Arkib Buletin

Rabu, 05 Oktober 2011 10:58

Perhimpunan Bulan Oktober 2011

Rate this item
(0 votes)

Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Oktober 2011 warga Perbendaharaan Negeri talah diadakan pada 5 Zulkaedah 1432 bersamaan 3 Oktober 2011. Yang Berusaha En. Rosnazli bin Haji Amin, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapannya mengajak seluruh waga Perbendaharaan Negeri agar sentiasa mengamalkan budaya saling rasa sayang menyayangi diantara seluruh warga Perbendaharaan, tanpa mengira bahagian dan hubungan taraf kedudukan. Budaya saling ambil berat dan bertanya khabar antara satu sama lain (samada yang berkaitan dengan tugas harian ataupun yang berkaitan dengan peribadi dan keluarga) perlulah juga diterapkan bagi menjalin ikatan yang lebih harmoni. Beliau juga mengingatkan seluruh warga Perbendaharaan agar menghindar sikap-sikap negetif dan buruk sangka bagi mengelak tanggapan buruk yang boleh merenggangkan hubungan yang telah dibina selama ini. Katanya lagi, pihak pengurusan terutama Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri sentiasa mengambil berat dan bertanya khabar mengenai kebajikan kakitangan. Dalam mesyuarat KEPENG misalnya beberapa insentif kepada kakitangan telah diadakan demi menjaga kebajikan dan hubungan lebih mesra diantara pehak pengurusan dan kakitangan.

Sementara itu dalam majlis yang sama, Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapannya telah menasihati seluruh warga Perbendaharaan supaya mewujudkan budaya berseronok dalam bekerja. Ini adalah penting bagi menghilangkan rasa 'stress' dan tertekan semasa menjalani tugas harian. Sikap suka tegur menegur dalam perkara kebaikan serta sikap saling menghormati sesama kakitangan perlu dihidupkan. Beliau juga menekankan akan pentingnya budaya suka mencari ilmu dalam apa bidang terutama ilmu dalam meningkatkan kerjaya atau setidak-tidak boleh mengembangkan minda dan fikiran. Beliau seterusnya mengucapkan selamat manjalani ibadat haji kepada seorang kakitangan iaitu Puan Wan Azian binti Wan Adnan yang akan bertolak ke Tanah Suci Mekah dan Madinah pada 14 Oktober ini sambil mendoakan semoga mendapat haji yang mabrur. Beliau juga tidak lupa mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan PMR kepada anak-anak warga Perbendaharaan yang akan menduduki peperiksaan tersebut pada 4 hingga 6 Oktober 2011 dan berdoa semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.

Majlis Perhimpunan Bulanan ini juga diserikan lagi dengan majlis penyampaian Anugerah Warga Contoh bagi suku tahun ke empat Tahun 2011. Dalam majlis tersebut Puan Nor Arizan binti Yamin, Pembantu Tadbir (P/O), Gred N17 telah dianugerahkan sebagai Warga Contoh Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan bagi Suku Tahun Ke Empat Tahun 2011. Penyampaian sijil dan cenderahati telah disempurnakan sendiri oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Faudzi bin Haji Che Mamat, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan.

 

Read 379 times Last modified on Selasa, 29 Disember 2015 16:45

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Hakcipta © 2010 - 2020 Perbendaharaan Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Kemaskini Terakhir :