Semasa menyediakan penyata penyesuaian amanah/deposit jika berlaku perbezaan di antara baki jabatan dengan baki Bendahari Negeri ianya perlu dilakukan mengikut format-format sebagaimana berikut:
Campur:
Tolak:
Campur/Tolak:
Semasa menyediakan penyata penyesuaian di mana baki jabatan dengan baki Bendahari Negeri berbeza disebabkan kerana baki tahun lepas belum diambilkira dalam laporan L400 dan L405.
Untuk mendapatkan balik wang deposit atau wang tahanan (bond pelaksanaan) di mana individu atau kontraktor perlu menghantar balik resit yang diberi semasa bayaran dibuat atau memberi nombor baucer di mana wang tahanan ditolak semasa bayaran dilakukan.
Alamat : Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan.
Telefon : 609 - 748 1957
Faksimili: 609 - 748 7113
Laman web : www.pkn.kelantan.gov.my
Emel : treasury@kelantan.gov.my
Bagi menyediakan Kew 8, perlulah ada butir-butir perubahan, tarikh sepertimana tertera di dalam butir-butir perubahan dan hendaklah ditandatangani oleh seorang pegawai dan seorang ketua pembantu tadbir.
Tarikh akhir penghantaran Borang Perubahan Gaji (KEW 320) di peringkat PTJ adalah sebelum atau pada 4hb setiap bulan kecuali ada perubahan akan dimaklumkan. Sila rujuk Pekeliling Pembayaran Gaji Tahunan.
Aset Alih bermaksud aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain termasuk aset yang dibekalkan atau dipasang bersekali dengan bangunan.
KEW.PA-7 hendaklah disediakan oleh Pegawai Aset dalam dua (2) salinan. Satu (1) salinan senarai tersebut hendaklah disimpan oleh Pegawai Aset manakala satu (1) salinan dipamerkan di lokasi. KEW.PA-7 hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa apabila terdapat perubahan kuantiti, lokasi atau pegawai penempatan.
Kerajaan Negeri menerima pakai Pekeliling Perbendaharaaan Malaysia (1PP). Semua perkara berkaitan Perolehan Kerajaan terkandung pekeliling tersebut iaitu bidang Perolehan Kerajaan (PK. 1 hingga PK. 8) dan ia boleh dimuat turun melalui laman sesawang http://www.treasury.gov.my