Pada 23 Rabiul awal 1434 H bersamaan 04 Februari 2013 telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri Kelantan serta seluruh warga Perbendaharaan Negeri Kelantan. Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dalam ucapannya menyeru seluruh warga Perbendaharaan Negeri agar sentiasa mengamal nilai-nilai murni dalam melaksanakan apa jua tugas serta sentiasa bersiap sedia dalam mengharungi apa jua cabaran bagi mempastikan setiap amanah yang diberi dapat dilaksana dengan betul dan teratur kerana ianya juga adalah suatu yang dituntut oleh agama dan dikira sebagai ibadah.
Dalam majlis berkenaan juga Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri telah sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi katogori-katogori pertandingan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) bagi tahun 2012 serta menyampaikan anugerah Warga Contoh. En. Mohd Rosdi bin Mohamod (Pembantu Tadbir -P/O) telah dinobatkan sebagai Warga Contoh Perbendaharaan Negeri Kelantan bagi Suku Tahun Pertama 2013.