama memberi sumbangan/derma untuk disalurkan bagi membantu golongan fakir miskin serta orang-orang yang memerlukan di Negeri Kalantan.- Sumbangan diperlukan samada daripada punca halal dan punca tidak halal** SEMOGA ALLLAH AKAN MELIPAT GANDAKAN PAHALA SEGALA SEDEKAH DAN AMALAN BAIK YANG KITA LAKSANAKAN **
Unit Audit Tunai pejabat ini akan mengadakan pengauditan pada 1 Zulhijjah 1431H bersamaan 08 November 2010 di jabatan-jabatan sebagaimana berikut :1. Pejabat Tanah Dan Bachok2. Jabatan Kerjaraya Jajahan Bachok3. Jabatan Pertanian Jajahan BachokLawatan mengejut ini akan dilakukan oleh dua orang anggota dari unit berkenaan iaitu :1. En. Jusoff bin Hassan2. En. Wan Eskandar bin Wan Ali
Rabu, 03 November 2010 16:11

Lawatan Naziran Bahagian Akaun

Unit Bayaran dan Akaun pejabat ini akan mengadakan Lawatan Naziran ke pejabat-pejabat sebagaimana berikut :- Antara yang tumpuan yang akan diberikan semasa lawatan tersebut ialah mengenai penyediaan baucer-baucer, bayaran, baucer jernal dan penggunaan sistem SPEKS - Lawatan diketuai oleh Yang Berusaha Pembantu Kewangan Tarikh Jabatan 9 November 2010 1) Pejabat Tanah Dan Jajahan Tumpat2) Jabatan Pengairan Dan Saliran Jajahan Tumpat3) Jabatan Kerjaraya Jajahan Tumpat
Dimaklumkan bahawa Unit Akaun pejabat ini akan mengadakan kursus berkenaan sebagaimana berikut : Tarikh : 30 Zulkaedah 1431 Bersamaan 07 November 2010Masa : 8.00 Pagi Hingga 5.00 PetangTempat : Unit Latihan SPEKS, Pejabat Perbendaharaan Negeri,Aras Satu, Blok 4, KOTA DARULNAIMJabatan : Jabatan Kerjaraya Negeri dan JajahanKakitangan Yang Terlibat : Penolong Akauntan dan Seorang Pembantu Tadbir (Kew) yang terlibat dalam Penyelenggaraan Akaun Amanah Dan Diposit. Kedatangan adalah diwajibkan.
Khamis, 14 Oktober 2010 15:10

Lawatan Naziran

Pejabat Perbendaharaan Negeri akan mengadakan Lawatan Naziran ke pejabat-pejabat sebagaimana berikut : Tarikh Jabatan 02November2010 1) Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang 2) Jabatan Kerjaraya Jajahan Machang3) Jabatan Pengairan Dan Saliran Jajahan Machang(Diketuai oleh Yang Berusaha Pembantu Tadbir Kanan (Semak/Gaji)) 03November2010 1) Jabatan Kerjaraya Jajahan Kota Bharu2) Jabatan Kerjaraya (Bahagian Jalan) Kota Bharu(Diketuai oleh Yang Berusaha Pembantu Kewangan)
Yang Berusaha En. Nik Faizai bin Mohamed dalam ucapan sempena Perhimpunan Bulanan telah menyentuh beberapa perkara iaitu :1. Semangat Kerjasama dikalangan pegawai/ kakitangan : Sifat tolong menolong adalah amat perlu terutama dimasa-masa kritikal seperti cuti hari raya dan sebagainya dimana sekiranya ada kakitangan yang bercuti atau keluar atas sesuatu urusan, kakitangan lain hendaklah mengambil alih tugas kakitangan tersebut. 2. Keinginan Untuk Belajar : Sifat ini adalah penting kerana sebagai penjawat awam hendaklah sentiasa bersedia untuk ditukarkan kemana-mana jabatan. Ini memerlukan kita sentiasa peka dan perlu belajar di luar lingkup tugas kita. Kepada kakitangan baru, hendaklah menimba ilmu sebanyak mungkin dan…
Majlis berkenaan telah diadakan pada 17 Syawal 1431H bersamaan 26 September 2010. Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Zamri bin Ismail yang telah bertukar ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah sebagai Ketua Jajahan Tanah Merah. Beliau seterusnya mengharapkan agar Tuan Haji Zamri dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin disamping dapat menyelesaikan apa-apa permasalahan / isu yang berbangkit. Sementara itu Tuan Haji Zamri dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana dijemput hadir kemajlis ini . Beliau seterusnya mengingatkan seluruh warga Perbendaharaan Negeri agar sentiasa meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang…
Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mengambil bahagian dalam majlis sambutan tersebut yang telah diadakan pada 16 September 2010, bertempat di Padang Majlis Daerah Tanah Merah dengan menghantar seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan. Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri hadir sebagai tetamu kehormat.
Yang Berusaha En. Rosnazli bin Haji Amin, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri baru menggantikan Tuan Haji Zamri bin Haji Ismail mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap. Dalam ucapannya beliau mengajak semua pegawai dan kakitangan menumpukan sepenuh masa dalam melaksanakan tugas serta dapat memberi kerjasama kepada beliau dalam menjalan tugas harian belia. Beliau seterusnya menasihat semua warga Perbendaharaan agar sama-sama melaksanakan tugas-tugas mengikut prosidur-prosidur yang telah ditetapkan.Sementara itu Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapan amanatnya mengalukan-alukan kedatangan En. Rosnaszli sebagai Timbalan Pegawai Kewangan Negeri yang baru serta mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Zamri bin Haii Ismail yang bertukar ke…
Isnin, 06 September 2010 12:12

Pertukaran Kakitangan Bilangan 5 Tahun 2010

Pejabat Perbendaharaan Negeri telah membuat satu pertukaran dalaman yang melibatkan 2 orang kakitangan iaitu Cik Nurul Atfi Ainsyah Binti Mansor,Pembantu Tadbir (N17)(Data dan Maklumat) ditukarkan ke Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia. Manakala Encik Nuzli Bin Abdul Hadi Pembantu Tabdir Kewangan (W17)(Sambilan) ditukarkan ke Unit Pengurusan Kewangan dan Pemantauan Audit.Pertukaran mereka berkuatkuasa mulai 5 September 2010. Sementara itu Encik Nuzli Bin Abdul Hadi juga akan melepaskan jawatan di pejabat ini mulai 21 September 2010 untuk memegang jawatan tetap di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai Pembantu Tadbir Kewangan (W17).
Isnin, 06 September 2010 11:44

Pengambilan Kakitangan Baru

Pada 1 September 2010, Pejabat Perbendaharaan Negeri telah mengambil 2 orang kakitangan baru bagi jawatan Juruteknik Komputer (FT17)(Sambilan) iaitu :- 1) Mohd Ikhwan Bin Rosdi 2) Che Azrul Hisyam Bin Che Mohamed Mereka ditempatkan di Unit Komputer. Antara tugas utama yang dilakukan oleh mereka ialah memastikan semua komputer di Pejabat dan rangkaian SPEKS dalam keadaan baik.
Isnin, 06 September 2010 10:48

Pertukaran Pegawai

Pertukaran Timbalan Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Analisis Dan Pemantauan) Yang Berusaha Tuan Haji Zamri Bin Haji Ismail, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri telah ditukarkan ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah sebagai Ketua Jajahan. Tempat beliau telah diambil oleh Yang Berusaha Encik Rosnazli Bin Haji Amin yang sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Penolong Setiausaha (Perumahan) di Pejabat Kerajaan Negeri Kelantan. Pertukaran mereka berkuatkuasa mulai 1 September 2010. Sebelum itu,Yang Berusaha Encik Nik Abdul Rahman Bin Nik Yusoff, Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Analisis Dan Pemantauan) yang ditempatkan di Pembangunan Tanah Tinggi Lojing telah ditukarkan ke Pejabat…
Jabatan    : Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan Tarikh      :  15 Ramadhan 1431H / 25 Ogos 2010 Pemeriksaan Dilakukan Oleh Dua Anggota : 1.  En. Jusoff Bin Hassan 2.  En. Wan Eskandar Bin Wan Ali
Yang Berusaha En. Nik Mustapha bin Nik Hassan dalam ucapannya mengajak semua pegawai / kakitangan melakukan muhasabah diri masing-masing sempena kedatangan Bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak berapa lama lagi. Beliau seterusnya meminta semua warga Perbendaharaan melakukan penghijrahan kepada sesuatu yang yang lebih baik terutama dalam melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab serta berintegriti dan menjauhkan sikap-sikap negetif yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang penjawat awam. Beliau juga telah mengingatkan supaya sentiasa mengingati Allah dalam setiap urusan kehidupan dengan membaca maksud sepotong hadis Rasulullah (Sallallahu 'Alaihi Wasallam) yang antara kasar bermaksud " Sudah Cukup Dengan Mengingati Kematian Itu Sebagai Pedoman…
Khamis, 29 Julai 2010 07:54

Lawatan Pemeriksaan Mengejut

Lawatan Pemeriksaan Mengejut Di Bawah AP 309 ( Unit Audit Kira-Kira Tunai) Tarikh Jabatan/Pejabat 28 Julai 2010 Jabatan Kerjaraya Negeri Kelantan 18 Ogos 2010 (1) Jabatan Kerjaraya jajahan Jeli(2) Pejabat Agama Jajahan Jeli(3) Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli
Pengurusan Kewangan Perlu diurus mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Sebagaimana kita sedia maklum Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan undang-undang tertinggi dalam negara kita. Antara lain Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan hasl kerajaan yang dikutip perlu dimasukkan dalam kumpulanwang yang disatukan dan ia tidak boleh terus digunakan contohnya Jabatan Perhutanan Negeri yang mendapat banyak hasil daripada pembalakan perlu menyerah 100% kepada kerajaan. Perlembagaan Persekutuan juga menetapkan bahawa perlu ada undang-undang bagi membolehkan wang kerajaan dibelanjakan/digunakan iaitu dalam bentuk enakmen perbekalan yang merujuk kepada bajet, perlu dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. Selain daripada itu , perbelanjaan yang telah ada undang-undang secara…
Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mengikuti majlis perhimpunan berkenaan yang julung kali diadakan pada 1 Julai 2010 bertempat di atas plaza Kompleks Kota Darulnaim. Majlis berkenaan adalah anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
Khamis, 01 Julai 2010 14:51

Majlis Perpisahan Pertukaran Kakitangan

Dua kakitangan pejabat ini iaitu Puan Hamidah binti Zakaria telah dinaikan pangkat kejawatan Pembantu Tadbir Kanan (Kewangan), gred W22 ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Negeri manakala Che Omar bin Yusoff yang ditukar lantik daripada jawatan Operator Mesin Prosesan Data, gred F11 ke Pembantu Tadbir (P/O) telah ditukarkan ke Jabatan Agama Jajahan Jeli. Pertukaran mereka berkuat kuasa mulai 1 Julai 2010. Majlis perpisahan sempena pertukaran kakitangan tersebut telah diadakan pada 17 Rejab 1431H, bersamaan 30hb. Jun 2010 .
Ahad, 30 Mei 2010 08:07

Sijil Perhargaan/Pengiktirafan

Pejabat Perbendaharaan Ngeri Kelantan telah mendapat 2 perhargaan iaitu :- i ) Sijil Perhargaan/Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan tempoh sah selama setahun mulai 16 Februari 2010 hingga 15 Februari 2011. Semasa pengauditan tersebut pihak MPC telah memberi 2 Anugerah Kecemerlangan Sudut 5S iaitu : a ) Sudut Zon Riyalb ) Sudut Zon Ringgit ii ) Sijil Perhargaan/Pengiktirafan kerana melaksanakan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bagi tahun 2009 dengan jayanya.
Ahad, 30 Mei 2010 08:02

Perhimpunan Bulan Jun

Perhimpunan Bulanan bagi bulan Jun akan diadakan pada 7 Jun 2010 pada jam 8.00 pagi bertempat di hadapan ruang legar Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan. Semua kakitangan Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan dijemput hadir,kerjasama anda amat dihargai.
Tanggal 29 Jamadilawal 1431 bersamaan 14 Mei 2010 telah sempurnalah majlis Ijab Qabul antara Faizura binti  Abdullah, Pegawai Teknologi Maklumat dengan pasangan pilihan hatinya Wan Abdullah Zaki bin Wan Jaafar. Majlis Kesyukuran sempena majlis tersebut telah diadakan pada 01 Jamadilakhir 1431 Hijrah bersamaan 15 Mai 2010 di rumah pengantin perempuan dengan dihadiri oleh semua kakitangan Pejabat Perbendaharaan Negeri. Seluruh warga Perbendaharaan Negeri mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Puan Faizura dan suami dengan iringan doa semoga mendapat zuriat  yang sempurna serta mencapai kebahagian yang berkekalan di dunia dan akhirat  
Rabu, 21 April 2010 14:41

Pertukaran Staff

Pada 15 April 2010 satu penyampaian cenderahati kepada 2 orang staff yang akan bertukar. Cik Narina binti Othman bertukar ke Makhamah Tinggi Syariah dan Puan Normah binti Mat Yasin bertukar ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Penyampian ini di sampaikan oleh YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri.
Pada 15 April 2010 (Khamis) bersamaan 30 Rabiulakhir 1413 bertempat di Bilik Mesyuarat Pegawai Kewangan Negeri di Tingkat 1,satu majlis kesyukuran telah diadakan oleh Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri. Majlis ini bermula pada pukul 12.30 tengahari,ketika majlis ini berlangsung warga Pejabat Perbendaharaan memberi satu kejutan kepada YB. Dato'sempena hari kelahiran beliau.
Pada 30 Mac 2010 lalu Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri telah menerima penganugerahan Pengurniaan Kebesaran Negeri Tahun 2010 daripada Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Tuanku Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan.
Rabu, 21 April 2010 14:37

Perhimpunan Bulanan Kali kedua

Perhimpunan kedua yang diadakan pada 5 April 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama,Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan. Perhimpunan kali ini menyentuh mengenai hal-hal yang berlaku di dalam negeri dan penyampaian sedikit cenderamata.
Rabu, 21 April 2010 14:36

Bengkel Bayaran Pukal

Satu Bengkel Sistem Bayaran Pukal telah diadakan di Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan pada 24 Mac 2010 pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari di Bilik Mesyuarat Utama. Bengkel ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran lebih kurang 55 orang dari semua ptj. Bengkel ini bertujuan untuk menjelaskan tentang bayaran pukal untuk SMARTPAY PETRONAS.
Rabu, 21 April 2010 14:34

Perhimpunan Bulanan Yang Pertama

Perhimpunan kali pertama yang diadakan pada 8 Mac 2010 dan ucaptama di sampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Setiausaha Kerajaan Kelantan. Semua warga Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan menghadiri perhimpunan yang pertama ini,ia berlangsung selama setengah jam di hadapan ruang legar Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan........
Pekeliling Perbendaharaan Negeri ini adalah bertujuan untuk memaklumkan bahawa bagi memastikan perbelanjaan Kerajaan Negeri sentiasa dalam keadaan yang berhemah, pelaksanaan bajet suku tahun 2010 mestilah dilaksanakan oleh setiap Pegawai Pengawal. Pekeliling Bil 1/2010 <<< klik disini
Rabu, 21 April 2010 14:29

Lawatan MPC Wilayah Pantai Timur

Satu lawatan bagi memperbaharui Persijilan Persekitaran Berkualiti (QE) oleh MPC, Pejabat Wilayah Timur, Kuantan telah diadakan pada 2 Rabiul Awal 1431/16 Februari 2010 jam 9.00 pagi. Dalam lawatan tersebut Pejabat perbendaharaan Negeri Kelantan telah di perakui bagi mendapat pensijilan semula serta mendapat pengitirafan dua tempat pengamalan persekitaran berkualiti yang cemerlang oleh MPC. Berikut gambar-gambar lawatan oleh MPC.
Satu lawatan kerja Pejabat Kewangan Negeri Kedah Darul Aman ke Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada 24 Safar 1431H bersamaan 9 Februari 2010. Lawatan yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan kerajaan itu adalah bagi membincangkan mengenai kaedah-kaedah untuk meningkat dan menambahbaikan hasil di kedua-dua negeri berkenaan. Taklimat mengenai penambahbaikan hasil Negeri Kelantan telah di sampaikan sendiri oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Faudzi bin Haji Che Mamat (Pegawai Kewangan Negeri Kelantan). Turut hadir di majlis berkenaan ialah YABRs Tuan Haji Ismail bin Samah (Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan), Yang Mulia Haji Tengku Azmi bin Haji Tengku Jaafar (Ketua Jajahan…
Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.