Skip to main content

tarikh 

| treasuryKTN

Teknologi Maklumat

Sistem iSPEKS

Bagaimana saya boleh mengakses Sistem iSPEKS?

Bagi pengguna baharu yang belum mempunyai capaian iSPEKS, sila isi Borang Pentadbiran Pengguna iSPEKS Kelantan Jab PTJ v2.0 terlebih dahulu. Tuan/puan perlu melengkapkan borang tersebut dengan ditandatangani oleh Ketua Jabatan dan menghantarnya kepada Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Bagi pengguna yang telah mempunyai capaian iSPEKS,

  1. Buka aplikasi Google Chrome terkini atau mana-mana pelayar web
  2. Masukkan URL  https://ispeks.kelantan.gov.my/1SPEKSv2
  3. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan
Kenapa Sistem iSPEKS tidak boleh dibuka?

Kemungkinan terdapat masalah rangkaian di jabatan/PTJ sendiri.

  1. Lihat komputer yang lain sama ada sistem iSPEKS boleh digunakan atau tidak.
  2. Minta teknikal di jabatan/PTJ lihat modem/switch berfungsi atau tidak.

Sekiranya masih tidak dapat menggunakan sistem iSPEKS, hubungi Unit Teknologi Maklumat, Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Siapa yang harus dihubungi sekiranya terdapat masalah dengan perjalanan SIstem iSPEKS?

Sila hubungi Seksyen Naziran & Khidmat Perunding untuk bantuan berkaitan perjalanan aplikasi dan prosedur sistem atau hubungi Unit Teknologi Maklumat bagi permasalahan berkaitan teknikal.

Portal iSPEKS

Apakah kegunaan Portal iSPEKS?
  1. Portal iSPEKS membolehkan Kakitangan  Awam Kerajaan Negeri menyemak dan mencetak slip gaji bulanan secara atas talian.
  2. Kakitangan Awam Kerajaan Negeri juga boleh mencetak sendiri Penyata Pendapatan Tahunan (EC) bagi tujuan semakan cukai pendapatan.
  3. Selain itu, segala maklumat tuntutan seperti OT, TNT dan pinjaman boleh dibuat melalui Portal iSPEKS (dalam penyelenggaraan)
  4. Bagi pembekal pula, maklumat bayaran yang dibuat melalui Kerajaan Negeri boleh dilihat dan disemak melalui eMaklum (dalam penyelenggaraan).
Saya ingin mendaftar sebgai pengguna Portal iSPEKS, bagaimanakah caranya?
  1. Buka Portal iSPEKS  (https://p.ispeks.kelantan.gov.my/)
  2. Klik butang Pendaftaran
  3. Masukkan No Kad Pengenalan/ID syarikat dan alamat emel yang didaftarkan
  4. Klik butang Hantar. Notifikasi dipaparkan jika maklumat pengaktifan ID pengguna berjaya dihantar
  5. Semak emel yang mengandungi kata laluan sementara yang akan dihantar ke emel anda.
  6. Setelah itu, anda boleh log masuk ke Portal iSPEKS menggunakan No. KP / ID syarikat dan kata laluan yang diberi.

Maklumat lanjut boleh rujuk kepada Manual Pengguna Portal iSPEKS.

PERHATIAN : Bagi Kakitangan Awam Kerajaan Negeri yang baharu dilantik, sila buat semakan terlebih dahulu dengan Pentadbir Gaji tuan/puan bila gaji tuan/puan akan dibayar melalui Modul PY.

Saya terlupa katalaluan Portal iSPEKS, apakah yang harus saya lakukan?
  1. Klik pada butang Lupa Kata Laluan di skrin Log Masuk
  2. Masukkan No. KP / ID syarikat
  3. Klik butan Hantar.
  4. Anda akan menerima emel yang mengandungi Kata Laluan sementara.
  5. Anda perlu log masuk ke Portal iSPEKS dengan memasukkan Kata Laluan sementara dan buat penukaran Kata Laluan di bahagian Akaun -> Tukar Kata Laluan.
Berapa lamakah data penyata gaji, penyata tahunan disimpan di dalam Portal iSPEKS?

Data tersebut akan disimpan dalam tempoh 2 tahun. Selepas tempoh tersebut, data akan digugurkan.

Bagaimana untuk mendapatkan Penyata Tahunan di dalam Portal iSPEKS?

Anda boleh mendapatkan Penyata Tahunan melalui Portal iSPEKS.

  1. Log masuk ke Portal iSPEKS
  2. Pilih menu Penyata Gaji
  3. Pilih urusniaga : Penyata Pendapatan Tahunan
  4. Pilih tahun yang dikehendaki
  5. Klik butang Cari
  6. Anda boleh muat turun setelah maklumat dipaparkan

Untuk makluman, data Penyata Tahunan cuma disimpan untuk tempoh dua (2) tahun sahaja.  Anda digalakkan untuk membuat simpanan sendiri tiap-tiap tahun.

Adakah Pekerja MySTEP atau bertaraf Sambilan layak untuk mendaftar di dalam Portal iSPEKS?

Tidak layak, Portal iSPEKS cuma menerima data yang dikunci masuk melalui modul PY Sistem iSPEKS sahaja.

Sekiranya terdapat masalah pada maklumat penyata gaji, siapa yang perlu dihubungi?

Anda perlu menghubungi bahagian gaji di pentadbiran jabatan yang berkhidmat terlebih dahulu.

Sekiranya lupa kata laluan emel yang didaftarkan untuk Portal iSPEKS, apakah yang perlu dibuat?

Anda perlu menyemak alamat emel anda yang didaftarkan untuk Portal iSPEKS dengan Pentadbir Gaji PTJ anda terlebih dahulu.

Jika emel didaftarkan adalah emel rasmi :

  1. (Emel rasmi @kelantan.gov.my) Hubungi Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan menerusi talian 09-7481957 sambungan 6131 untuk reset kata laluan emel.
  2. (Emel rasmi selain @kelantan.gov.my) Hubungi pentadbir emel jabatan masing-masing untuk proses reset kata laluan emel.

Jika emel didaftarkan adalah emel peribadi (gmail/yahoo/icloud dll) :

  1. Lakukan proses Forgot Password di laman emel masing-masing
  2. Jika tidak berjaya, anda boleh menukar emel untuk Portal iSPEKS dengan memaklumkan penukaran emel kepada Pentadbir Gaji PTJ masing-masing.