Print this page
Khamis, 16 Jun 2016 08:23

Arkib Maklumbalas/Aduan 2013

Written by
Rate this item
(0 votes)
Bil Rujukan Tarikh Butiran Jawapan
1 SUK130702113241 02-07-2013 Sistem SPEKS dan eSPEKS selalu tidak dapat beroperasi.
Harap tukar sistem lain atau upgrade semua sistem yang berorientasikan internet supaya semua urusan dapat berjalan lancar.

Lokasi : Gua Musang
Baru-baru ini terdapat kerosakan pada server SPEKS dan peralatan yang berkaitan dengan penggunaan sistem ini di beberapa jabatan di jajahan Gua Musang dan menyeabkan sistem SPEKS yang dimaksudkan tidak dapat digunakan.
Ianya telahpun dibaiki kecuali di Jabatan Veterinar jajahan Gua Musang di mana server SPEKS mengalami kerosakan dan belum siap dibaiki.
Walau bagaimanapun sistem ini boleh dicapai di jabatan lain yang juga menggunakan sistem SPEKS di Gua Musang seperti JPS, Pejabat Agama dan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sementara server tersebut siap dibaikpulih.
2   16-07-2013 Adakah saya boleh membuat pinjaman ke IPTA dengan pihak Perbendaharaan Kelantan? Terima kasih di atas email saudari.
Untuk makluman saudari, pihak Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak menawarkan pinjaman ke IPTA. Saudari boleh berhubung dengan pihak Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) sekiranya ingin membuat pinjaman pendidikan. Maklumat berkaitan YAKIN boleh dilayari di alamat URL : http://www.yakin.kelantan.gov.my/
3   12-12-2013 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ringkasan tentang diri saya :
Nama : XXX XXXXX XXXXXX XXXXX XXXXX XXXX
Program : SMS (Matematik Kewangan)
Universiti : Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Boleh saya tahu bagaimanakah caranya jika saya ingin memohon untuk menjalani Latihan Industri / Praktikal di bawah organisasi pihak Tuan?
Terima kasih di atas meklumbalas daripada pihak Tuan.
Wa alaikumsalam.
Terima kasih di atas maklumbalas saudari.
Sila emailkan resume dan dokumen berkaitan untuk tindakan selanjutnya.
Terima kasih.
4 BDGX8AP9 29-12-2013

Assalam,
Tuan/Puan,
Saya adalah penuntutjurusan Sarjana dalam Science Management di UNISZA Terengganu, No. Matrik: MMAXXXXXXXX dan kini sedang menyiapkan thesis tentang kedatangan pelancong ke negeri Terengganu.
Tujuan saya menulis email ini adalah untuk meminta jasa baik tuan/puan jika dapat memberikan sedikit maklumat tentang bajet yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan terhadap sektor perlancongan dari tahun 2008-2012.
Ini bertujuan untuk membuat perbandingan di antara negeri Terengganu yang nyata jauh ketinggalan jumlah kedatangan pelancongnya berbanding negeri Kelantan selama 5 tahun berturut-turut (2008-2012).
Saya berharap agar permintaan ini mendapat kerjasama pihak tuan/puan.
Segala jasa baik pihak tuan/puan saya dahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian.

Assalamu alaikum.
Terima kasih di atas maklumbalas tuan.
Sila rujuk lampiran disertakan untuk maklumat berkenaan bajet Kerajaan Negeri Kelantan terhadap sektor pelancongan bagi tahun 2008-2012.
Terima kasih.
Read 1110 times Last modified on Khamis, 16 Jun 2016 11:32

Related items