Hasil
Hasil yang dikutip di Perbendaharaan Negeri adalah seperti berikut :
- cukai pameran dan kebudayaan
- lesen membeli emas mentah
- borang pinjaman komputer, kenderaan dan borang sebutharga
- bayaran balik pinjaman komputer dan kenderaan
- bayaran lesen miuman keras
- bayaran balik pinjaman oleh Badan-Badan Berkanun dan Penguasa Tempatan
- faedah dan perolehandari pelaburan dalam negeri
- bayaran balik gaji dan elaun-elaun
- pemberian daripada Kerajaan Persekutuan
- sumbangan daripada Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri
Hasil utama Kerajaan Negeri adalah :
- hasil tanah
- hasil hutan
- hasil perlomboongan
- bayaran balik pinjaman dan
- pemberian daripada Kerajaan Persekutuan
Sesuatu penganjuran hiburan perlu mendapatkan lesen hiburan daripada Pihak Penguasa Tempatan (PBT) mengikut jajahan di mana hiburan tersebut akan dibuat.
Lesen hanya akan dikeluarkan selepas semua syarat dipenuhi dan Pegawai Pelesen perlu memastikan duti hiburan telah dibayar di Perbendaharaan Negeri.
- Menerima permohonan pengecualian bayaran duti hiburan daripada penganjur
- Membuat pengiraan bagi bayaran duti hiburan
- Kuasa Pegawai Kewangan Negeri adalah diberi pengurangan sebanyak RM2,000.00 dan sekiranya jumlah melebihi RM2,000.00 dan pengecualian perlu diangkat kertas cadangan permohonan untuk pertimbangan dan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK)
Duti hiburan perlu dibayar di Pejabat Perbendaharan Negeri Kelantan
Kadar duti hiburan yang dikenakan adalah sebanyak 15% daripada harga tiket atau harga masuk sesuatu hiburan.
Berdasarkan Akta Hiburan 1953, tafsiran perenggan 2.(1) :-
"bayaran bagi kemasukan" termasuk apa-apa bayaran yang dibuat oleh seseorang yang setelah dibenarkan masuk ke satu bahagian sesuatu tempat hiburan kemudiannya dibenarkan masuk ke bahagian lain tempat hiburan itu bagi kemasukan yang ke dalamnya suatu bayaran atau suatu bayaran tambahan yang melibatkan duti dikehendaki, dan termasuklah apa-apa bayaran yang memberi seseorang suatu hak untuk dibenarkan masuk sama ada hak itu digunakan atau tidak digunakan;
"hiburan" termasuklah apa-apa pameran, persembahan, keseronokan permainan atau sukan, atau apa-apa aktiviti yang boleh diisytiharkan sebagai hiburan oleh Menteri Kewangan di bawah subseksyen (2), yang baginya orang dibenarkan asuk dengan bayaran;