Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Maklumbalas

Web Master

Web Master

Pada 26 Syawal 1438H bersamaan 20 Julai 2017 telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Idil Fitri 1438H di Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis yang bermula pada jam 12.00 tengahari dihidangkan dengan pelbagai hidangan dan juadah serta diserikankan lagi dengan alunan muzik bertemakan hari raya.

Majlis Sambutan Hari Raya 1438H Majlis Sambutan Hari Raya 1486H Majlis Sambutan Hari Raya 1486H

[ Lihat Album Majlis Jamuan Hari Raya 1486H ]

Satu Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Kali Ke-2 Tahun 2017 telah diadakan pada 11 Ramadhan 1438H bersamaan 06 Jun 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Dalam majlis itu, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri merangkap Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) meraikan kehadiran pegawai yang bersara. Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri juga mengucapkan terima kasih kepada pegawai yang bersara di atas sumbangan yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan di Perbendaharaan Negeri.

Dalam majlis tersebut, beberapa acara telah diadakan:

  1. Penyampaian Cenderahati Kenangan Kepada Pegawai Yang Bersara:
    • Puan Wan Nor Aizam Binti Wan Ali.
  2. Penyampaian Anugerah Warga Contoh Suku Tahun Pertama 2017 - Encik Wan Eskandar Bin Wan Ali
  3. Penyampaian Sijil Simpanan Premium BSN Kepada Warga Yang Menyambut Hari Lahir Pada Bulan Januari, Februari dan Mac 2017.

Majlis Perhimpunan WargaMajlis Perhimpunan Warga Majlis Perhimpunan Warga

[ Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan ]

Khamis, 25 Mei 2017 12:54

Mesyuarat Sukan Dwi Tahunan

Satu Mesyuarat Sukan Dwi Tahunan telah diadakan pada 27 Syaaban 1438H bersamaan 24 Mei 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Mesyuarat dihadiri oleh pengurus dan ketua pasukan bagi sukan badminton, ping pong, tenpin boling, futsal, dart dan karom.

mesyuarat mesyuarat mesyuarat 

[ Lihat Album Mesyuarat ]

Satu Kursus Pengenalan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia - Aset telah diadakan pada 24 Syaaban 1438H bersamaan 21 Mei 2017 bertempat di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Kursus telah disampaikan oleh Bendahari Negeri, Encik Roslan bin Yahya.

kursus kursus kursus 

[ Lihat Album Kursus ]

Khamis, 13 April 2017 12:19

Taklimat KIK

Satu taklimat mengenai Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) telah diadakan pada 14 Rejab 1438H bersamaan 11 April 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan.

taklimat kik 3 taklimat kik 1 taklimat kik 2 

Khamis, 18 Mei 2017 12:07

Inovasi & KIK

bocs idea

Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menyahut seruan kerajaan dengan mengadakan pelbagai inovasi dalam meningkatkan mutu kerja pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan. Setiap tahun Perbendaharaan Negeri Kelantan menyertai Inovasi ICT yang diketuai dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Disamping itu, pada penghujung tahun 2017, Perbendaharaan Negeri telah berjaya menubuhkan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) sendiri. KIK adalah merujuk kepada sekumpulan kecil pekerja daripada unit kerja yang sama atau melintasi jabatan, bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih, menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja dan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan pihak pengurusan serta melaksanakan keputusan tersebut setelah dipersetujui. 

Exit Conference Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2016 telah diadakan pada 19 Syaaban 1438H bersamaan 16 Mei 2017 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim. Dalam mesyuarat tersebut, Yang Amat Berbahagia Tan Sri Dr. Madinah Binti Mohamad, Ketua Audit Negara telah menyampaikan Sijil Bersih Penyata Kewangan Tahun 2016 kepada Yang Berhormat Dato' Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan.

Exit Conference Exit Conference Exit Conference

[ Lihat Album Exit Conference ]

 

Satu Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Kali Ke-1 Tahun 2017 dan Majlis Meraikan Jasa & Sumbangan Pegawai Yang Bersara/Bertukar telah diadakan pada 08 Jamadil Awal 1438H bersamaan 05 Februari 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Dalam majlis itu, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri merangkap Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) meraikan kehadiran pegawai yang bersara dan bertukar.

Dalam majlis tersebut, beberapa acara telah diadakan:

  1. Penyampaian Cenderahati Kenangan Kepada Pegawai Yang Bersara/Bertukar:
    • Encik Zakaria Bin Dollah, Bersara pada 09 November 2016.
    • Puan Nik Hamidah Binti Nik Ismail. Bersara pada 24 Disember 2016.
    • Puan Fatimah Binti Mohd Nor. Bertukar ke Bahagian Perungusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
    • Encik Saiful Norhisham Bin Sanussi. Bertukar ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas.
  2. Penyampaian Anugerah Warga Contoh Suku Tahun Ketiga 2016 - Puan Wan Asnida Binti Wan Abdullah.
  3. Penyampaian Anugerah Warga Contoh Suku Tahun Keempat 2016 - Encik Ahmad Zamakhsyari Bin Zainuddin
  4. Penyampaian Sijil Simpanan Premium BSN Kepada Warga Yang Menyambut Hari Lahir Pada Bulan September, Oktober, November dan Disember 2016.
  5. Acara Pemotongan Kek Hari Jadi

Majlis ditangguhkan dan bersambung dengan Majlis Makan Tengahari di Restoran Jade, Hotel Perdana Kota Bharu.

2017 02 05 Majlis Perhimpunan Warga Majlis Perhimpunan Warga

[ Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan ]

[ Majlis Makan Tengahari ]

Satu Majlis Penyerahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2016 oleh YB Pegawai Kewangan Negeri Kelantan kepada Penolong Pengarah Audit Negara Cawangan Negeri Kelantan telah diadakan pada 03 Jamadil Awal 1438H bersamaan 31 Januari 2017 bertempat di Pejabat Pegawai Kewangan Negeri Kelantan.

2017 01 31 Majlis Penyerahan Majlis Penyerahan

[ Lihat Album Mesyuarat Penyerahan Penyata Kewangan Negeri Kelantan Tahun 2016 ]

 

Satu Mesyuarat Integrasi 1SPEKS Khusus Untuk Agensi Negeri (Zon Pantai Timur) telah diadakan pada 28 Safar 1438H bersamaan 28 November 2016 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim yang dihadiri oleh wakil agensi Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Mesyuarat Integrasi 1SPEKSMesyuarat Integrasi 1SPEKS Mesyuarat Integrasi 1SPEKS

[ Lihat Album Mesyuarat Integrasi 1SPEKS ]

 
Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.