Pinjaman Kenderaan
Apakah dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan untuk permohonan pinjaman kenderaan?
Antara dokumen yang perlu dikemukakan adalah :
- Surat iringan jabatan
- Borang permohonan
- Slip gaji terbaharu
- Salinan kad pengenalan
- Salinan lesen memandu
- Gambar berukuran passport
Apakah kelayakan pegawai bagi membolehkan membuat pinjaman kenderaan?
Terbuka kepada :
- pegawai tetap atau pun kontrak mengikut jawatan berasaskan caruman
- mempunyai potongan gaji tidak melebihi daripada 60%
- mempunyai lesen memandu.
Apakah tempoh maksima bagi bayaran balik pinjaman kenderaan?
Bagi tempoh pembayaran balik pinjaman kenderaan
| Kenderaan | Tempoh |
|---|---|
| Kereta | 9 tahun |
| Motorsikal | 5 tahun |
Berapakah had pinjaman yang layak dipinjam bagi pinjaman kenderaan?
| Umur | Had Pinjaman |
|---|---|
| 40 tahun ke bawah | RM55,000 |
| 41 tahun ke atas | RM65,000 |
Adakah saya layak untuk memohon pinjaman motosikal jika belum disahkan dalam jawatan?
Anda layak memohon pinjaman tersebut dengan syarat mengemukakan 2 orang penjamin yang terdiri daripada kakitangan kerajaan yang telah disahkan dalam jawatan.
Saya telah mempunyai motosikal sendiri. Bolehkah saya memohon pinjaman untuk membeli motosikal tersebut?
Anda tidak dibenarkan memohon pinjaman membeli motosikal yang telah didaftarkan atas nama
sendiri.
Potongan gaji saya melebihi 60% termasuk potongan ASB dan Tabung Haji. Adakah saya layak memohon pinjaman kenderaan kerajaan?
Bagi kakitangan yang potongan gajinya melebihi 60%, anda tidak layak memohon pinjaman kenderaan.
Saya bercadang untuk memohon pinjaman kereta terpakai. Adakah saya layak memohon pinjaman kereta tersebut?
Anda layak memohon pinjaman kereta tersebut dengan syarat :
- Dapat mengemukakan Sijil Penilaian Kereta Terpakai yang dikeluarkan oleh pihak JKR Mekanikal
- Sebutharga kenderaan
- Sebutharga takaful.
Gaji pokok saya sekarang adalah sebanyak RM1,500.00. Adakah saya layak untuk memohon Pinjaman Kereta?
Anda tidak layak memohon pinjaman tersebut memandangkan gaji pokok minimum yang telah ditetapkan untuk pinjaman kereta adalah sebanyak RM1,620.00 sebulan.