Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri Kelantan
KOTA BHARU, 12 Mac 2025. Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Amanat YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri Bersama Warga Perbendaharaan yang berlangsung pada jam 2:30 petang di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis ini dipimpin oleh Yang Berhormat Dato' Rosnazli bin Haji Amin, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dan dihadiri oleh seluruh warga Perbendaharaan Negeri Kelantan termasuk pegawai serta kakitangan.
Dalam ucapan amanat beliau, YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri menegaskan mengenai kepentingan integriti, kecekapan dan ketelusan dalam pengurusan...