Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Buletin

Arkib Buletin Tahun 2017

Arkib Buletin Tahun 2017 (14)

Makluman Tambahan Bagi Tatacara Penutupan Akaun Tahun 2017 Adalah dimaklumkan bahawa sistem SPEKS akan dibuka pada 27, 28 dan 31 Disember 2017 bagi modul tertentu sahaja yang melibatkan : baucar kuiri elaun perjalanan bulan Disember 2017 elaun lebih masa bulan Disember 2017 gaji sambilan bulan Disember 2017 bil-bil utiliti bulan Disember 2017 Kelulusan daripada YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri diperlukan bagi pembayaran selain daripada yang dinyatakan di atas.
Rabu, 20 Disember 2017 10:51

Belanjawan Tahun 2018

Infografik Intipati belanjawan 2018 Kerajaan Negeri Kelantan, dengan bertemakan "KELANTAN SEJAHTERA UNTUK ISLAM" boleh dilihat dan dimuat turun di bahagian penerbitan (http://www.pkn.kelantan.gov.my/web/index.php/ms/sumber/penerbitan/ucapan-belanjawan)
Pada 19 Safar 1439H bersamaan 08 November 2017, Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra telah mencemar duli untuk mendengar Taklimat Bajet Negeri Kelantan Tahun 2018 yang disampaikan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Dato' Haji Nik Kazim bin Haji Nik Yusoff. Turut hadir dalam taklimat tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato' Haji MOhd Faudzi bin Haji Che Mamat. >   [ Keberangkatan YMM Pemangku Raja Kelantan Ke PKN ]
Satu Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Kali Ke-3 Tahun 2017 telah diadakan pada 16 Safar 1439H bersamaan 05 November 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Dalam majlis itu, Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri mengalu-alukan kedatangan Puan Nur Mastura Bt Yahya sebagai Warga Perbendaharaan yang baru.  Dalam majlis tersebut, beberapa acara telah diadakan: Penyampaian Anugerah Warga Contoh Suku Tahun Kedua 2017 - Encik Zulkifli Bin Che Mohamad. Penyampaian Sijil Simpanan Premium BSN Kepada Warga Yang Menyambut Hari Lahir Pada Bulan April, Mei dan Jun 2017. >   [ Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan ]
Tahniah di atas pencapaian cemerlang dan pengiktirafan dalam Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2016.   
Khamis, 03 Ogos 2017 09:10

SUPERB XIV Ipoh 2017

Kejohanan Sukan Dwi Tahunan Pejabat-Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri SeMalaysia ke 14 (SUPERB XIV) telah pun berlangsung di Ipoh, Perak pada 24 – 29 Julai 2017. Lebih 1,000 pegawai dan atlet dari 13 kontinjen telah mengambil bahagian di dalam pelbagai acara seperti badminton, ping pong, tenpin bowling, futsal, dart dan karom di samping golf jemputan. Terengganu menjadi juara keseluruhan dengan pungutan 4 pingat emas dan 1 pingat gangsa, diikuti dengan kontinjen tuan rumah iaitu Perak, Sabah, Johor dan Kelantan. Kontinjen Kelantan menduduki tempat kelima dengan pungutan 1 pingat perak dalam acara badminton.     [ Lihat Album Sekitar SUPERB XIV ]…
Pada 26 Syawal 1438H bersamaan 20 Julai 2017 telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Idil Fitri 1438H di Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis yang bermula pada jam 12.00 tengahari dihidangkan dengan pelbagai hidangan dan juadah serta diserikankan lagi dengan alunan muzik bertemakan hari raya.    [ Lihat Album Majlis Jamuan Hari Raya 1486H ]
Satu Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Kali Ke-2 Tahun 2017 telah diadakan pada 11 Ramadhan 1438H bersamaan 06 Jun 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Dalam majlis itu, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri merangkap Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) meraikan kehadiran pegawai yang bersara. Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri juga mengucapkan terima kasih kepada pegawai yang bersara di atas sumbangan yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan di Perbendaharaan Negeri. Dalam majlis tersebut, beberapa acara telah diadakan: Penyampaian Cenderahati Kenangan Kepada Pegawai Yang Bersara: Puan Wan Nor Aizam Binti Wan Ali. Penyampaian Anugerah…
Khamis, 25 Mei 2017 12:54

Mesyuarat Sukan Dwi Tahunan

Satu Mesyuarat Sukan Dwi Tahunan telah diadakan pada 27 Syaaban 1438H bersamaan 24 Mei 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Mesyuarat dihadiri oleh pengurus dan ketua pasukan bagi sukan badminton, ping pong, tenpin boling, futsal, dart dan karom.     [ Lihat Album Mesyuarat ]
Satu Kursus Pengenalan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia - Aset telah diadakan pada 24 Syaaban 1438H bersamaan 21 Mei 2017 bertempat di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Kursus telah disampaikan oleh Bendahari Negeri, Encik Roslan bin Yahya.     [ Lihat Album Kursus ]
Khamis, 13 April 2017 12:19

Taklimat KIK

Satu taklimat mengenai Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) telah diadakan pada 14 Rejab 1438H bersamaan 11 April 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan.    
Exit Conference Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2016 telah diadakan pada 19 Syaaban 1438H bersamaan 16 Mei 2017 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim. Dalam mesyuarat tersebut, Yang Amat Berbahagia Tan Sri Dr. Madinah Binti Mohamad, Ketua Audit Negara telah menyampaikan Sijil Bersih Penyata Kewangan Tahun 2016 kepada Yang Berhormat Dato' Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan.    [ Lihat Album Exit Conference ]  
Satu Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Kali Ke-1 Tahun 2017 dan Majlis Meraikan Jasa & Sumbangan Pegawai Yang Bersara/Bertukar telah diadakan pada 08 Jamadil Awal 1438H bersamaan 05 Februari 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Dalam majlis itu, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri merangkap Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) meraikan kehadiran pegawai yang bersara dan bertukar. Dalam majlis tersebut, beberapa acara telah diadakan: Penyampaian Cenderahati Kenangan Kepada Pegawai Yang Bersara/Bertukar: Encik Zakaria Bin Dollah, Bersara pada 09 November 2016. Puan Nik Hamidah Binti Nik Ismail. Bersara pada 24 Disember 2016. Puan Fatimah…
Satu Majlis Penyerahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2016 oleh YB Pegawai Kewangan Negeri Kelantan kepada Penolong Pengarah Audit Negara Cawangan Negeri Kelantan telah diadakan pada 03 Jamadil Awal 1438H bersamaan 31 Januari 2017 bertempat di Pejabat Pegawai Kewangan Negeri Kelantan.    [ Lihat Album Mesyuarat Penyerahan Penyata Kewangan Negeri Kelantan Tahun 2016 ]  
Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.