Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Buletin

Arkib Buletin Tahun 2013

Arkib Buletin Tahun 2013 (23)

Pada 23 Rabiul awal 1434 H bersamaan 04 Februari 2013 telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri Kelantan serta seluruh warga Perbendaharaan Negeri Kelantan. Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dalam ucapannya menyeru seluruh warga Perbendaharaan Negeri agar sentiasa mengamal nilai-nilai murni dalam melaksanakan apa jua tugas serta sentiasa bersiap sedia dalam mengharungi apa jua cabaran bagi mempastikan setiap amanah yang diberi dapat dilaksana dengan betul dan teratur kerana ianya juga adalah suatu yang dituntut oleh agama dan dikira sebagai ibadah. Dalam majlis berkenaan juga Yang…
Ahad, 29 Disember 2013 00:00

Tahniah Di Atas Pencapaian Sistem LETRAS

Perbendaharaan Negeri Kelantan telah membina Sistem LETRAS (Letter Registration) yang bertujuan untuk memperkasakan pengurusan surat-surat daripada luar jabatan/agensi dengan lebih cekap, teratur dan sistematik. Sistem ini telah dibangunkan oleh Unit Teknologi Maklumat, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Sistem ini juga telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam Pertandingan Inovasi ICT Peringkat Negeri Kelantan. Majlis penyampaian hadiah dan sijil telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Hj Ahmad Bin Yakob dalam satu majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2013. {loadnavigation}
Pada 22 Disember 2013 bersamaan 19 Safar 1435H, Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menganjurkan satu Taklimat Penutupan Akaun Tahun Kewangan 2013 & Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri Kelantan kepada wakil jabatan-jabatan negeri yang bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Taklimat berkenaan telah dirasmikan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Faudzi bin Che Mamat. Taklimat telah disampaikan oleh Bendahari Negeri, Puan Hajjah Faridah Binti Mat Zin dan Penolong Bendahari Negeri, Encik Iznan Bin Ismail.Tujuan taklimat adalah bertujuan untuk memastikan penutupan akaun bagi tahun kewangan 2013 berjalan lancar dan memberi pendedahan mengenai Pelaksanaan Perakaunan Akruan yang akan dilaksanakan oleh…
Ahad, 08 Disember 2013 15:33

Perhimpunan PKN Dis 2013

Pada 2 Safar 1435H bersamaan 5 Disember 2013 telah diadakan Perhimpunan Bulanan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan. Perhimpunan telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan serta seluruh warga kerja Perbendaharaan Negeri Kelantan. Turut hadir buat pertama kalinya dalam perhimpunan tersebut adalah Bendahari Negeri, Puan Hajjah Faridah bt Mat Zin dan juga Pengolong Pegawai Kewangan Negeri (Bajet/Pinjaman) Haji Wan Mohd Ludin bin Ibrahim. Dalam perhimpunan tersebut, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Haji Mohd Anis bin Hussein menyampaikan tazkirah ringkas berhubung dengan rahmat serta nikmat dalam menjalani kehidupan seharian dan diikuti pula…
Rabu, 30 Oktober 2013 16:07

Kursus Tatacara Semakan Bayaran

Perbendaharaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan Kursus Tatacara Semakan Bayaran pada 27-28 Oktober 2013 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.Objektif kursus tersebut adalah untuk memberi maklumat terperinci mengenai tatacara bayaran dan menyelaraskan senarai semak setiap jenis bayaran yang disediakan oleh setiap pusat tanggungjawab di bawah Kerajaan Negeri Kelantan.Ceramah telah disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Akauntan Negara, Jabatan Audit Negara dan Perbendaharaan Negeri Kelantan.Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Semakan Bayaran telah disempurnakan oleh YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri dan juga Bendahari Negeri Kelantan. [ Klik di sini untuk melihat album Kursus…
Satu majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2013 telah diadakan pada 24 Oktober 2013 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kota Darulnaim. Majlis berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Hj Ahmad Bin Yakob, Majlis turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Dr Hj Zainuddin Bin Hj Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan), YB Dato’ Haji Ismail Bin Samah dan wakil-wakil jabatan/agensi negeri dan persekutuan. Satu ceramah khas berkaitan inovasi telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia, Dr Mazalan Kamis. Dalam majlis berkenaan, Sistem LETRAS oleh Perbendaharaan Negeri Kelantan telah berjaya memenangi…
Kejohanan Sukan Dwi Tahunan Pejabat-Pejabat Kewangan & Perbendaharaan Negeri SeMalaysia Kali Ke-12 telah diadakan pada 7-11 September 2013. Pada kejohanan kali ini negeri Kelantan telah dipilih sebagai tuan rumah dan melibatkan penyertaan hampir 800 peserta dan pegawai dari 13 kontinjen negeri.   Majlis perasmian kejohanan Sukan Dwi Tahunan Pejabat-Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Se-Malaysia Kali Ke-12 telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Zainuddin Bin Ibrahim di Padang Perdana, Kota Bharu pada 8 September 2013.   Matlamat utama kejohanan adalah untuk mengukuhkan jaringan kerjasama antara warga kerja Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan negeri-negeri disamping mempromosi semangat…
Pada 19 Ramadhan 1434H bersamaan 28 Julai 2013 (Ahad), satu program Majlis Ilmu QE “Piala Ramadhan” telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis ilmu tersebut dianjurkan bersama Jawatankuasa Promosi QE Perbendaharaan Negeri Kelantan dan SUKAT bertujuan untuk menghidupkan kembali suasana QE di kalangan warga Perbendaharaan Negeri Kelantan pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Majlis telah dihadiri oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri dan warga Perbendaharaan Negeri Kelantan. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Mohd Azhar Bin Abdullah, Pensyarah Jabatan Al-Dakwah Wal Qiadah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Dalam majlis tersebut juga, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri berbesar…
Pada 17 Julai 2013, satu Majlis Penyerahan Tugas Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan telah diadakan di Bilik Pegawai Kewangan Negeri Kelantan antara Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein dan En. Rosnazli Bin Haji Amin. Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein telah menggantikan tempat En. Rosnazli Bin Haji Amin yang bertukar ke Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam berkuatkuasa pada 1 Julai 2013. Majlis Penyerahan Tugas tersebut telah disaksikan sendiri oleh YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Che Mamat.
Pada 2 Ramadhan 1434H bersamaan 11 Julai 2013 telah diadakan Perhimpunan Bulanan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan. Perhimpunan telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan serta seluruh warga kerja Perbendaharaan Negeri Kelantan. Turut hadir dalam perhimpunan tersebut adalah Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan yang baru bertukar dari Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam, Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein dan kakitangan baru Puan Wan Asnida Binti Wan Abdullah sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) yang bertukar dari Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah. Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dalam ucapan…
Bermula pada 1 Julai 2013, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Encik Rosnazli Bin Haji Amin telah ditukarkan ke Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam sebagai Setiausaha yang sebelum ini dijawat oleh Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein. Satu majlis telah diadakan bagi menghargai jasa beliau dalam urus tadbir Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan sehingga mencapai Indeks Akauntabiliti (AI) tertinggi di antara jabatan/agensi di negeri Kelantan pada tahun 2012. Warga kerja Perbendaharaan Negeri Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa yang telah disumbangkan oleh Encik Rosnazli Bin Haji Amin dan mengucapkan Selamat Datang kepada Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein…
Perbendaharaan Negeri Kelantan mengalu-alukan kedatangan beberapa pegawai dan kakitangan yang berukar ke Perbendaharaan Negeri Kelantan. Pegawai dan kakitangan tersebut adalah : Nama Tarikh Lapor Diri -  Puan Hajjah Faridah Binti Mat Zin - Bendahari Negeri(Sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Akauntan Negara Cawangan Kelantan)  18 Ogos 2013 -  Tuan Haji Wan Mohd Ludin Bin Ibrahim - Pen. Peg. Kewangan Negeri (Bajet & Pinjaman)(Bertukar dari Pejabat SUK Kelantan)  25 Ogos 2013 -  En. Mohd Shukri Bin Salleh - Pembantu Tadbir Kanan (Kewangan)(Bertukar dari Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan)  18 Ogos 2013 -  En. Saiful Norhisham Bin Sanussi - Pembantu Tadbir (Kewangan)(Bertukar…
20 Jun 2013, satu majlis telah diadakan bagi meraikan persaraan Pn. Zaharah bt Che Soh, Pembantu Tadbir Kanan (Kewangan) (W22) daripada Unit Kewangan & Audit, Bahagian Pentadbiran. Beliau telah mula berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada 2 September 1978 dan ditempatkan di Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. Pada tahun 1 September 1992, beliau ditukarkan ke Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan sehingga sekarang. Seluruh warga kerja Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih di atas khidmat yang diberikan selama 21 tahun ini dan berharap agar ukhwah sentiasa terjalin selamanya.
Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan mengucapkan sekalung tahniah kepada pegawai dan kakitangan di atas pengurniaan Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bersempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-43 di Istana Negeri Kubang Kerian. Pegawai dan kakitangan tersebut adalah : Encik Nik Faizai Bin Mohamed Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Hasil) - Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (A.S.K) Encik Mat Hussin Bin Mat Nor Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi) - Pingat Setia Mahkota Kelantan (P.S) Puan Zaharah Bt Che Soh Pembantu Tadbir Kanan (Kewangan) - Pingat Setia Mahkota Kelantan…
Pada 10 Jun 2013, Mesyuarat Exit Conference Penyata Kewangan Tahun 2012 telah dilangsungkan di Hotel Perdana, Kota Bharu bagi membentangkan Laporan Penyata Kewangan oleh Pihak Audit Negara. Mesyuarat tersebut telah diketuai oleh Yang Amat Berbahagia Tan Sri Dato' Setia Ketua Audit Negara dengan dihadiri sama oleh Yang Berhormat Dato' Setiausaha Kerajaan, Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berbahagia Dato' Timbalan Ketua Audit Negara, Yang Berusaha Pengarah Sektor Audit Negeri, Yang Berusaha Pengarah Audit Bahagian Susulan dan Ketua Jabatan Negeri yang terlibat. Penarafan 4 Bintang Indeks Akauntabiliti telah dianugerahkan kepada pejabat-pejabat seperti berikut:   Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan Majlis Agama…
Pada 11 Mei 2013 yang lalu satu majlis perlawanan persahabatan bowling peringkat zon ringgit telah diadakan di Pacific Bowl, Aras 3 KB Mall. Pertandingan bermula pada pukul 10.30 pagi,seramai 25 peserta menyertai pertandingan bowling Zon Ringgit. Hadiah untuk perlawanan bowling Zon Ringgit disampaikan keesokkan harinya iaitu 12 Mei 2013 di bahagian Unit Akaun. Majlis ini diselit sempena majlis perpisahan Puan Mazayah binti Mohd Salleh.
Pada 11 Jamadil Akhir 1434 H / bersamaan 22 April 2013, satu Program 'House Keeping' telah diadakan di Perbendaharaan Negeri Kelantan iaitu Taklimat Berhubung Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Tempat Kerja. Taklimat yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha Puan Yusmawati binti Yusoff (Ketua Seksyen Pendakwaan), Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Kelantan telah dihadiri oleh seluruh warga Perbendaharaan Negeri Kelantan dan dipengerusikan oleh Yang Berusaha En. Rosnazli bin Haji Amin, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan. Taklimat yang bermula jam 9.00 pagi itu telah memberi pendedahan mengenai pentingnya keselamatan dan kesihatan kepada pekerja terutama penjawat awam semasa melaksanakan tugas. Taklimat berkenaan…
Satu sesi taklimat menganai cara penyediaan sasaran kerja tahunan yang tepat kepada semua warga Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada 17 April 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan pada jam 11.00 pagi. Taklimat berkenaan telah disampaikan sendiri oleh Yang Berusaha Pengarah Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Semua pegawai dan kakitangan yang hadir telah mendapat satu pengalaman dan ilmu yang berguna dalam menambahbaik penyediaan SKT masing-masing berdasarkan pekeliling semasa yang sedang berkuatkuasa. Diharapkan dengan penyediaan SKT yang tepat dan kemas, maka pencapaian kerja semua bahagian akan menjadi lebih produktif dan sekaligus merealisasikan visi Perbendaharaan Negeri…
Satu sesi taklimat berkenaan telah diadakan pada 17April 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan pada jam 8.30 pagi. Taklimat mengenai amalan QE berkenaan telah disampaikan oleh En. Hasmadi Bin Hasbullah, wakil dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Taklimat telah dihadiri oleh 48 orang peserta yang terdiri daripada semua ahlijawatankuasa induk QE, jawatankuasa promosi, jawatankuasa latihan, jawatankuasa audit dan wakil-wakil dari semua zon di Perbendaharaan Negeri.
Mesyuarat Urus Setia Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) Peringkat Kebangsaan Siri 10 Bil 1 Tahun 2013 telah diadakan pada 26 dan 27 Februari 2013 bertempat di Hotel Grand Riverview,Kota Bharu Kelantan.Jesteru itu, Perbendaharaan Negeri Kelantan telah dipilih untuk membentangkan “Best Practice” yang telah diamalkan.Pihak Perbendaharaan Negeri memilih untuk membentang kan kertas kerja Elektronik Setor (E-Store) sebagai “Best Practice” jabatan. Pembentangan kertas kerja tersebut telah dibentangkan oleh Ybrs.Rosnazli Bin Hj Amin selaku Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan.Dengan pembentangan itu diharap dapat mewujudkan perkongsian ilmu diantara semua yang hadir.Selain itu juga ia dapat menambah baik tadbir urus perkhidmatan awam di negara kita.
Pada 02 Rabiul Akhir 1434 H / 13 Februari 2013 telah diadakan Gotong Royong Perdana Amalan Persekitaran Berkualiti (QE). Majlis pelancaran telah diadakan di ruangan lobi (Aras Satu) Perbendaharaan Negeri Kelantan dan disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Rosnazli bin Haji Amin, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Amalan Persekitaran Berkualiti (QE). Semua pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan menyertai Majlis Gotong Royong Perdana tersebut.
Assalamualaikum W.B.T Saya ingin mengucapkan selamat tahun 2013 kepada semua warga Perbendaharaan Negeri Kelantan. Momen 2012 meninggalkan banyak kenangan pahit manis dalam penyampaian perkhidmatan di Perbendaharaan Negeri Kelantan termasuk kejayaan dan inovasi yang telah kita usaha dan laksanakan bersama seperti penarafan 4 bintang dalam Indeks Akauntabiliti (AI), program E-Stor yang telah dilancarkan untuk semua Jabatan Negeri Kelantan, LETRAS ( sistem pendaftaran surat berkomputer) dan E-EFT. Memori turut tercalit apabila terdapat seorang kakitangan yang sekian lama berkhidmat bersama-sama di Perbendaharaan Negeri telah pulang ke rahmatullah. Alhamdullillah, di tahun 2013 ini kita masih dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan tubuh badan dalam meneruskan…
Khamis, 10 Januari 2013 08:02

Pameran 6 Januari 2013

Pada 06 Januari 2013 bersaamaan 23 safar 1433H Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menyertai pameran Kecermerlangan Jabatan yang telah diadakan sempena Perhimpunan Tahun 2013 Anggota Perkhidmatan Awam Negeri di Kompleks Kota Darulnaim yang telah diadakan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Perhimpunan berkenaan telah disempurnakan oleh YAB. Tuan Guru Dato’Menteri Besar Kelantan dan turut dihadiri Oleh YB. Dato’ Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, YB. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato’Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua-ketua jabatan yang lain. Maklumat mengenai Indeks Akauntabiliti , aktiviti penting 2012 dan sijil-sijil pencapaian cemerlang Perbendaharaan Negeri Kelantan telah dipamerkan semasa majlis berkenaan.
Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.