Skip to main content

tarikh 

| treasuryKTN

Kewangan

Berapa lamakah tempoh penyimpanan buku dan rekod kewangan dan perakaunan sebelum ianya boleh dilupuskan?

Setiap dokumen kewangan mempunyai tempoh simpanan yang ditetapkan dalam Lampiran M Arahan Perbendaharaan.

Tempoh minimum bagi menyimpan buku dan rekod kewangan serta perakaunan

Buku atau Rekod Tempoh minimum penyimpanan
Lejar dan Rekod Khas contohnya Daftar Pinjaman Pejabat Hutang Awam dan Daftar Pindah Milik 20 tahun selepas penyelesaian akhir segala urusan dan penutupan akaun terakhir dalamnya.
Lejar Perakaunan Utama Perbendaharaan, Buku Wang Tunai, Jurnal Besar, Ringkasan dan Lejar Kecil 7 tahun selepas penyelesaian akhir segala urusan dan penutupan akaun terakhir dalamnya

Sistem Perakaunan Secara Manual

  1. Baucar Bayaran dengan kontrak
  2. Baucar-baucar lain

Sistem Perakauan Secara Elektronik

  1. Penyimpanan dokumen secara "hardcopy" termasuk baucar bayaran dengan kontrak
  2. Penyimpanan dokumen secara "softcopy"

Sistem Perakaunan Secara Manual

  1. 7 tahun
  2. 4 tahun

Sistem Perakauan Secara Elektronik

  1. 4 tahun
  2. 7 tahun
Penyata Pemungut termasuk resit rasmi pendua 3 tahun
Buku Wang Tunai Harian, Buku Bayaran Pos dan sebagainya 1 tahun
Pendua atau Kaunterfoil dalam bentuk buku Selepas penyelesaian akhr tindakan atas segala borang asal
Laporan atau listing kecil komputer ataau maklumat berkenaan yang direkodkan dan disimpan secara makro grafik atau media elektronik lain Selepas penyelesaian akhir tindakan atas laporan atau listing kecil komputer

Bolehkah menggunakan Pesanan Tempatan Kerajaan / Local Purchase Order (LPO) untuk penginapan?

Penginapan menggunakan Pesanan Tempatan Kerajaan (LO) kepada pegawai tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan daripada YB Pegawai Kewangan Negeri berdasarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Bilangan 1 Tahun 2019