Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Buletin

Displaying items by tag: Hari Kebangsaan

Khamis, 01 September 2016 08:17

Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan

Acara Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan Yang Ke-59 Tahun 2016 Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan pada 28 Zulkaedah 1437H bersamaan 31 Ogos 2016 bertempat di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh yang turut dihadiri oleh Kontinjen Perbendaharaan Negeri Kelantan. Dalam acara perbarisan tersebut, Kontinjen Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mendapat tempat ketiga dalam kategori Kontinjen Terbaik.

Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan Yang Ke-59Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan Yang Ke-59 Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan Yang Ke-59

[ Lihat Album Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan ]

Rabu, 02 September 2015 16:04

Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2015

Pada 16 Zulkaedah 1436H bersamaan 31 Ogos 2015, seramai 35 orang pegawai dan kakitangan mewakili Kontinjen Perbendaharaan Negeri Kelantan ke sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2015 yang diadakan bertempat di Padang Institut Kemahiran Belia Negara, Bachok, Kelantan.

Majlis telah disempurnakan oleh  YAB  Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir ialah YB Dato Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Dato Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri,  Exco-Exco Kerajaan Negeri , YB-YB Adun serta beberapa tetamu VIP diperingkat Jabatan Persekutuan dan Jabatan Negeri.

Pada Majlis berkenaan, Kontinjen Perbendaharaan Negeri Kelantan telah memenangi Tempat Ketiga bagi Kategori Pakaian Kontinjen Terbaik.

Gambar Sambutan Hari Kebangsaan 2015 Gambar Sambutan Hari Kebangsaan 2015 Gambar Sambutan Hari Kebangsaan 2015

[ Lihat Album Sambutan Hari Kebangsaan 2015 ]

Isnin, 17 Ogos 2015 11:11

Majlis Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang

Pada 1 Zulkaedah 1436H bersamaan 16 Ogos 2015 telah diadakan satu Majlis Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Majlis Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang Majlis Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang Majlis Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang

[ Lihat Album Majlis Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang ]

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.