Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Buletin

Ahad, 08 Januari 2012 11:46

Perhimpunan Bulan Januari 2012

Rate this item
(0 votes)

Majlis Perhimpunan Bulanan  Warga Perbendaharaan Negeri bagi Bulan Januari 2012 telah diadakan pada 8 Safar 1433 H / bersamaan 02 Januari 2012. Majlis perhimpunan bulanan ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri serta seluruh warga Perbendaharaan Negeri.

Dalam ucapan amanat sempena menyambut tahun baru 2012, Yang Berhormat Dato' Mohd. Faudzi bin Haji Che Mamat, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan mengucap berbanyak syukur kehadrat Allah Subhanahu Wataala kerana masih dilanjutkan usia dengan diberikan  kesihatan yang berpanjangan. Beliau seterusnya telah mengajak seluruh warga Perbendaharaan Negeri membuat muhasabah diri dengan mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan sepanjang tahun 2011 serta mengambil langkah memperbaiki serta memohon keampunan daripada Allah di atas segala dosa dan kesilapan yang telah dilakukan.

Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri seterusnya mengucapkan terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan kerana memilih opsyen di bawah Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) serta mengingatkan supaya warga Perbendaharaan Negeri melaksanakan tugas dengan penuh berintegriti kerana disamping banyak faedah yang diperolihi dibawah SBPA ini, terdapatnya Dasar Pemisah (Exit Policy) dimana dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah dengan dibersarakan daripada perkhidmatan awam. Justeru itu beliau sekali  lagi mengingatkan seluruh pegawai dan kakitangan supaya mempertingkatkan azam dan keyakinan diri serta menjaga prestasi masing-masing bagi mengelak berlakunya dasar pemisah ini yang akan memberi kesan ke atas diri dan keluarga.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa banyak kejayaan-kejayaan telah dicapai oleh Perbendaharaan Negeri Kelantan disepanjang tahun 2011. Laman web Perbendaharaan Negeri telah mendapat penarafan 5 bintang dan sekaligus mendapat tempat ke 11 dalam Penilaian Laman Web Dan Portal oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec).  Laporan Ketua Audit Negara keatas Penyata Kewangan Tahun 2010 mendapati Negeri Kelantan berada ditahap kecemerlangan samada dari  segi kedudukan kewangan yang teguh dan pengurusan kewangan yang baik. Sepanjang tahun 2011, Perbendaharaan Negeri Kelantan juga telah berjaya mengurangkan defisit dalam perbelanjaan serta dapat mengurangkan bayaran di bawah Akaun Kena Bayar (AKB). Disamping itu banyak lagi kejayaan-kejayaan lain yang telah dicapai samada di peringkat Negeri atau diperingkat jabatan.

Bagi meneruskan kecemerlangan pada tahun 2012 ini, Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri telah mengajak seluruh warga Perbendaharaan Negeri mempertingkatkan amal ibadat samada amalan fardhu dan amalan sunat yang menjadi teras dalam kehidupan didunia dan bekalan selepas kematian nanti. Beliau seterusnya mengingatkan supaya mempertingkatkan disiplin diri dan turut sama terlibat dalam setiap perancangan-perancangan dan pembaharuan-pembaharuan yang akan dilaksanakan. Konsep kerja secara dua hala antara pihak pengurusan dan pekerja serta kerja secara berpasukan hendaklah diteruskan dan dipertingkatkan lagi. Disamping itu beliau juga mengingatkan  seluruh pegawai dan kakitangan sentiasa mematuhi   peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling yang berkuatkuasa  agar  dapat menjadi model dan contoh serta rujukan kepada semua jabatan dalam setiap bidang.

Sempena Majlis Perhimpunan Bulan ini juga Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri telah sudi menyampaikan sijil dan cenderahati kepada penerima Anugerah Warga Contoh Suku Tahun Pertama  tahun 2012 dimana Puan Nik Haizam bin Nik Ab Kadir, Pembantu Tadbir Kanan (Akaun) telah dipilih sebagai penerima Anugerah Warga Contoh Suku Tahun Pertama Perbendaharaan Negeri Kelantan bagi tahun 2012.

Read 694 times Last modified on Selasa, 29 Disember 2015 16:45

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.