Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Buletin

Arkib Buletin Tahun 2014

Arkib Buletin Tahun 2014 (20)

Pada 21 Safar 1436H bersamaan 14 Disember 2014, Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menganjurkan satu Taklimat Penutupan Akaun Tahun Kewangan 2014 kepada wakil jabatan-jabatan negeri bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.  Taklimat berkenaan telah disempurnakan  oleh Bendahari Negeri, Puan Hajah Faridah Binti Mat Zin. Taklimat Penutupan Akaun telah disampaikan oleh Penolong Bendahari Negeri, Encik Iznan Bin Ismail. Tujuan taklimat adalah bertujuan untuk memastikan penutupan akaun bagi tahun kewangan 2014 berjalan lancar.    [ Lihat Album Taklimat Penutupan Akaun Bagi Tahun Kewangan 2014 ] {loadnavigation}
Isnin, 15 Disember 2014 15:48

Majlis Mengenang Jasa

Satu Majlis Mengenang Jasa telah berjaya diadakan pada 18 Safar 1436H bersamaan 11 Disember 2014 bertempat di Restoran Payang Serai, Jalan Dusun Raja, Kota Bharu.  Majlis Mengenang Jasa anjuran Perbendaharaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) itu diadakan bersempana pertukaran Bendahari Negeri, Puan Hajah Faridah Binti Mat Zin ke Kementerian Dalam Negeri, Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Perolehan dan Aset), Puan Asma Suhana Wahida Binti Wan Deraman ke Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kelantan dan Pembantu Pejabat, Encik Mat Husin Bin Mat Nor ke Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan. Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Kewangan…
Pada 18 Safar 1436H bersamaan 11 Disember 2014 telah diadakan Perhimpunan Bulanan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan. Perhimpunan telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan. Majlis perhimpunan meraikan pegawai dan kakitangan yang telah bertukar iaitu Puan Hajah Faridah Binti Mat Zin, Bendahari Negeri yang dinaikkan pangkat daripada gred W54 ke Jusa C di Kementerian Dalam Negeri, Puan Wan Asma Suhana Wahida Binti Wan Deraman, Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Perolehan Dan Aset) yang bertukar ke Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kelantan dan juga Encik Mat Husin Bin Mat Nor, Pembantu Pejabat…
Ahad, 19 Oktober 2014 08:32

Ucapan Belanjawan Tahun 2015

Ucapan Belanjawan Tahun 2015 Bagi Tempoh Penggal Yang Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Ketiga Belas telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Ustaz Dato' Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan bertempat di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Isnin, 18 Zulhijjah 1435H bersamaan 13 Oktober 2014. Versi E-Book Versi Video {loadnavigation}
Satu Kursus Pengukuhan Microsoft Office Powerpoint, Excel Dan Word telah diadakan oleh Unit Teknologi Maklumat, Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Perbendaharaan Negeri Kelantan pada 21-22 Syawal 1435H bersamaan 17-18 Ogos 2014 bertempat di Makmal Komputer Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Kursus dalaman yang dihadiri seramai 25 orang kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi pengetahuan asas tentang penggunaan aplikasi Microsoft Office. Kursus selama dua hari tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohd Asmawi Bin Busu, Encik Mohd Helmie Bin Abdul Karim dan Encik Ahmad Zamakhsyari Bin Zainuddin.    [ Lihat Album Kursus Pengukuhan Microsoft Office…
Selasa, 19 Ogos 2014 00:00

Majlis Jamuan Hari Raya

Pada 18 Syawal 1435H bersamaan 14 Ogos 2014 telah diadakan Majlis Jamuan Hari Raya dan Majlis Meraikan Pertukaran/Persaraan Pegawai Dan Kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis yang bermula pada jam 11.30 pagi telah dihadiri oleh Exco-Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri. Majlis turut meraikan pegawai dan kakitangan yang telah bertukar dan bersara. Pelbagai hidangan telah disediakan dan majlis diserikankan lagi dengan alunan muzik bertemakan hari raya.    [ Lihat Album Majlis Jamuan Hari Raya ] {loadnavigation}
Pada 18 Syawal 1435H bersamaan 14 Ogos 2014 telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Sempena Mengenang Jasa Pertukaran Dan Persaraan Pegawai Dan Kakitangan. Majlis telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan.  Perhimpunan dimulakan dengan ucapan oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri merangkap Yang Di Pertua Kelab Sukan & Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT), Tuan Haji Norazmi Bin Berahim dan diringi dengan ucapan daripada Puan Salina Binti Adnan, Pegawai Teknologi Maklumat yang telah bertukar ke Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil kakitangan yang bersara, Encik Wan Mohd…
Selasa, 22 Julai 2014 00:00

Majlis Tazkirah Ihya Ramadhan

Satu majlis Tazkirah Ihya Ramadhan telah diadakan pada 23 Ramadhan 1435H bersamaan 21 Julai 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan. Tazkirah telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Osman Bin Mat Zin, Imam Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa. Beliau menyampaikan tazkirah yang bertajuk Malam Lailatul Qadar. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan.    [ Lihat Album Majlis Tazkirah Ihya Ramadhan ] {loadnavigation}
Satu Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat MPKA Dan Bendahari Negeri Bilangan 2 Tahun 2014 telah diadakan pada 19 Syaaban 1435H bersamaan 17 Jun 2014 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua Akauntan dan Bendahari Negeri seluruh Malaysia. Tetamu kehormat yang dijemput hadir adalah Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Yang Berbahagia Datuk Akauntan Negara Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Timbalan Akauntan Negara Malaysia (Operasi) dan Pengarah-Pengarah Bahagian di Jabatan Akauntan Negara Malaysia.    [ Lihat Album Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat MPKA Dan Bendahari Negeri ] {loadnavigation}
Satu kursus anjuran bersama Perbendaharaan Negeri Kelantan dan Arkib Negara Malaysia Cawangan Kelantan telah diadakan selama tiga hari bermula pada 27 April 2014. Kursus Pengurusan Rekod Secara ‘In-House’ ini melibatkan seramai 30 orang pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kakitangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan turut sama menyertai kursus ini yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan. Antara objektif kursus ini diadakan adalah : untuk memberi pengetahuan mengenai Pengurusan Rekod Kerajaan secara teori dan amali, cukup untuk melaksanakan tanggungjawab Pengurusan Fail dan Rekod di jabatan masing-masing untuk memberi kefahaman dalam tugas-tugas mengendalikan fail dan rekod pada peringkat-peringkat…
KOTA DARULNAIM - Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan bagi Tahun 2014 dan Anugerah Kecemerlangan Jabatan Serta Agensi Negeri telah diadakan pada 22 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 22 April 2014M bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Dalam majlis ini, Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan telah menyampaikan sijil Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti (AI) Tahun 2013 kepada beberapa agensi yang telah berjaya mendapat penarafan empat bintang termasuk Perbendaharaan Negeri Kelantan.    {loadnavigation}
Isnin, 24 Mac 2014 00:00

Gotong Royong perdana

Satu majlis bagi merasmikan Gotong Royong Perdana Pelaksanaan Program Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada 21 Jamadil Awal 1435H bersamaan 23 Mac 2014 bertempat di Perkarangan Lobi Tingkat 1 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Tuan Haji Norazmi Bin Berahim merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Program QE Perbendaharaan Negeri Kelantan. Ketua zon dan ahli-ahli zon telah dimaklumkan bahawa satu pengauditan dalaman akan dijalankan pada Rabu, 26 Mac 2014 manakala pengauditan sijil oleh pihak MPC bagi tahun 2013/2014 akan dibuat pada 15 Mei 2014.    [ Lihat Album Gotong…
Rabu, 12 Mac 2014 00:00

Majlis Mengenang Jasa

Satu Majlis Mengenang Jasa telah berjaya diadakan pada 10 Jamadil Awal 1435H bersamaan 12 Mac 2014 bertempat di Four Seasons Restaurant, Jalan Sri Cemerlang.  Majlis Mengenang Jasa anjuran Perbendaharaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) itu diadakan bersempana pertukaran Timbalan Pegawai Kewangan Negeri ke Urus Setia Integriti Dan Inovasi Negeri Kelantan dan persaraan pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan bagi tahun 2014. Antara pegawai dan kakitangan yang akan bersara adalah Tuan Haji Wan Mod Ludin bin Haji Ibrahim (Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Bajet Dan Pinjaman)), Encik Omar Bin Mamat (Pembantu Bajet), Puan Hajjah Mazyah…
Pada 9 Jamadil Awal 1435H bersamaan 11 Mac 2014 telah diadakan Perhimpunan Bulanan warga Perbendaharaan Negeri Kelantan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan. Perhimpunan Bulanan kali ini adalah perhimpunan yang julung kali dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff selaku Pegawai Kewangan Negeri Kelantan. Perhimpunan dimulakan dengan ucapan oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein. Beliau mengucapkan penghargaan kepada seluruh pegawai dan kakitangan di atas kerjasama yang diberikan sepanjang beliau berkhidmat di Perbendaharaan Negeri Kelantan. Perhimpunan dimaklumkan bahawa Tuan Haji Mohd Anis akan bertukar ke Urus Setia Integriti Dan…
Pada 13 Februari 2014, YB Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan bersama YB Dato’ Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan telah melakukan kunjungan hormat kepada YBhg  Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Bin Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, YBhg Dato’ Mat Noor Bin Nawi, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia (Dasar) dan YBhg Datuk Wan Selamah Binti Wan Sulaiman, Akauntan Negara Malaysia. Kunjungan hormat tersebut adalah sempena perlantikan YB Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Che Mamat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan YB Dato’ Haji Nik Kazim Bin Haji Nik…
Bengkel Keterampilan Berbahasa : Penulisan Memo, Surat Rasmi & Minit Mesyuarat Berkualiti telah berjaya dianjurkan oleh Perbendaharaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka, Wilayah Timur pada 19 – 20 Rabiul Awal 1435H / 21 – 22 Januari 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk memantapkan penulisan surat rasmi, memo dan minit mesyuarat itu melibatkan seluruh warga kerja Perbendaharaan Negeri Kelantan. Bengkel selama dua hari itu telah dibimbing oleh Munsyi Dewan, En. Abdullah Bin Mohd Yassin dan Tn. Hj. Mohamed Bin Haron.    [ Lihat Album Bengkel Keterampilan Berbahasa : Penulisan Memo,…
Satu pemeriksaan kesihatan kepada semua pegawai dan kakitangan telah dianjurkan oleh Perbendaharaan Negeri Kelantan pada 04 Rabiul Awal 1435H/06 Januari 2014. Pemeriksaan ini bertujuan supaya pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan dapat mengetahui tahap kesihatan masing-masing. Antara ujian pemeriksaan yang dijalankan adalah pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan indeks jisim badan (BMI), pemeriksaan kandungan gula dalam darah dan sesi kaunseling kesihatan. Pemeriksaan ini mendapat sambutan yang baik daripada warga Perbendaharaan Negeri Kelantan.    [ Lihat Album Pemeriksaan Kesihatan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan ] {loadnavigation}
Bermula 1 Januari 2014, Perbendaharaan Negeri Kelantan Telah menerima kedatangan Pegawai Kewangan Negeri yang baru, YB Dato’ Hj Nik Kazim Bin Hj Nik Yusoff. Beliau memulakan tugas selaku Pegawai Kewangan Negeri bagi menggantikan YB Dato’ Hj Mohd Faudzi Bin Che Mamat yang menjawat jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru. Majlis Angkat Sumpah selaku Pegawai Kewangan Negeri telah diadakan di hadapan Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Hj Ahmad Bin Yakob pada jam 2.30 Petang di Pejabat Menteri Besar Kelantan.    [ Lihat Album Majlis Angkat Sumpah ] {loadnavigation}
Ahad, 05 Januari 2014 00:00

Majlis Budimu Dikenang, Jasamu Disanjung

Satu majlis bagi mengenang jasa mantan Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Hj Mohd Faudzi bin Che Mamat telah diadakan pada 3 Januari 2014 di Dewan Merbok, Hotel Renaissance. YB Dato’ Hj Mohd Faudzi hadir pada majlis berkenaan dengan ditemani oleh Datin Hjh Ros Aini bt Hj Ghazali. Majlis Budimu Dikenang, Jasamu Disanjung dan Makan Malam Ramah Mesra yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) turut dihadiri oleh Pegawai Kewangan Negeri yang baru, YB Dato’ Hj Nik Kazim bin Hj Nik Yusoff. Acara dimulakan dengan sesi bergambar YB Dato’ Hj Mohd Faudzi bin Che Mamat bersama pegawai…
Pada 5 Zulkaedah 1435H bersamaan 31 Ogos 2014, seramai 35 orang pegawai dan kakitangan mewakili Kontinjen Perbendaharaan Negeri Kelantan ke Perbarisan Hari Kemerdekaan Ke-57 Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2014 yang diadakan bertempat di Padang Batalion Ketiga, Rejimen 506, Askar Wataniah, Kem Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan. Majlis telah disempurnakan oleh  YAB  Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir ialah YB Dato Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri,  Exco-Exco Kerajaan Negeri , YB-YB Adun serta beberapa tetamu VIP diperingkat Jabatan Persekutuan dan Jabatan Negeri.    [ Lihat Album Sambutan…
Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.