Exit Conference Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2017 telah diadakan pada 07 Syawal 1439H bersamaan 21 Jun 2018 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim. Dalam mesyuarat tersebut, Yang Berbahagia Dato' Che Isa Bin Che Kob, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) telah menyampaikan Sijil Bersih Penyata Kewangan Tahun 2017 kepada Yang Berhormat Dato' Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan.
[ Lihat Album Exit Conference ]
Satu Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Kali Kedua Tahun 2018 telah diadakan pada 16 Syaaban 1439H bersamaan 02 Mei 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri merangkap Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT). Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan daripada wakil kakitangan yang telah bersara iaitu, Puan Nik Haizam binti Nik Abdul Kadir.
Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri memulakan amanat di dalam majlis ini dengan mengucapkan Selamat Berpuasa sempena menjelangnya bulan Ramadhan dan meminta agar pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri menunaikan tanggungjawab dengan keluar mengundi di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang jatuh pada 09 Mei nanti. Yang Berhormat Dato' juga mengucapkan tahniah di atas pencapaian cemerlang kakitangan di dalam menghadapi Panel Naziran baru-baru ini dan berharap pencapaian ini dapat diteruskan oleh pasukan Kumpulan Inovasi & Kreatif (KIK) jabatan. Selain daripada itu, Yang Berhormat Dato' berharap agar semua pegawai dan kakitangan dapat hadir ke Hari Keluarga yang akan diadakan nanti.
Dalam majlis tersebut, beberapa acara telah diadakan:
Majlis diakhiri dengan potongan kek hari lahir dan bacaan doa selamat oleh Encik Al Hafiz b Pambi serta jamuan makan tengah hari di Restoran Kengsom, Kota Bharu.
>
Pre Exit Conference Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2017 telah diadakan pada 08 Syaaban 1439H bersamaan 24 April 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.
[ Lihat Album Pre Exit Conference ]
Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menyertai aktiviti membaca selama 10 minit di bawah Program Mari Membaca Bersama Untuk 10 Minit / Let's Read Together For 10 Minutes anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan pada 08 Syaaban 1439H bersamaan 24 April 2018 pada jam 11.00 pagi di Bilik Mesyuarat PKN, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Program ini merupakan salah satu inisiatif yang bertujuan memupuk budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.
Program Lawatan Kerja AJK Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Perbendaharaan Negeri Kelantan ke Kementerian Kewangan Negeri Sabah pada 03-06 Februari 2018 bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai amalan terbaik hal ehwal pengurusan kewangan Negeri Sabah dan amalan terbaik dalam pelaksanaan MBJ Kementerian Kewangan Negeri Sabah.
Pada 11 Rejab 1439H bersamaan 29 Mac 2018, Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menerima lawatan daripada Panel Naziran Negeri Kelantan. Sebanyak 15 kriteria naziran telah diaudit oleh Panel Naziran Negeri.
Satu sesi semakan dalaman kali kedua bagi pelaksanaan kriteria naziran telah diadakan pada 04 Rejab 1439H bersamaan 22 Mac 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Pada semakan kali ini, Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menjemput dua orang pegawai daripada Seksyen Audit Negeri, Jabatan Audit Negara Cawangan Negeri Kelantan untuk membuat semakan terhadap beberapa kriteria. Semakan dalaman ini dibuat sebagai langkah persediaan bagi menghadapi lawatan oleh panel naziran negeri ke Perbendaharaan Negeri Kelantan pada 29 Mac 2018.
Satu Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN), Pemeriksaan Kesihatan dan Ceramah Kesedaran Kesihatan untuk pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada 19 Jamadil Akhir 1439H bersamaan 07 Mac 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Satu sesi semakan dalaman bagi kriteria naziran telah diadakan pada 13 Jamadil Akhir 1439H bersamaan 01 Mac 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Semakan dalaman ini dibuat sebagai langkah persediaan bagi menghadapi pasukan naziran negeri yang akan mengaudit Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Satu Bengkel Pengedalian Horizon Baharu Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2018 telah diadakan pada 13-15 Februari 2018 bertempat di Tanjung Demong Beach Resort, Besut, Terengganu. Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menghantar wakil ahli KIK jabatan iaitu :
Pada 01 Jamadil Awal 1439H bersamaan 18 Januari 2018 satu Majlis Penyerahan Penyata Kewangan Negeri Kelantan 2017 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Penyerahan Penyata Kewangan Negeri Kelantan 2017 oleh YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri
Kelantan kepada YBrs. Penolong Pengarah Audit Negara Negeri Kelantan.
Pada 06 Jamadil Awal 1439H bersamaan 23 Januari 2018, Perbendaharaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Bahagian Integriti dan Tadbir Urus (BITU), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah mengadakan Program Taklimat Kod Etika Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan dan Ceramah Pemantapan Integriti kepada pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Taklimat telah disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah BITU, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
>
Satu Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Kali Pertama Tahun 2018 telah diadakan pada 22 Rabiul Akhir 1439H bersamaan 10 Januari 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Dalam majlis itu, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri merangkap Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) meraikan kehadiran pegawai yang bersara. Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri juga menyampaikan amanat sempena tahun baru 2018 dan anugerah-anugerah yang telah berjaya dicapai oleh Perbendaharaan Negeri sepanjang tahun 2017.
Dalam majlis tersebut, beberapa acara telah diadakan:
Majlis diakhiri dengan potongan kek hari lahir dan bacaan doa selamat oleh Encik Al Hafiz b Pambi serta jamuan makan tengah hari yang merupakan jamuan kesyukuran oleh Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri kepada semua pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeir Kelantan.
>
Pada 15 Rabiul Akhir 1439H bersamaan 03 Januari 2018, satu Kursus dan Demo Aplikasi ACL telah diadakan bertempat di Bilik Latihan SPEKS, Perbendaharaan Negeri Kelantan.
>
[ Album Kursus ACL ]