Kenyataan Sebutharga PKN.A.3/30-20(01/26)
KERJA-KERJA MELETUP BATU DI KUARI KERAJAAN NEGERI KELANTAN, BUKIT BULOH, PULAI CHONDONG, MACHANG, KELANTAN.
ΡΚΝ.Α.3/30-20(01/26)
Sebut harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah dalam Gred G2 Kategori C Pengkhususan CE25.
Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN (Kontraktror hendaklah kemukakan Sijil Pendaftaran Asal CIDB (Perakuan Pendaftaran Kontraktor & Sijil Perolehan Kerja Kerajaan) dan SSM (Sijil Pendaftaran Syarikat). Surat Kebenaran Khas CIDB adalah tidak dibenarkan. Taklimat akan diadakan seperti berikut :
| Tarikh | 02/04/2026 (Khamis) |
| Masa | 9:00 pagi - 09:30 pagi (Pendaftaran 9:30 pagi (Jangkaan Taklimat) |
| Tempat | Pejabat Pengurus Kuari Kerajaan Negeri Kelantan (Bilik Mesyuarat) |
(Perhatian: Semasa menghadiri lawatan tapak, Kontraktor diwajibkan berkasut dan berpakaian formal dan tidak dibenarkan menghantar wakil)
Penyebut harga yang ingin memasuki tawaran di atas adalah dikehendaki mengeluarkan kiriman wang/wang pos berharga RM20.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh sahaja) yang dibuat atas nama Pengurus Kuari, Kuari Kerajaan Negeri Kelantan, Bukit Buloh, 16600 Pulai Chondong, Kelantan sebagai bayaran dokumen sebut harga dan dokumen sebut harga mula dijual pada 02/04/2026.
Dokumen Meja Sebut Harga boleh disemak di Pejabat Pengurus Kuari, Kuari Kerajaan Negeri Kelantan Bukit Buloh, 16600 Pulai Chondong, Kelantan bermula pada 02/04/2026 pada waktu pejabat seperti berikut :
| Ahad hingga Rabu | 8:30 pagi - 12:45 tengahari 2:00 petang - 4:30 petang |
| Khamis | 8:30 pagi - 12:30 tengahari 2:00 petang - 3:30 petang |
Kontraktor WAJIB mengemukakan Borang Pengisytiharan Pemunya Beneficial (BO) dan menandatangani Surat Akuan Syarikat dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa (SA) dan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate-TCC) semasa mengemukakan dokumen sebut harga.
Borang tawaran yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan wajib hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan No. Sebut harga di sebelah kiri atas sampul surat dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga pada atau sebelum jam 12.00 tengahari pada 09/04/2026 (Khamis) Pejabat Pengurus Kuari, Kuari Kerajaan Negeri Kelantan, Bukit Buloh 16600 Pulai Chondong, Kelantan.
"ISLAM DIJUNJUNG, RAKYAT BERSATU, NEGERI BERKAT, RAJA BERDAULAT"
"SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT"
Saya sang menjalankan amanah,
(SR MAT NASIR BIN MAT NAWI)
Pengurus Kuari
Kuari Kerajaan Negeri kelantan.
Muat turun Notis Sebut Harga di sini
Penulis | admin |
Tarikh | 30 March 2026 |
Kategori | Pengumuman |
Tag | |
Hits | 338 |
-
Pekeliling Perbendaharaan Negeri Kelantan Bil 01/2026 -
Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2026 -
Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Negeri Bil 01/2026 - Perabot -
Pindaan Tarikh Pembayaran Gaji Bagi Bulan April Tahun 2026 -
Kenyataan Sebutharga PKN.A.3/30-20(01/26)