Pada 1 Julai 2012 bersamaan 11 Syaaban 1433H, Biro Kebajikan Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) telah mengadakan satu lawatan ziarah ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu bagi meraikan kelahiran permata sulung kepada Kakitangan Perbendaharaan Negeri, En. Azmi Bin Mohamad. Beliau telah dikurniakan seorang anak lelaki pada 30 Jun 2012. Lawatan ziarah disertai oleh Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Perolehan & Aset) dan beberapa pegawai wanita yang lain dan sumbangan berbentuk tunai daripada SUKAT telah disampaikan kepada Keluarga En. Azmi Bin Mohamad bagi membantu menguruskan kelahiran permata beliau. Sekalung Tahniah daripada Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan.