Sumbangan Dana Awam Bagi Penjawat Awam Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Kelantan telah menubuhkan 2 Akaun Amanah iaitu
- Akaun Amanah Tabung Banjir Negeri Kelantan bertujuan untuk memberi bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir termasuk kerja-kerja membaiki dan membina rumah yang musnah akibat banjir serta menyediakan kemudahan asas kepada mangsa banjir seperti bekalan air bersih, elektrik, makanan dan sebagainya.
- Akaun Amanah Tabung Pendidikan Negeri Kelantan bagi tujuan untuk membiayai kos pembangunan pendidikan, pembelajaran, sumbangan dan insentif kecemerlangan pelajar sekolah-sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan dan institusi-institusi pendidikan lain yang dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri
Sehubungan dengan itu, pegawai dan kakitangan yang berhasrat untuk meningkatkan dana tabung berkenaan melalui kaedah potongan gaji boleh muat turun Borang Kebenaran Potongan Gaji Bulanan berikut :
Penulis | admin |
Tarikh | 05 September 2024 |
Kategori | Pengumuman |
Tag | |
Hits | 258 |
Artikel Terkini
-
Mesyuarat JK Pemantauan Hasil Negeri Kelantan Bil 2/2025
-
Mesyuarat JK Pemantauan Pengurusan Kewangan & Akaun Jabatan Negeri Kelantan Bil 2/2025
-
Ucapan Takziah Kepada Keluarga Allahyarhamah Narina binti Othman
-
Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Negeri Bil 01/2025 - Perabot
-
Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri Kelantan