Skip to main content

tarikh 

Perhimpunan Bulanan Warga Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan

Pada 18 Safar 1436H bersamaan 11 Disember 2014 telah diadakan Perhimpunan Bulanan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan. Perhimpunan telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan. Majlis perhimpunan meraikan pegawai dan kakitangan yang telah bertukar iaitu Puan Hajah Faridah Binti Mat Zin, Bendahari Negeri yang dinaikkan pangkat daripada gred W54 ke Jusa C di Kementerian Dalam Negeri, Puan Wan Asma Suhana Wahida Binti Wan Deraman, Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Perolehan Dan Aset) yang bertukar ke Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kelantan dan juga Encik Mat Husin Bin Mat Nor, Pembantu Pejabat yang bertukar ke Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan.

Perhimpunan dimulakan dengan taklimat Dasar Keselamatan ICT oleh Puan Norshafini Binti Md Saidan, Pegawai Teknologi Maklumat dan diikuti dengan ucapan ringkas oleh Encik Nik Faizai Bin Mohamed, Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Hasil) selaku Setiausaha Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT). Perhimpunan kemudiannya diteruskan dengan ucapan pegawai dan kakitangan yang bertukar. 

Perhimpunan diakhiri dengan ucapan oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri yang menekankan semangat bekerjasama sebagaimana yang telah diucapkan oleh Puan Bendahari Negeri. Beliau mewakili seluruh warga Perbendaharaan Negeri Kelantan mengucapkan selamat maju jaya kepada pegawai dan kakitangan yang bertukar.

Perhimpunan Warga Perhimpunan Warga Perhimpunan Warga

[ Lihat Album Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan ]

{loadnavigation}