Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form
FAQs - All FAQs

Kategori perolehan terbahagi kepada tiga (3) iaitu :

  1. Bekalan
  2. Perkhidmatan
  3. Kerja

 

Had nilai pembelian terus bekalan dan perkhidmatan adalah sehingga RM20,000 bagi setiap jenis item setahun atau sesuatu kontrak. Walau bagaimanapun bagi pembelian terus, agensi perlu mendapatkan sekurang-kurangnya tiga (3) tawaran bagi maksud kajian pasaran.

Sebut harga bagi bekalan, perkhidmatan dan kerja adalah tertakluk kepada had nilai seperti berikut:

  1. Perolehan Bekalan/Perkhidmatan
    1. Had nilai sebut harga adalah RM20,000 – RM50,000 (Sebut harga B)
    2. Had nilai umum sebut harga bagi perolehan bekalan/perkhidmatan adalah di antara RM50,000 hingga RM500,000 (Sebut harga)
    3. Perolehan bekalan/perkhidmatan yang bernilai melebihi RM50,000 hingga RM100,000 hendaklah dipelawa di kalangan sekurang-kurangnya lima (5) pembekal/syarikat bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan; dan
    4. Perolehan bekalan/perkhidmatan yang bernilai melebihi RM100,000 hingga RM500,000 hendaklah dipelawa daripada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal/syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan terbuka kepada syarikat Bumiputera/Bukan Bumiputera.
  2. Perolehan Kerja-Kerja Kecil
    1. Bagi perolehan kerja-kerja kecil atau pembaikan yang tidak mengubah struktur asal yang dianggarkan bernilai melebihi RM20,000 hingga RM50,000 perolehan bolehlah dibuat berdasarkan Jadual Kadar Harga Kejuruteraan Awam. Pemilihan kontraktor hendaklah dibuat secara adil seperti undian atau pusingan atau sebut harga di kalangan kontraktor Gred G1 yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan serta Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU);
    2. Bagi perolehan kerja-kerja kecil atau pembaikan yang tidak mengubah struktur asal dan yang tidak mempunyai Jadual Kadar Kejuruteraan Awam yang bernilai melebihi RM20,000 hingga RM500,000 Agensi hendaklah mempelawa sebut harga di kalangan kontraktor Gred G1 (sehingga RM200,000) dan Gred G2 (melebihi RM200,000 sehingga RM500,000) yang berdaftar Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan serta Sijil Taraf Bumiputera (STB) jika berkaitan.

 

Perolehan bekalan/ perkhidmatan / kerja yang melibatkan perbelanjaan tahunan atau sesuatu kontrak melebihi RM500,000.00.

Jawatankuasa Pembuka Sebutharga tidak diperlu dilantik. Penyebut Harga boleh mengemukakan dokumen sebut harga terus kepada Urus Setia melalui faks/surat/e-mel seperti yang ditetapkan oleh Agensi.

Memandangkan perolehan melebihi RM20,000 hingga RM50,000 perlu diperoleh dari kalangan syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan, maka hanya syarikat yang berdaftar dalam kod bidang yang berkaitan sahaja boleh dipelawa.

Keahlian jawatankuasa hendaklah tidak kurang daripada dua (2) orang, iaitu seorang pengerusi dan seorang ahli, di mana salah seorang daripadanya hendaklah terdiri daripada pegawai Kumpulan dan Profesional atau setaraf.

Pegawai Aset tidak boleh menandatangani KEW.PA-2 dan KEW.PA-3. Ketua Jabatan/Bahagian/Seksyen/Unit hendaklah menyemak dan mengesahkan maklumat yang terdapat dalam KEW.PA-2 dan KEW.PA-3 sebelum menandatangani di ruangan tersebut.

Peti tawaran hendaklah disediakan dengan dilabelkan tajuk sebut harga, tarikh dan waktu sebut harga peti tawaran ditutup. Peti 85 / 174 tawaran hendaklah dikunci dengan dua kunci yang berasingan dan anak kuncinya hendaklah dipegang oleh dua orang pegawai kanan yang berasingan

Pemeriksaan secara terperinci ke atas semua aset alih Kerajaan hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun.

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.