Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Buletin

Displaying items by tag: program

Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim turut terkesan akibat banjir besar yang melanda negeri Kelantan pada akhir bulan Disember 2014 baru-baru ini di mana air telah melimpah lebih kurang 2-3 kaki sehingga menyebabkan Pusat Kawalan Operasi Banjir Negeri Kelantan yang kebiasaannya beroperasi di sini terpaksa dipindahkan ke Masjid Telipot, Kota Bharu. Kesan-kesan lumpur yang tebal jelas kelihatan walaupun kerja-kerja pencucian telah dilakukan oleh pekerja bertanggungjawab. Debu-debu akibat lumpur yang kering telah memenuhi sekitar pusat pentadbiran ini dan menimbulkan ketidakselesaan dan risiko penyakit kepada pekerja.

Justeru itu, pada 22 Januari 2015 bermula pukul 8:00 pagi hingga 11:00 pagi, pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan telah mengadakan Program Gotong-royong Perdana bagi membersihkan Kota Darulnaim dari kesan-kesan banjir ini yang melibatkan seluruh anggota kakitangan awam dan GLC yang berada di dalam dan sekitarnya. Di samping itu juga, program ini bertujuan untuk menggalakkan program 5 S dan menjalinkan hubungan yang baik antara kakitangan dan ketua jabatan.

Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam ucapan perasmiannya memberi pesanan kepada semua kakitangan agar mempunyai rasa kasih sayang kepada tempat kita bekerja dan menanam dalam hati bahawa tanggungjawab untuk menjaga keindahan dan kebersihan Kota Darulnaim adalah satu tanggungjawab bersama. Beliau juga mengingatkan warga Kota Darulnaim supaya menjadi pekerja awam berwibawa dengan beristiqamah dalam mengamalkan cara pengurusan yang berkualiti terutamanya dalam program 5S dan Star Rating.

Dalam menjayakan program gotong-royong ini, pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam, Majlis Daerah Ketereh dan Jabatan Pertahanan Awam.

Gotong-royong perdana Gotong-royong perdana Gotong-royong perdana

[ Lihat Album Program Gotong-Royong Perdana ]

Sabtu, 01 Jun 2013 00:00

Polisi QE/5S

Matlamat ke arah melahirkan kakitangan Perbendaharaan yang cekap dan berkualiti untuk menentukan kejayaan Pejabat Perbendaharaan yang sentiasa menyediakan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan sekali gus meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam negeri Kelantan.

Published in QE 5S
Tagged under
Sabtu, 01 Jun 2013 00:00

Carta Organisasi JK Induk QE/5S

carta QE 5S 2014

Published in QE 5S
Tagged under
Sabtu, 01 Jun 2013 00:00

Logo QE/5S

QE Logo

Rasionalisasi :

  1. QE - Quality Environment (Persekitaran Berkualiti)
  2. Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa amal - Prinsip-prinsip asas dalam amalan QE yang dahulunya dikenali sebagai 5S
  3. World Globe - Negeri Kelantan mengamalkan QE sebagaimana yang diamalkan di negara-negara lain di dunia
  4. Merah - Warna kebanggaan Negeri Kelantan yang menunjukkan kesungguhan dan keberanian untuk berubah serta sentiasa bermotivasi dalam melaksanakan QE
  5. Jata - Negeri Kelantan.
 
 
Published in QE 5S
Tagged under
Sabtu, 01 Jun 2013 00:00

Objektif QE/5S

  • Melahirkan pekerja yang cekap
  • Mewujudkan suasana kerja yang ceria dan harmoni
  • Mewujudkan semangat bekerjasama pekerja antara satu sama lain
  • Mempertingkatkan insfrastruktur kemudahan kepada pekerja dan pelanggan
  • Melahirkan pekerja yang membudayakan konsep "Pejabatku, Rumahku"
Published in QE 5S
Tagged under
Sabtu, 01 Jun 2013 00:00

Moto QE/5S

Sentiasa Cekap Dan Ceria

Published in QE 5S
Tagged under
Sabtu, 01 Jun 2013 00:00

Amalan QE/5S

Amalan QE/5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan QE/5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan Amalan QE/5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.

QE/5S adalah singkatan bagi istilah Jepun seperti Seiri (SISIH), Seiton (SUSUN), Seiso (SAPU), Seiketsu (SERAGAM) dan Shitsuke (SENTIASA AMAL). Aktiviti ini merupakan aktiviti yang mudah dilakukan. Selain menggunakan cara kerja yang bersesuaian ianya akan menghasilkan impak yang lebih praktikal.

Published in QE 5S
Tagged under
Halaman 2 dari 2
Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.