Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Buletin

Arkib Buletin Tahun 2012

Arkib Buletin Tahun 2012 (28)

Khamis, 20 Disember 2012 08:10

Taklimat Mengenai Perakaunan Akruan

Pada 17 Disember 2012, satu Taklimat Kesedaran Ke Arah Pelaksanaan Perakaunan Kerajaan Negeri Kelantan telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Kota Darulnaim. Majlis ini telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dan taklimat disampaikan oleh Encik Annamalai A/L L.Singaram, Ketua Penolong Pengarah Kanan,Seksyen Khidmat Perunding, Bahagian Pembangunan Perakaunan Dan Pengurusan Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran awal kepada peringkat Pengurusan Tertinggi Kerajaan Negeri Kelantan terhadap keputusan kerajaan untuk beralih daripada Sistem Perakaunan Tunai di ubahsuai kepada Sistem Perakaunan Akruan sebagai salah satu cabang…
Seorang Pegawai Tadbir Negeri iaitu Puan Fatimah Binti Haji Mohd. Noor , telah ditukarkan daripada Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Perolehan Dan Aset) kepada Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Khidmat Pengurusan). Pertukaran ini tidak melibatkan pertukaran ke Jabatan lain tetapi sebagai pertukaran dalaman di Perbendaharaan Negeri Kalantan. Tempat beliau sebagai Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Perolehan Dan Aset) akan diambil alih oleh Puan Wan Asma Suhana Wahida Binti Wan Deraman (Penolong Ketuia Jajahan [Pendaftaran] di Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok). Selain daripada itu Perbendaharaan Negeri Kelantan juga telah menerima pertukaran seorang lagi Pegawai Tadbir Negeri. En. Aziz Bin Mat Hassan, Ketua Penolong Pengarah…
Perbendaharaan Negeri telah menganjurkan Kursus Pemantapan Aset Alih Kepada 85 PTJ yang merangkumi 197 orang pegawai dan kakitangan seluruh Jabatan Negeri Kelantan pada 25-26 November 2012 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks KotaDarulnaim, Kota Bharu. Sesi pengisian kursus adalah meliputi Tatacara Pengurusan Aset Alih berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007. Penceramah jemputan adalah En. Azi Rahimee Bin Mohamed , Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan dan En. Mohd Fadli Bin Sulaiman, Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah. Kursus ini telah diakhiri dengan majlis penyampaian sijil kepada semua peserta yang telah disampaikan Oleh YB. Dato’ Dr. Hj. Zainuddin bin Hj. Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri…
Tarikh:30/10-3/11/12 Tmpt: Avillion Admira Cove Hotel Port Dickson. Bil peserta: 110 peserta yang terdiri daripada semua wakil 14 negeri daripada Pejabat Kewangan/Perbendaharaan Negeri, Jabatan Kerja Raya Negeri, PBT , Jabatan Pertanian Negari, Jabatan Pengairan & Saliran Negari, Urusetia-MOF, Akauntan General, Attorney General, Bahagian Teknologi Maklumat MOF, Jabatan Kerja Raya Ibu Pejabat Malaysia. Tujuan:mewujudkan satu garis panduan mengenai tatacara pengurusan dan penggunaan geran penyenggaraan jalanraya negeri utk digunapakai oleh semua negeri supaya selaras dr segi semua peruntukan undang2 mengenai kewangan.
'Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raajiun'. Tanggal 5 Zulhijjah 1433 H bersamaan 21 Oktober 2012, seorang warga Perbendaharaan Negeri Kelantan iaitu En. Ahmad Sattar bin Mohamad, Pembantu Am Pejabat telah kembali ke Rahmatullah. Beliau menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 1.30 pagi di Hospital Tuanku Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian pada 15 Oktober 2012 kerana kecederaan teruk akibat kemalangan jalanraya dan pada 16 Oktober 2012 telah dipindahkan ke Hospital Tuanku Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Faudzi bin Haji Che Mamat, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dan Yang Berbahagia Datin…
Rabu, 17 Oktober 2012 13:47

Solat Hajat Perbendaharaan

Majlis Solat Hajat warga Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada 17 Oktober 2012bagi memohon kehadrat Allah supaya diberi keselamatan dan kesejahteraan kepada En. Ahmad Sattar bin Mohamad, kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan yang mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan pada 16 Oktober 2012. Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Faudzi bin Haji Che Mamat, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dan semua pegawai serta seluruh warga Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menyempurnakan solat hajat berkenaan yang diimamkan oleh Ustaz Abd. Satar (Imam Masjid Kota Darinaim)
Perbendaharaan Negeri Kelantan telah berjaya mendapat penarafan 4 bintang dalam Pengurusan Kewangan dan sekaligus berjaya mendapat Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2011. Majlis penyampaian anugerah tersebut berlangsung di The Zenith Hotel, Kuantan, Pahang pada 1 Oktober 2012 sempena Hari Audit Se-Malaysia dan Persidangan Juruaudit Sektor Awam 2012. Anugerah kecemerlangan berkenaan telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang. Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Faudzi bin Haji Che Mamat, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan telah hadir bagi menerima anugerah tersebut.
Pada 24 Syawal 1433 H bersamaan 11 September 2012 telah diadakan majlis bagi mengenang jasa tiga orang kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan yang bertukar. Mereka ialah Puan Ismarizan binti Ismail (Penolong Akauntan) yang ditukarkan ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh, Puan Noraini binti Mohd Nor (Setiausaha Pejabat) yang ditukarkan ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan dan Puan Nor Asniza binti Mohd. Nor (Pembantu Setiausaha Pejabat) yang ditukarkan ke Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kelantan. Majlis tersebut telah diadakan dalam suasana yang penuh mahabbah dan kemesraan. Penyampaian cenderahati kepada ke tiga-tiga kakitangan berkenaan telah disempurnakan sendiri oleh Yang Berhormat Dato'…
Ahad, 09 September 2012 07:24

Majlis Hari Raya Unit Akaun & Unit IT 2012

Pada 5 September 2012 bersamaan 18 Syawal 1433H Bahagian Akaun dan Unit Teknologi Maklumat mengadakan satu majlis jamuan hari raya. Majlis ini diadakan secara kecil-kecilan yang dihadiri oleh kakitangan Perbendaharaan Kelantan sahaja.Majlis ini bermula pada pukul 9.00 pagi dah berakhir pada pukul 3.00 tengahari.
Ahad, 02 September 2012 13:43

Taklimat Pengurusan Aset Dalam SPEKS

Perbendaharaan Kelantan akan menggadakan taklimat mengenai pengurusan aset melalui SPEKS. Taklimat ini bertujuan untuk memantapkan kakitangan negeri kelantan dalam menguruskan harta kerajaan. Taklimat ini akan diadakan selama 2 hari iaitu : Sesi Pertama : 03 September 2012 Sesi Kedua : 04 September 2012 Masa : 8.00pagi - 4.30petang Tempat : Bilik Latihan SPEKS, Perbendaharaan Kelantan Untuk mendapatkan manual pengguna SPEKS ( ASET ) sila klik disini.
Pada 11 Rejab 1433H bersamaan 1 Jun 2012 telah terbina sebuah masjid diantara Mohd Helmie bin Abdul Karim salah seorang kakitangan Perbendaharaan Kelantan dengan pilihan hidupnya Norfarrahan binti Mat zin. Majlis Kesyukuran pihak lelaki diadakan pada 4 Syawal 1433H bersamaan 22 Ogos 2012, seluruh warga Perbendaharaan Kelantan mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Encik Mohd Helmie dan isteri dengan iringan doa semoga mendapat zuriat yang sempurna serta mencapai kebahagian yang berkekalan di dunia dan akhirat
Ahad, 22 Julai 2012 12:03

Perhimpunan Bulan Julai 2012

Majlis Perhimpunan Bulanan warga Perbendaharaan Negeri telah diadakan pada 26 Syaaban 1433 H bersamaan 16 Julai 2012. Yang Berusaha En. Rosnazli bin Haji Amin, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapannya mengajak seluruh warga Perbendaharaan Negeri agar sentiasa mengamalkan sikap saling bekerjasama dan sayang menyayangi antara satu sama lain, tanpa mengira bahagian dan taraf kedudukan seseorang. Sikap saling bertanya khabar hendaklah sentiasa dihidupkan manakala sikap-sikap negetif dan buruk sangka yang boleh merenggangkan hubungan baik dikalangan warga Perbendaharaan Negeri Kelantan hendaklah dihindarkan. Yang berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapan amanatnya telah mengajak semua pegawai dan kakitangan melakukan muhasabah diri masing-masing dan…
Selasa, 17 Julai 2012 14:41

Perlawanan Bowling Antara Kakitangan

Perlawanan Persahabatan Bowling Amalan Persekitaran Berkualtii (QE) dan SUKAT Perbendaharaan Negeri telah diadakan pada 16 Julai 2012 bertempat di Pacific Bowl, KB Mall pada jam 8.30 Malam. Seramai 47 peserta yang diwakili oleh setiap zon dan jawatankuasa latihan, promosi dan audit QE serta Sekretariat telah mengambil bahagian dalam program ini. Program ini telah disempurnakan oleh YB. Dato' Hj. Mohd Faudzi Bin Hj. Che Mamat,  Pegawai Kewangan Negeri Kelantan. Pemenang Bagi kategori berkumpulan  telah diungguli oleh Zon RInggit dan bagi kategori individu VIP telah dimenangi oleh EN. Nik Faizai Bin Mohamed, Pen. Peg. Kew. Neg.(Hasil), manakala kategori jumlah jatuhan pin paling…
Rabu, 04 Julai 2012 09:16

Penyerahan Kunci Exora

Pada 3 Julai 2012, penyerahan kunci kereta Exora telah berlangsung di perkarangan tempat letak kereta Perbendaharaan Kelantan Blok 4 Kota Darulnaim.Wakil penyerahan kunci dari pihak Proton Edar Sdn Bhd ialah Encik Muhammad Khairis bin Ishak dan wakil dari pihak Perbendaharaan Kelantan pula Encik Mat Husin bin Mat Nor. Kereta Exora dengan no pendaftaran DBY 7447 akan di gunakan untuk naziran dan lain-lain kegunaan.
Selasa, 03 Julai 2012 09:32

Lawatan SUKAT

Pada 1 Julai 2012 bersamaan 11 Syaaban 1433H,  Biro Kebajikan Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) telah mengadakan satu lawatan ziarah ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu bagi meraikan kelahiran permata sulung kepada Kakitangan Perbendaharaan Negeri, En. Azmi Bin Mohamad. Beliau telah dikurniakan seorang anak lelaki pada 30 Jun 2012. Lawatan ziarah disertai oleh Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Perolehan & Aset) dan beberapa pegawai wanita yang lain dan sumbangan berbentuk tunai daripada SUKAT telah disampaikan kepada Keluarga En. Azmi Bin Mohamad bagi membantu menguruskan kelahiran permata beliau. Sekalung Tahniah daripada Warga Perbendaharaan Negeri…
Pihak Perbendaharaan Kelantan telah mengadakan satu bengkel 'Person In Charge (PIC)' peralatan SPEKS kepada semua jabatan Kerajaan Negeri Kelantan bagi memperkasakan lagi penggunaan dan teknikal SPEKS. Bengkel ini diadakan selama tiga hari bermula 12 Jun 2012 sehingga 14 Jun 2012 pukul 8.00 pagi dan berakhir pukul 1.00 tengahari. Bengkel ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan.Bengkel ini dihadiri seramai 91 orang dari pelbagai jabatan, bengkel ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penyelesaian bagi masalah rangkaian SPEKS. Penceramah untuk bengkel ini oleh pihak pembekal SPEKS dan pihak Perbendaharaan Kelantan sendiri. Bengkel ini juga bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang biasa…
Pada 28 Mei 2012 bersamaan 7 Rejab 1433H (Isnin), Mesyuarat Exit Conference Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2011 telah diadakan di Ballroom 1, Hotel Renaissance, Kota Bharu.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dato' Setia Haji Ambrin bin Buang, Ketua Audit Negara.Sebanyak 30 jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri telah dijemput hadir dalam mesyuarat pada kali.Bagi Penyata Kewangan Tahun 2011, Kerajaan Negeri Kelantan telah dianugerahkan Sijil Audit Bersih (Tanpa Teguran) oleh Ketua Audit Negara.Manakala 10 Jabatan Negeri telah dianugerahkan empat bintang bagi penarafan Indeks Akauntabiliti oleh Jabatan Audit Negara.
Selasa, 22 Mei 2012 14:39

Pelancaran Pertandingan Album QE

Pada 21 Mei 2012, telah diadakan Mesyuarat Induk QE Bil 2/2012.Dalam mesyuarat tersebut, pelancaran pertandingan album QE telah dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri pertandingan tamat pada awal bulan disember 2012. Dalam mesyuarat tersebut juga logo baru QE turut diperkenalkan dan penguguman pemenang antara zon telah diumumkan yang mana zon terbaik dimenangi oleh Zon Ringgit, laci terbaik dimenangi oleh Pn.Khazani dan patri terbaik disandang oleh Zon Riyal
Lawatan kerja ke Perbendaharaan Negeri selangor adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai kutipan hasil di Negeri Selangor.Rombongan lawatan ini adalah seramai 20 orang yang terdiri daripda semua Ketua Jajahan Negeri Kelantan Pengarah Perhutanan, KPSU Suk – Bahagian Perumahan, Timbalan PKN dan Semua Penolong Pegawai Kewangan dan lawatan ini diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan iaitu Yang berhormat Dato’ Haji Mohd Faudzi bin Che Mamat.
Pada 4 Mei 2012 Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mengadakan program hari keluarga untuk semua warga kerja. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Sutra Beach Resort & Spa Terengganu. Seramai 210 orang peserta yang mengikuti program tersebut. Program bermula pada 4 Mei 2012 jam 10.30 pagi semua peserta bertolak ke Sutra Beach Resort & Spa Terengganu dan dijangka sampai 1.00 tengah hari, pada sebelah malam majlis makan malam bersama Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri di Merang Restoran. Pada 5 Mei 2012, disebelah pagi telah berlangsung acara Sukaneka dan di sebelah malam majlis penyampaian hadiah dan…
Rabu, 25 April 2012 07:59

Perhimpunan Bulan April 2012

Majlis Perhimpunan Bulanan  Warga Perbendaharaan Negeri bagi Bulan April 2012 telah diadakan pada 17 Jamadilawal 1433 H / bersamaan 09 April 2012. Majlis perhimpunan bulanan ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri serta seluruh warga Perbendaharaan Negeri. Dalam ucapan amanat sempena menyambut tahun baru 2012, Yang Berhormat Dato' Mohd. Faudzi bin Haji Che Mamat, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan mengucap berbanyak syukur kehadrat Allah Subhanahu Wataala kerana masih dilanjutkan usia dengan diberikan  kesihatan yang berpanjangan. Beliau seterusnya telah mengajak seluruh warga Perbendaharaan Negeri membuat muhasabah diri dengan mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan sepanjang tahun 2011 serta mengambil langkah…
Pada 14 Februari 2012 bertempat di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu , Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menganjurkan satu program Taklimat e- Bajet dan Pelancaran Buku Panduan Pengurusan Kewangan Perbendaharaan Negeri Kepada Semua Pengawai Pengawal Jabatan Kerajaan Negeri. Dato’ Dr. Haji Zainuddin Bin Hj. Ibrahim, Setiausaha Kerajaaan Negeri Kelantan dan telah dihadiri oleh 29 orang pengawai pengawal dan wakil dari semua Jabatan Negeri Kelantan.Antara pengisian program adalah ucapan aluan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Hj. Che Mamat, Pegawai Kewangan Negeri dan ucapan perasmian taklimat dan pelancaran buku panduan pengurusan kewangan oleh YB. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri…
Yang Berusaha Cik Nik Haliza binti Haji Nik Yusoff, Akauntan (Penolong Bendahari) Gred W41 telah ditukarkan ke Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Bharu sebagai Akauntan Gred W41. Tempat beliau telah diambil alih oleh Yang Berusaha Encik Iznan bin Ismail yang sebelum ini berkhidmat sebagai Akauntan di Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Bharu. Pertukaran ini berkuatkuasa mulai pada 1 Mac 2012. Seluruh warga Perbendaharaan Negeri mengucapkan selamat maju jaya kepada Cik Nik Haliza binti Haji Nik Yusoff serta mengalu-alukan kedatangan Encik Iznan bin Ismail ke Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Rabu, 22 Februari 2012 16:26

Majlis Perpisahan Pn.Faizura

Pada 13 Feb 2012 yang lalu telah didakan majlis perpisahan sempena pertukaran Puan Faizura binti Abdullah, Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F41) yang telah bertukar ke Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kelantan pada 20 November 2011. Beliau mula berkhidmat di Perbendaharaan Negeri mulai 03 April 2005 iaitu jabatan pertama beliau dalam perkhidmatan awam Negeri Kelantan. Di Perbendaharaan Negeri, beliau telah diberi tugas mengetuai Unit Teknologi Maklumat dan terlibat secara langsung dalam mengetuai pembangunan Sistem Perakaunan Standard Kerajaan Negeri (SPEKS) dan pembangunan laman web jabatan sehingga berjaya membawa Perbendaharaan Negeri mendapat taraf 5 Bintang dan tempat ke 11 daripada 768 laman…
Pihak Perbendaharaan Negeri Kelantan akan mengadakan Kursus Modul Bajet melaui SPEKS kepada semua Jabatan Kerajaan Negeri Kelantan pada 31 Januari 2012 sehingga 02 Februari 2012 dan 07 Februari 2012 sehingga 09 Februari 2012 pukul 8.00 pagi - 5.00 petang bertempat di Bilik Gerakan Negeri Kompleks Kota Darulnaim,Kota Bharu. Setiap Jabatan dicadangkan menghantar Pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Pegawai Eksekutif/Penolong Akauntan ( sekiranya ada ) Pembantu Tadbir Kanan Pembantu Tadbir untuk mendapatkan Nota Modul Bajet sila klik di sini password " pkn2012 "
Ahad, 08 Januari 2012 16:30

Tatacara Penutupan Akaun Kewangan 2011

Tatacara untuk penutupan akaun tahun 2011 bagi Baucar Bayaran Akaun Kena Bayar ( AKB ) dan Baucar Kuiri seperti sedia maklum bahawa Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Bil.1 Tahun 2011, oleh kerana masalah teknikal SPEKS yang tidak dapat di elakkan,tempoh kelulusan di peringkat jabatan bagi baucar AKB dan Baucar Kuiri telah dilanjutkan kepada 10 Januari 2012. Dengan ini di minta untuk menjelas semua transaksi bagi tahun 2011 sebelum tarikh yang telah ditetapkan harap maklum.
Ahad, 08 Januari 2012 11:46

Perhimpunan Bulan Januari 2012

Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Perbendaharaan Negeri bagi Bulan Januari 2012 telah diadakan pada 8 Safar 1433 H / bersamaan 02 Januari 2012. Majlis perhimpunan bulanan ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri serta seluruh warga Perbendaharaan Negeri.Dalam ucapan amanat sempena menyambut tahun baru 2012, Yang Berhormat Dato' Mohd. Faudzi bin Haji Che Mamat, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan mengucap berbanyak syukur kehadrat Allah Subhanahu Wataala kerana masih dilanjutkan usia dengan diberikan kesihatan yang berpanjangan. Beliau seterusnya telah mengajak seluruh warga Perbendaharaan Negeri membuat muhasabah diri dengan mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan sepanjang tahun 2011 serta mengambil langkah memperbaiki…
Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan telah melantik Ahli-Ahli Lembaga Pemeriksa bagi membuat pemeriksaan keatas wang tunai, setem dan barang-barang berharga yang ada dalam simpan selamat dengan buku tunai serta rekod-rekod lain di Perbendaharaan Negeri dan Jabatan Mengakaun Sendiri ( iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Perbadanan Bandar Baru Tunjung dan semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan), selaras dengan Arahan Perbendaharaan 310. Pemeriksaan-pemeriksaan tersebut telah diadakan pada hari pertama pejabat dibuka ( 1 Januari 2012 ) iaitu sebelum permulaan urusan pada hari kerja pertama pejabat-pejabat berkenaan. Ahli-Ahli Lembaga Pemeriksa Di Perbendaharaan Negeri Kelantan terdiri daripada : Pengarah Pembangunan Negeri…
Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.