Statistik Transaksi Atas Talian & Kaunter

Sabtu, 01 Jun 2013 00:00

Bahagian Pengurusan Kewangan

PENGENALAN

Bahagian Pengurusan Kewangan diketuai oleh Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri, Gred N52 yang juga mengetuai Unit Bajet Dan Pinjaman. Bahagian ini terdiri daripada empat
(4) unit iaitu

  • Unit Bajet Dan pinjaman
  • Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset
  • Unit Hasil
  • Unit Analisis Dan Pemantauan Pelaburan.

Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset diketuai oleh Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri, Gred N48. Unit Analisis Dan Pemantauan Pelaburan diketuai oleh Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri, Gred N48/W48/E48. Manakala Unit Hasil diketuai oleh Penolong Pegawai Kewangan Negeri, Gred N44.

Bahagian Pengurusan Kewangan menjalankan fungsi-fungsi sebagaimana berikut 

  1. Merangka anggaran belanjawan hasil dan perbelanjaan tahunan Negeri dan memastikan kawalan belanjawan yang teguh di agensi-agensi Kerajaan Negeri
  2. Mengkaji sumber baru hasil negeri
  3. Mengurus dan menguatkuasa Akta Duti Hiburan 1953
  4. Menyemak dan menimbangkan permohonan Pindah Peruntukan dan Peruntukan Tambahan
  5. Mengesan dan menyelaras kedudukan pinjaman Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan dan pinjaman Kerajaan Negeri kepada Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri
  6. Mengendali urusan pinjaman kenderaan dan komputer kepada kakitangan awam negeri
  7. Urusan Perolehan Jabatan dan Negeri
  8. Mengurus permohonan pembelian dan pelupusan aset-aset jabatan negeri
  9. Mengurus permohonan pembelian di luar kontrak dan pengecualian tender/sebutharga
  10. Menganalisis kewangan serta daya maju sesuatu pelaburan

FUNGSI BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN

Unit Bajet Dan Pinjaman

  1. Menyediakan surat pekeliling belanjawan
  2. Membuat pemeriksaan dan memperakukan perbelanjaan-perbelanjaan tahunan mengurus, pembangunan dan hasil agensi-agensi kerajaan dan Badan-Badan Berkanun Negeri
  3. Mengurus dan menyediakan proses penyediaan belanjawan tahunan untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri serta Buku Belanjawan Tahunan
  4. Mengurus tuntutan pemberian-pemberian dan bantuan kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri
  5. Memperakukan permohonan peruntukan baru, peruntukan tambahan, pindah peruntukan tambahan, pindah peruntukan dan menyedia kertas-kertas Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri
  6. Menyelia pengeluaran semua waran
  7. Menyelia dan mengkaji prestasi perbelanjaan mengurus dan pembangunan agensi-agensi Kerajaan dengan menyediakan laporan-laporan untuk pertimbangan pihak atasan
  8. Mengkaji, menyelia dan memperakukan permohonan perjawatan dari agensi-agensi serta menganggotai Jawatankuasa naziran Perjawatan Negeri
  9. Menyelia pinjaman Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dan Pinjaman Kerajaan Negeri kepada Badan-Badan Berkanun Negeri
  10. Mengkaji pretasi kewangan Kerajaan
  11. Permohonan Jabatan Negeri mengenai :
    • Pengurusan kelulusan permohonan pinjaman kenderaaan
    • Pengurusan kelulusan permohonan pinjaman komputer
    • Pengurusan kelulusan permohonan pendahuluan pelbagai
    • Pengurusan kelulusan permohonan pendahuluan diri
    • Pengurusan kelulusan permohonan di bawah AP 100 (a) dan Akta Acara Kewangan
    • Pengurusan penyeliaan rekod-rekod pinjaman / kenderaan / komputer / pendahuluan diri.

Unit Perolehan Dan Aset

  1. Urusan perolehan Jabatan Negeri / Pelantikan Perunding\r\n
    • Pengurusan kelulusan permohonan perlantikan perunding Jabatan-Jabatan Negeri
    • Pengurusan Kontrak Pusat Negeri
  2. Permohonan Jabatan Negeri mengenai :
    • Pengurusan kelulusan permohonan pelupusan / hapuskira aset alih
    • Pengurusan kelulusan permohonan pembelian luar kontrak
    • Pengurusan kelulusan permohonan pengecualian tender / sebutharga.

Unit Analisis Dan Pemantauan Pelaburan

  1. Merancang, mengawal dan menyelenggarakan urusan pelaburan dan rekod-rekod perakaunan pelaburan Kerajaan Negeri
  2. Mengkaji dan memantau pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri serta memberi laporan/ pandangan kepada pihak pengurusan bagi mempertingkatkan lagi ketelusan dan kemantapan pengurusan kewangan perakaunan yang bersangkutan dengan pelaburan
  3. Membantu pihak pengurusan dalam membuat keputusan mengenai pelaburan yang melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri
  4. Menganalisis kewangan serta daya maju sesuatu pelaburan untuk dikemukakan bagi pertimbangan Kerajaan Negeri
  5. Memperkemas dan mempertingkatkan lagi kawalan ke atas semua pelaburan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri supaya urusan pemantauan pelaburan dibuat lebih rapi dan tersusun
  6. Urusetia kepada Jawatankuasa Pemantauan Pelaburan Negeri.

Unit Hasil

  1. Menyelaras dan memantau kutipan hasil negeri
  2. Merancang usaha-usaha untuk meningkatkan hasil negeri
  3. Mencari sumber baru hasil negeri
  4. Menyediakan penyata dan laporan kewangan hasil
Published in Profil
Hakcipta © 2010 - 2020 Perbendaharaan Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Kemaskini Terakhir :