Print this page
Khamis, 06 Oktober 2011 14:25

Penilaian Website Dan Portal Bagi Tahun 2011

Rate this item
(0 votes)

Laman web Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mendapat penarafan 5 Bintang dan sekali gus berjaya berada tempat ke Sebelas dalam Penilaian Laman Web Dan Portal Malaysia oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec).Sebanyak 1,155 portal dan laman web telah dinilai dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 285 portal dan laman web kerajaan telah mendapat penarafan lima bintang untuk tahun 2011.

Penilaian ini melibatkan keseluruhan laman web Kerajaan, Perbadanan dan Universiti di Malaysia. Perbendaharaan Negeri Kelantan mendapat tempat ke 11  daripada 768 laman web yang dinilai.Website Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan juga berada di tempat pertama diantara semua pejabat perbendaharaan negeri.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Teknologi Maklumat Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan yang diketuai oleh Puan Faizura binti Abdullah (Pegawai Teknologi Maklumat) di atas usaha dan inisiatif yang membawa kepada  kejayaan tersebut.

Read 446 times Last modified on Selasa, 29 Disember 2015 16:45