Print this page
Rabu, 07 Jun 2017 08:37

Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Kali Ke-2/2017

Rate this item
(0 votes)

Satu Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Kali Ke-2 Tahun 2017 telah diadakan pada 11 Ramadhan 1438H bersamaan 06 Jun 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Dalam majlis itu, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri merangkap Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) meraikan kehadiran pegawai yang bersara. Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri juga mengucapkan terima kasih kepada pegawai yang bersara di atas sumbangan yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan di Perbendaharaan Negeri.

Dalam majlis tersebut, beberapa acara telah diadakan:

  1. Penyampaian Cenderahati Kenangan Kepada Pegawai Yang Bersara:
    • Puan Wan Nor Aizam Binti Wan Ali.
  2. Penyampaian Anugerah Warga Contoh Suku Tahun Pertama 2017 - Encik Wan Eskandar Bin Wan Ali
  3. Penyampaian Sijil Simpanan Premium BSN Kepada Warga Yang Menyambut Hari Lahir Pada Bulan Januari, Februari dan Mac 2017.

Majlis Perhimpunan WargaMajlis Perhimpunan Warga Majlis Perhimpunan Warga

[ Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan ]

Read 4799 times Last modified on Ahad, 11 Jun 2017 08:48

Related items