Skip to main content

tarikh 

Lawatan SUKAT

Pada 1 Julai 2012 bersamaan 11 Syaaban 1433H,  Biro Kebajikan Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) telah mengadakan satu lawatan ziarah ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu bagi meraikan kelahiran permata sulung kepada Kakitangan Perbendaharaan Negeri, En. Azmi Bin Mohamad. Beliau telah dikurniakan seorang anak lelaki pada 30 Jun 2012. Lawatan ziarah disertai oleh Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Perolehan & Aset) dan beberapa pegawai wanita yang lain dan sumbangan berbentuk tunai daripada SUKAT telah disampaikan...

Lawatan Muhibah SUKAT

Pada 20 Rabiul Awal 1437H bersamaan 29 Disember 2015, satu lawatan muhibah Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) telah diatur ke rumah dua orang kakitangan Perbendaharaan Negeri iaitu Puan Norshafini binti Md Saidan, Pegawai Teknologi Maklumat dan Puan Hajah Fauzilah binti Abd Rahman, Penolong Akauntan Kanan. Lawatan muhibah tersebut turut dihadiri oleh Bendahari Negeri, En Ab Ghafar bin Sulaiman bersama dengan AJK Kelab SUKAT. Puan Norshafini mengalami keuzuran setelah menjalani pembedahan manakala Puan Hajah Fauzilah mengalami demam dan batuk setelah pulang...

Pertandingan Sukan Indoor Games SUKAT Tahun 2016

Pertandingan Sukan Indoor Games Tahun 2016 telah diadakan pada 24 Jamadil Akhir 1437H bersamaan 02 April 2016 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.     [ Lihat Album Pertandingan Sukan Indoor Games Tahun 2016 ]

Program Ziarah Kelab SUKAT

Program ziarah Kelab SUKAT pada 01 Jamadil Awal 1439H bersamaan 18 Januari 2018 Ke rumah Puan Mahfuzah bt Wan Saleh di Kg. Kubang Kacang sempena kelahiran cahaya mata yang pertama. Ke rumah Encik Wan Muhamad Hafiz bin Wan Mohamed Sharif di Wakaf Che Yeh sempena kelahiran cahaya mata yang kedua. Ke rumah Encik Iznan bin Ismail yang menjalani pembedahan bagi rawatan Slipped Disc.