Arkib Buletin

Ahad, 04 September 2016 08:37

Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Kali Ke-3/2016

Rate this item
(1 Vote)

Satu Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Kali Ke-3 Tahun 2016 dan Majlis Meraikan Jasa Sumbangan Pegawai Yang Bersara/Bertukar telah diadakan pada 29 Zulkaedah 1437H bersamaan 01 September 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Dalam majlis itu, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri merangkap Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) meraikan kehadiran pegawai yang bersara dan bertukar. Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri juga mengucapkan terima kasih kepada pegawai yang bersara dan bertukar di atas sumbangan yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan di Perbendaharaan Negeri.

Dalam majlis tersebut, beberapa acara telah diadakan:

  1. Penyampaian Cenderahati Kenangan Kepada Pegawai Yang Bersara/Bertukar:
    • Puan Hamidah Binti Hashim, Bersara pada 01 Ogos 2016.
    • Puan Melah Binti Mohamad. Bersara pada 31 Ogos 2016.
    • Encik Mohd Rosdi Bin Mohamood. Bersara pada 03 September 2016.
    • Puan Zurita Binti Ishak. Bertukar ke Unit Perancang Ekonomi Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
  2. Penyampaian Anugerah Warga Contoh Suku Tahun Pertama 2016 - Puan Hamidah Binti Hashim
  3. Penyampaian Anugerah Warga Contoh Suku Tahun Kedua 2016 - Puan Nik Hamidah Binti Nik Ismail
  4. Anugerah Khas Sempena Pengiktirafan Penyertaan Program-Program Rasmi Kerajaan - Encik Ahmad Zamakhsyari Bin Zainuddin
  5. Penampilan Terbaik Sempena Majlis Sambutan Hari Raya 2016
    • Lelaki - Encik Ahmad Zamakhsyari Bin Zainuddin
    • Perempuan - Puan Aidora Binti Daud
  6. Penyampaian Sijil Simpanan Premium BSN Kepada Warga Yang Menyambut Hari Lahir Pada Bulan Mei, Jun, Julai dan Ogos 2016.
  7. Acara Pemotongan Kek Hari Jadi

Majlis ditangguhkan dan bersambung dengan Majlis Makan Tengahari Kesyukuran Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri di FZ Cafe, Lembah Sireh, Kota Bharu.

Majlis Perhimpunan WargaMajlis Perhimpunan Warga Majlis Perhimpunan Warga

[ Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan ]

[ Majlis Makan Tengahari Kesyukuran ]

Read 5307 times Last modified on Isnin, 05 September 2016 09:21

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Hakcipta © 2010 - 2020 Perbendaharaan Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Kemaskini Terakhir :