Arkib Buletin

Rabu, 28 Disember 2011 12:15

Mesyuarat Pegawai Kewangan & Bendahari Negeri Se-Malaysia

Rate this item
(0 votes)

Negeri Kelantan telah diberi kepercayaan sebagai tuan rumah dalam mengendalikan  Mesyuarat Pegawai Kewangan Dan Bendahari Negeri Se- Malaysia Bilangan 2 Tahun 2011. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Grand Riverview Hotel Kota Bharu pada 16 hingga 17 Disember 2011. Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Faudzi bin Haji Che Mamat (Pegawai Kewangan Negeri Kelantan). Ahli jawatankuasa adalah terdiri daripada Yang Berhormat Pegawai- Pegawai Kewangan Negeri dan Bendahari-Bendahari Negeri seluruh Malaysia. Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Perak, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Selangor dan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Terengganu telah menghidiri sendiri mesyuarat berkenaan, manakala lain-lain negeri diwakili oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri.

Antara program - program sampingan sempena mesyuarat berkenaan ialah  lawatan ke Kedai Bebas Cukai Pengkalan Kubur, Pasar Siti Khadijah, Bazar Buluh Kubu dan kilang batik disekitar bandar Kota Bharu. Manakala pada sebelah malamnya ahli mesyuarat dibawa melawat Pasar Malam Wakaf Che Yeh Up Town.

gambar 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12

Read 528 times Last modified on Selasa, 29 Disember 2015 16:45
More in this category: « Ucapan Bajet 2012

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Hakcipta © 2010 - 2020 Perbendaharaan Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Kemaskini Terakhir :