Amanah
Bagaimana jika berlaku perbezaan baki jabatan dengan baki Bendahari Negeri di dalam menyediakan penyata penyesuaian amanah/deposit?
Semasa menyediakan penyata penyesuaian amanah/deposit jika berlaku perbezaan di antara baki jabatan dengan baki Bendahari Negeri ianya perlu dilakukan mengikut format-format sebagaimana berikut:
Campur:
- Terimaan diambil kira (kredit) dalam rekod Bendahari Negeri, tetapi belum diambilkira dalam rekod jabatan (SENARAI 'A').
- Bayaran telah diambil kira dalam rekod jabatan tetapi belum dalam rekod Bendahari Negeri (SENARAI 'B').
Tolak:
- Bayaran telah ditolak (Debit) dalam rekod Bendahari Negeri tetapi belum diambilkira dalam rekod jabatan (SENARAI 'C').
- Terimaan telah diambilkira dalam rekod jabatan tetapi belum diambilkira oleh Bendahari Negeri (SENARAI 'D').
Campur/Tolak:
- Lain-lain pelarasan Debit/Kredit (perbezaan yang tidak dapat dikesan oleh jabatan melalui terimaan atau bayaran ( SENARAI 'E').
Apakah yang perlu dilakukan apabila baki jabatan tidak sama dengan baki Bendahari Negeri semasa menyediakan penyata penyesuaian amanah/deposit pada awal tahun kerana baki tahun lepas belum diambil kira dalam Laporan L400 dan L405?
Semasa menyediakan penyata penyesuaian di mana baki jabatan dengan baki Bendahari Negeri berbeza disebabkan kerana baki tahun lepas belum diambilkira dalam laporan L400 dan L405.
- Untuk mendapatkan baki mengikut rekod jabatan di mana baki tahun lepas hendaklah dicampurkan dengan urusniaga semasa.
- Senarai 'E' perlu dilampirkan untuk memasukkan jumlah tahun lepas yang belum diambilkira oleh Bendahari Negeri dan jumlah tersebut perlu ditolak dengan baki jabatan untuk mendapatkan baki mengikut rekod Bendahari Negeri.
Bagaimana untuk mendapatkan balik wang deposit am jabatan atau wang tahanan (bond perlaksanaan)?
Untuk mendapatkan balik wang deposit atau wang tahanan (bond pelaksanaan) di mana individu atau kontraktor perlu menghantar balik resit yang diberi semasa bayaran dibuat atau memberi nombor baucer di mana wang tahanan ditolak semasa bayaran dilakukan.