Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Buletin

Arkib Buletin Tahun 2015

Arkib Buletin Tahun 2015 (24)

Rabu, 30 Disember 2015 12:05

Lawatan Muhibah SUKAT

Pada 20 Rabiul Awal 1437H bersamaan 29 Disember 2015, satu lawatan muhibah Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) telah diatur ke rumah dua orang kakitangan Perbendaharaan Negeri iaitu Puan Norshafini binti Md Saidan, Pegawai Teknologi Maklumat dan Puan Hajah Fauzilah binti Abd Rahman, Penolong Akauntan Kanan. Lawatan muhibah tersebut turut dihadiri oleh Bendahari Negeri, En Ab Ghafar bin Sulaiman bersama dengan AJK Kelab SUKAT. Puan Norshafini mengalami keuzuran setelah menjalani pembedahan manakala Puan Hajah Fauzilah mengalami demam dan batuk setelah pulang daripada mengerjakan ibadat umrah.    [ Lihat Album Lawatan Muhibah SUKAT ]
Bengkel Pengukuhan MS Office Word Dan Pengenalan Asas Kepada MS Office Excel Tarikh : 16-17 Rabiul Awal 1437H / 28-29 Disember 2015 Tempat : Bilik Latihan SPEKS, Perbendaharaan Negeri Kelantan.   
Isnin, 07 Disember 2015 14:17

Mesyuarat Tatacara Terimaan Kutipan Hasil

Mesyuarat Tatacara Terimaan Kutipan Hasil Penutupan Akaun Kerajaan Negeri Tahun Kewangan 2015 Tarikh : 25 Safar 1437H / 06 Disember 2015 Tempat : Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim.      [ Lihat Album Mesyuarat Tatacara Terimaan Kutipan Hasil ] {loadnavigation}
Rabu, 28 Oktober 2015 11:54

Majlis Jamuan Persaraan & Pertukaran

Majlis Jamuan Persaraan & Pertukaran Kakitangan Tarikh : 15 Muharram 1437H / 28 Oktober 2015 Tempat : Syam Restaurant, Jalan Hospital, Kota Bharu. Kakitangan bersara : En. Jusoff bin Hassan, Pembantu Tadbir Kanan (Akaun), Unit Akaun Kakitangan bertukar : En. Ahmad Addailami bin Mohamed, Pembantu Tadbir (Kew), Unit Hasil En. Mohd Ikhwan bin Rosdi, Juruteknik Komputer, Unit IT    [ Lihat Album Majlis Jamuan Persaraan & Pertukaran ]
Rabu, 23 September 2015 16:54

Pengauditan QE oleh MPC

Pada 08 Zulhijjah 1436H bersamaan 22 September 2015 telah diadakan satu Pengauditan Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia.     [ Lihat Album Pengauditan QE oleh MPC ]
Khamis, 17 September 2015 16:54

Sambutan Hari Malaysia 2015

Pada 02 Zulhijjah 1436H bersamaan 16 September 2015, satu majlis Sambutan Hari Malaysia telah diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Majlis telah disempurnakan oleh  YB Dato’ Mohd Amar Bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.     [ Lihat Album Sambutan Hari Malaysia 2015 ]
Selasa, 15 September 2015 09:34

Majlis Perhimpunan & Penyampaian Pendrive QE

Pada 30 Zulkaedah 1436H bersamaan 14 September 2015, satu Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan kali Kedua Tahun 2015 Dan Penyampaian Pendrive Pelaksanaan Program Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) telah diadakan. Dalam majlis berkenaan, YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri telah menyampaikan beberapa sijil dan cenderahati. Kakitangan yang bertukar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan - Che Azrulhisyam bin Che Mohamed Anugerah Warga Contoh Suku Tahun Kedua Tahun 2015 - Encik Jusoff bin Hassan Anugerah Warga Contoh Suku Tahun Ketiga Tahun 2015 - Puan Hajah Siti Fatimah Tiu bt Abdullah Sumbangan Pendrive QE Kepada Semua Pegawai & Kakitangan…
Rabu, 02 September 2015 16:04

Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2015

Pada 16 Zulkaedah 1436H bersamaan 31 Ogos 2015, seramai 35 orang pegawai dan kakitangan mewakili Kontinjen Perbendaharaan Negeri Kelantan ke sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2015 yang diadakan bertempat di Padang Institut Kemahiran Belia Negara, Bachok, Kelantan. Majlis telah disempurnakan oleh  YAB  Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir ialah YB Dato Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Dato Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri,  Exco-Exco Kerajaan Negeri , YB-YB Adun serta beberapa tetamu VIP diperingkat Jabatan Persekutuan dan Jabatan Negeri. Pada Majlis berkenaan, Kontinjen Perbendaharaan Negeri…
Rabu, 19 Ogos 2015 11:11

Kursus Pengurusan Stress Siri 2

Pada 2-3 Zulkaedah 1436H bersamaan 17-18 Ogos 2015 telah diadakan satu Kursus Pengurusan Stress Siri 2 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kursus selama dua hari ini telah disampaikan oleh Encik Encik Muhammad Haikal Bin Osman, Pegawai Psikologi Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA), Ibu Pejabat Polis Kontijen Kelantan.    [ Lihat Album Kursus Pengurusan Stress Siri 2 ]
Pada 1 Zulkaedah 1436H bersamaan 16 Ogos 2015 telah diadakan satu Majlis Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.    [ Lihat Album Majlis Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang ]
Ahad, 02 Ogos 2015 11:11

Majlis Jamuan Hari Raya 1436H

Pada 14 Syawal 1436H bersamaan 30 Julai 2015 telah diadakan Majlis Jamuan Hari Raya Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis yang bermula pada jam 12.00 tengahari telah dihadiri oleh YAB Ustaz Dato' Menteri Besar Kelantan, Exco-Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri. Pelbagai hidangan telah disediakan dan majlis diserikankan lagi dengan alunan muzik bertemakan hari raya.    [ Lihat Album Majlis Jamuan Hari Raya 1436H ]
Isnin, 15 Jun 2015 10:26

Mesyuarat Exit Conference

Mesyuarat Exit Conference Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan telah diadakan pada 24 Syaaban 1436H bersamaan 11 Jun 2015 di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim. Dalam mesyuarat tersebut, Yang Amat Berbahagia Tan Sri Dato' Setia Haji Ambrin Bin Buang, Ketua Audit Negara telah menyampaikan Sijil Bersih Penyata Kewangan Tahun 2014 kepada Yang Berhormat Dato' Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan.    [ Mesyuarat Exit Conference ]
Selasa, 02 Jun 2015 23:10

Kursus Elaun Dan Tuntutan Lebih Masa

Kursus Elaun Dan Tuntutan Lebih Masa Siri 1 & Siri 2 telah diadakan pada 14-15 Syaaban 1436H bersamaan 31 Mei - 01 Jun 2015 di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kursus selama dua hari telah disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Kelantan.    [ Lihat Album Kursus Elaun & Tuntutan Lebih Masa ]
Majlis Makan Malam Sempena Pertukaran & Persaraan Pegawai & Kakitangan telah diadakan pada 14 Syaaban 1436H bersamaan 31 Mei 2015 di Restoran Keng Som, Kota Bharu. Pegawai & Kakitangan yang diraikan adalah Tuan Haji Norazmi Bin Berahim yang bertukar ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok sebagai Ketua Jajahan; dan Tuan Haji Ibrahim Bin Mat Yeh yang bersara secara pilihan.    [ Lihat Album Majlis Makan Malam ]
Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan & Majlis Pertukaran & Persaraan Pegawai & Kakitangan telah diadakan pada 14 Syaaban 1436H bersamaan 31 Mei 2015 di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Perbendaharaan Negeri Kelantan ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai & kakitangan yang bertukar & bersara berkuatkuasa pada 01 Jun 2015 iaitu: Tuan Haji Norazmi Bin Berahim yang bertukar ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok sebagai Ketua Jajahan; dan Tuan Haji Ibrahim Bin Mat Yeh yang bersara.    [ Lihat Album Majlis Perhimpunan, Pertukaran & Persaraan ]
Kursus Pengurusan Stress Menjana Sukses Siri 1 telah diadakan pada 15-16 Rejab 1436H bersamaan 04-05 Mei 2015 di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kursus selama dua hari telah disampaikan oleh Encik Muhammad Haikal Bin Osman, Pegawai Psikologi Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA), Ibu Pejabat Polis Kontijen Kelantan.    [ Lihat Album Kursus Pengurusan Stress ]
Taklimat Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) kepada wakil jabatan Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan pada 07 Rejab 1436H bersamaan 26 April 2015 di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim.    [ Lihat Album Taklimat GST ]
Program Mari Membaca Serentak Selama 10 Minit yang diadakan pada 04 Rejab 1436H bersamaan 23 April 2015 pada jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.    [ Lihat Album Program Mari Membaca Serentak Selama 10 Minit ]
Hari Keluarga Perbendaharaan Negeri Kelantan yang diadakan pada 27-28 Jamadil Akhir 1436H bersamaan 17-18 April 2015 di Tok Aman Bali Beach Resort.    [ Lihat Album Hari Keluarga Perbendaharaan Negeri Kelantan ]
Selasa, 24 Februari 2015 15:26

Pengauditan Naziran

Pengauditan Naziran di Perbendaharaan Negeri Kelantan pada 04 Jamadil Awal 1436H bersamaan 23 Februari 2015.    [ Lihat Album Pengauditan Naziran ]
Rabu, 18 Februari 2015 15:14

Kursus Pemantapan Integriti Siri 1

Kursus Pemantapan Integriti Siri 1 pada 27 Rabiul Akhir 1436H bersamaan 17 Februari 2015 di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Ceramah disampaikan oleh wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Unit Inovasi dan Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.    [ Lihat Album Kursus Pemantapan Integriti Siri 1 ]
Isnin, 09 Februari 2015 15:13

Kursus Keselamatan Jabatan Siri 1

Kursus Keselamatan Jabatan Siri 1 pada 18 Rabiul Akhir 1436H bersamaan 08 Februari 2015 di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.    [ Lihat Album Kursus Keselamatan Jabatan Siri 1 ]
Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim turut terkesan akibat banjir besar yang melanda negeri Kelantan pada akhir bulan Disember 2014 baru-baru ini di mana air telah melimpah lebih kurang 2-3 kaki sehingga menyebabkan Pusat Kawalan Operasi Banjir Negeri Kelantan yang kebiasaannya beroperasi di sini terpaksa dipindahkan ke Masjid Telipot, Kota Bharu. Kesan-kesan lumpur yang tebal jelas kelihatan walaupun kerja-kerja pencucian telah dilakukan oleh pekerja bertanggungjawab. Debu-debu akibat lumpur yang kering telah memenuhi sekitar pusat pentadbiran ini dan menimbulkan ketidakselesaan dan risiko penyakit kepada pekerja. Justeru itu, pada 22 Januari 2015 bermula pukul 8:00 pagi hingga 11:00 pagi, pihak…
Pada 18 Januari 2015 bertempat di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, Kerajaan Negeri Kelantan melalui urusetia Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menganjurkan Majlis Hi Tea Dan Pelancaran Tabung Amanah Bencana Banjir Kelantan. Program ini dimulakan dengan tayangan montaj kesan tragedi banjir dan diikuti dengan ucapan YAB. Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan. Dalam ucapannya YAB. Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan amat mengalu-alukan sumbangan dari semua pihak bagi membangunkan semula Kelantan selepas banjir ini dengan teruknya memusnahkan banyak harta benda rakyat termasuk yang kehilangan rumah mereka. Pada hari berkenaan banyak organisasi telah memberi sumbangan dan jumlah sumbangan yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM…
Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.