Jabatan tuan hendaklah mendapatkan satu salinan "makluman kredit" daripada pihak bank yang membu yang membuktikan bayaran tersebut telah dimasukkan ke akaun.
Membuat Resit dan Penyata Pemungut dan memasukkan kod hasil yang sepatutnya.
Penyata Pemungut tersebut tidak perlu dihantar ke bank.
Kembarkan satu salinan "makluman kredit" yang diterima dari bank pada setiap Penyata Pemungut untuk semakan Pejabat Perbendaharaan Negeri dan Pejabat Audit.
Resit asal hendaklah dihantar kepada Pejabat Pembayar sebagai bukti penerimaan bayaran tersebut.