Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Maklumbalas

Web Master

Web Master

Selasa, 02 September 2014 15:22

Pelancaran Sistem e Stor

Pelancaran Sistem e-Stor pada 26 November 2012 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu.

Rabu, 21 Februari 2018 16:08

Bengkel Pengendalian Horizon Baharu KIK

Satu Bengkel Pengedalian Horizon Baharu Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2018 telah diadakan pada 13-15 Februari 2018 bertempat di Tanjung Demong Beach Resort, Besut, Terengganu. Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menghantar wakil ahli KIK jabatan iaitu :

  1. Encik Ahmad Irfan bin Ismail
  2. Encik Mohd Helmie bin Abdul Karim
  3. Cik Noorul Amni binti Kamarul Zaman
  4. Puan Nooraishah binti Iskandar

KIK 20180213 01 KIK 20180213 02 KIK 20180213 03 KIK 20180213 04

Isnin, 22 Januari 2018 15:08

Majlis Penyerahan Penyata Kewangan

Pada 01 Jamadil Awal 1439H bersamaan 18 Januari 2018  satu Majlis Penyerahan Penyata Kewangan Negeri Kelantan 2017 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan.

PKN 5043

Penyerahan Penyata Kewangan Negeri Kelantan 2017 oleh YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri
Kelantan kepada YBrs. Penolong Pengarah Audit Negara Negeri Kelantan.

[ Album Penyerahan Penyata Kewangan ]

Khamis, 25 Januari 2018 14:55

Taklimat Pemantapan Integriti

Pada 06 Jamadil Awal 1439H bersamaan 23 Januari 2018, Perbendaharaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Bahagian Integriti dan Tadbir Urus (BITU), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah mengadakan Program Taklimat Kod Etika Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan dan Ceramah Pemantapan Integriti kepada pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Taklimat telah disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah BITU, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

 

taklimat-pemantapan-integrititaklimat-pemantapan-integriti taklimat-pemantapan-integriti

[ Album Taklimat Pemantapan Integriti ]

Ahad, 21 Januari 2018 14:28

Program Ziarah Kelab SUKAT

Program ziarah Kelab SUKAT pada 01 Jamadil Awal 1439H bersamaan 18 Januari 2018

  1. Ke rumah Puan Mahfuzah bt Wan Saleh di Kg. Kubang Kacang sempena kelahiran cahaya mata yang pertama.
  2. Ke rumah Encik Wan Muhamad Hafiz bin Wan Mohamed Sharif di Wakaf Che Yeh sempena kelahiran cahaya mata yang kedua.
  3. Ke rumah Encik Iznan bin Ismail yang menjalani pembedahan bagi rawatan Slipped Disc.

20180118 ziarah mahfuzah 20180118 ziarah wan mohd hafiz 20180118 ziarah iznan

Satu Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Kali Pertama Tahun 2018 telah diadakan pada 22 Rabiul Akhir 1439H bersamaan 10 Januari 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Dalam majlis itu, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri merangkap Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) meraikan kehadiran pegawai yang bersara. Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri juga menyampaikan amanat sempena tahun baru 2018 dan anugerah-anugerah yang telah berjaya dicapai oleh Perbendaharaan Negeri sepanjang tahun 2017.

Dalam majlis tersebut, beberapa acara telah diadakan:

  1. Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada Penerima Anugerah Warga Contoh Suku Tahun Ketiga 2017 - Puan Fauziah bt Mat Ail
  2. Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada Penerima Anugerah Warga Contoh Suku Tahun Keempat 2017 - Puan Noridah bt Mohd Nor
  3. Penyampaian Cenderahati kepada Kakitangan yang bersara - Encik Wan Eskandar b Wan Ali
  4. Penyampaian Cenderahati kepada Pegawai/Kakitangan yang bertukar
    1. Encik Mohd Mujahid b Mohammed
    2. Encik Mohd Zulhilmi b Zahari
  5. Penyampaian Insentif Penghargaan bagi Penyertaan Anugerah Inovasi ICT Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2017 - Puan Norshafini bt Md Saidan
  6. Penyampaian Hadiah bagi Penampilan Terbaik Kakitangan sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1438H
    1. Kategori Lelaki - Encik Zulhilmi b Zaidi
    2. Kategori Wanita - YM Tuan Roslina bt Tuan Ismail
  7. Penyampaian Sijil Simpanan Premium Tahun 2017 kepada Pegawai /Kakitangan yang lahir pada bulan Julai - Disember.

Majlis diakhiri dengan potongan kek hari lahir dan bacaan doa selamat oleh Encik Al Hafiz b Pambi serta jamuan makan tengah hari yang merupakan jamuan kesyukuran oleh Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri kepada semua pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeir Kelantan.

 

perhimpunanperhimpunan perhimpunan

[ Album Perhimpunan Warga ]

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.