Search FAQs
|
Semasa menyediakan penyata penyesuaian amanah/deposit jika berlaku perbezaan di antara baki jabatan dengan baki Bendahari Negeri ianya perlu dilakukan mengikut format-format sebagaimana berikut:
Tolak:
Campur/Tolak:
Semasa menyediakan penyata penyesuaian di mana baki jabatan dengan baki Bendahari Negeri berbeza disebabkan kerana baki tahun lepas belum diambilkira dalam laporan L400 dan L405.
Untuk mendapatkan balik wang deposit atau wang tahanan (bond pelaksanaan) di mana individu atau kontraktor perlu menghantar balik resit yang diberi semasa bayaran dibuat atau memberi nombor baucer di mana wang tahanan ditolak semasa bayaran dilakukan. |
Bagi menyegerakan penyediaan dokumen, agensi kerajaan perlu;
|
|
Dokumen yang perlu disediakan untuk menyediakan Sijil Gaji Akhir (LPC) ialah 3 salinan Sijil Gaji Akhir (Kew 101-Pin 1/82), 3 salinan slip gaji, satu salinan surat pertukaran pegawai/kakitangan dan satu salinan Kew 8. Sekiranya ada potongan pinjaman kenderaan dan komputer perlulah disertakan tambahan salinan kepada kedua-dua potongan tersebut. Kesemua dokumen di atas perlu dibuat 1 salinan untuk rujukan dan simpanan Bahagian Pinjaman. Bagi menyediakan Kew 8, perlulah ada butir-butir perubahan, tarikh sepertimana tertera di dalam butir-butir perubahan dan hendaklah ditandatangani oleh seorang pegawai dan seorang ketua pembantu tadbir. Tarikh akhir penghantaran Borang Perubahan Gaji (KEW 320) di peringkat PTJ adalah sebelum atau pada 4hb setiap bulan kecuali ada perubahan akan dimaklumkan. Sila rujuk Pekeliling Pembayaran Gaji Tahunan. |
Borang JKR 203T Pin 4/83.
Sebab-sebab atau justifikasi mengikut SPP, serta klausa yang berkait dengan dokumen berserta
tempoh masa yang dipohon.
Kelulusan EOT hanya YB Pegawai Kewangan Negeri sahaja yang layak memberi kelulusan dan
diperakui oleh Pegawai Penguasa (SO). |
Aset ialah harta benda kepunyaan atau milikan atau di bawah kawalan kerajaan yang dibeli atau disewa beli dengan wang Kerajaan, yang diterima melalui sumbangan atau hadiah atau diperolehi melalui proses perundangan Aset Alih bermaksud aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain termasuk aset yang dibekalkan atau dipasang bersekali dengan bangunan. Aset Alih terbahagi kepada dua (2) kumpulan iaitu :
Kerajaan Negeri mengguna pakai Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (1PP), Tatacara Pengurusan Aset Alih dan boleh mendapatkannya melalui http://www.treasury.gov.my. KEW.PA-7 hendaklah disediakan oleh Pegawai Aset dalam dua (2) salinan. Satu (1) salinan senarai tersebut hendaklah disimpan oleh Pegawai Aset manakala satu (1) salinan dipamerkan di lokasi. KEW.PA-7 hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa apabila terdapat perubahan kuantiti, lokasi atau pegawai penempatan. Pegawai Aset tidak boleh menandatangani KEW.PA-2 dan KEW.PA-3. Ketua Jabatan/Bahagian/Seksyen/Unit hendaklah menyemak dan mengesahkan maklumat yang terdapat dalam KEW.PA-2 dan KEW.PA-3 sebelum menandatangani di ruangan tersebut. Pemeriksaan secara terperinci ke atas semua aset alih Kerajaan hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun.
Jabatan A telah mendapat kelulusan untuk melupuskan kenderaan melalui kaedah sebut harga. Walau bagaimanapun setelah sebut harga dipelawa tiada berminat. Jabatan A telah menerima permohonan daripada sebuah Institut yang berminat untuk menggunakan kenderaan tersebut bagi tujuan pembelajaran. Adakah Jabatan boleh meminda kaedah pelupusan daripada sebut harga kepada hadiah? Permohonan untuk meminda kaedah pelupusan hendaklah dikemukakan kepada Kuasa Melulus sebelum tamat tempoh kelulusan pelupusan. Ketua Jabatan hendaklah menyediakan Laporan Awal Kehilangan Aset Alih Kerajaan KEW.PA-28 bagi kehilangan aset yang telah berlaku di jabatan di bawah kawalannya. Bagi kehilangan yang melibatkan seseorang Ketua Jabatan, Laporan Awal hendaklah disediakan oleh pegawai atasannya di peringkat Kementerian atau Ibu Pejabat. Langkah-langkahnya ialah :
Aset yang disewa daripada syarikat/pembekal/pengilang seperti mesin fotostat, kenderaan dan sebagainya tidak perlu didaftarkan di bawah tatacara ini. Satu senarai aset yang disewa hendaklah disediakan oleh Jabatan/ PTJ bagi tujuan rekod. |
Kerajaan Negeri menerima pakai Pekeliling Perbendaharaaan Malaysia (1PP). Semua perkara berkaitan Perolehan Kerajaan terkandung pekeliling tersebut iaitu bidang Perolehan Kerajaan (PK. 1 hingga PK. 8) dan ia boleh dimuat turun melalui laman sesawang http://www.treasury.gov.my Kategori perolehan terbahagi kepada tiga (3) iaitu :
Had nilai pembelian terus bekalan dan perkhidmatan adalah sehingga RM20,000 bagi setiap jenis item setahun atau sesuatu kontrak. Walau bagaimanapun bagi pembelian terus, agensi perlu mendapatkan sekurang-kurangnya tiga (3) tawaran bagi maksud kajian pasaran. Sebut harga bagi bekalan, perkhidmatan dan kerja adalah tertakluk kepada had nilai seperti berikut:
Perolehan bekalan/ perkhidmatan / kerja yang melibatkan perbelanjaan tahunan atau sesuatu kontrak melebihi RM500,000.00.
Jawatankuasa Pembuka Sebutharga tidak diperlu dilantik. Penyebut Harga boleh mengemukakan dokumen sebut harga terus kepada Urus Setia melalui faks/surat/e-mel seperti yang ditetapkan oleh Agensi. Memandangkan perolehan melebihi RM20,000 hingga RM50,000 perlu diperoleh dari kalangan syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan, maka hanya syarikat yang berdaftar dalam kod bidang yang berkaitan sahaja boleh dipelawa. Keahlian jawatankuasa hendaklah tidak kurang daripada dua (2) orang, iaitu seorang pengerusi dan seorang ahli, di mana salah seorang daripadanya hendaklah terdiri daripada pegawai Kumpulan dan Profesional atau setaraf. Peti tawaran hendaklah disediakan dengan dilabelkan tajuk sebut harga, tarikh dan waktu sebut harga peti tawaran ditutup. Peti 85 / 174 tawaran hendaklah dikunci dengan dua kunci yang berasingan dan anak kuncinya hendaklah dipegang oleh dua orang pegawai kanan yang berasingan |
Anda layak memohon pinjaman tersebut dengan syarat mengemukakan 2 orang penjamin yang
terdiri daripada Kakitangan Kerajaan yang telah disahkan dalam jawatan.
Anda tidak dibenarkan memohon pinjaman membeli motosikal yang telah didaftarkan atas nama
sendiri.
Bagi kakitangan yang potongan gajinya melebihi 60%, anda tidak layak memohon pinjaman kenderaan. Anda layak memohon pinjaman kereta tersebut dengan syarat dapat mengemukakan Sijil
Penilaian Kereta Terpakai yang dikeluarkan oleh pihak JKR Mekanikal, sebutharga kenderaan dan sebutharga takaful.
Anda tidak layak memohon pinjaman tersebut memandangkan gaji pokok minimum yang telah
ditetapkan untuk Pinjaman Kereta adalah sebanyak RM1,620.00 sebulan. |
Menurut Pekeliling Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan Bil. 7 tahun 2000 Perenggan 5.1,
amaun pembiayan maksimum adalah sebanyak RM3,000.00 dan akan dikira kepada angka ratusan
yang terdekat.
Menurut Pekeliling Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan Bil. 7 Tahun 2000 Perenggan 2.1.,
skim pembiayaan ini hanya ditawarkan kepada semua kakitangan kerajaan/agensi kerajaan
negeri dan pihak berkuasa tempatan yang bertaraf tetap, telah disahkan dalam jawatan.
Menurut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 1992 Perenggan 9.1, tempoh bayaran balik
adalah tidak melebihi 48 bulan.
Perlu direkodkan sebagaimana arahan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 1992 Perenggan
12.6.
Tidak layak kerana pinjaman baru hanya boleh diluluskan selepas 3 tahun dikira mulai tarikh
kelulusan sebelumnya dengan syarat pinjaman yang ada telah diselesaikan sebagaimana
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2009 Perenggan 3.1. |
Alamat : Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan.
Pihak Teknologi Maklumat Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menbangunkan satu sistem hebahan mengenai bayaran melalui sistem pesanan ringkas kepada kakitangan kerajaan negeri dan juga pembekal-pembekal. Untuk menyenangkan pemberitahuan bayaran anda bagi kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan sila kemas kini maklumat peribadi dan nombor telefon anda di pejabat masing-masing di bahagian kewangan. Untuk pembekal pulak sila hantar Salinan Sijil Perniagaan,Salinan Penyata Akaun dan Nombor Telefon di tempat pejabat yang yang mana anda berurusan |