Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Buletin

Arkib Buletin Tahun 2011

Arkib Buletin Tahun 2011 (19)

Negeri Kelantan telah diberi kepercayaan sebagai tuan rumah dalam mengendalikan  Mesyuarat Pegawai Kewangan Dan Bendahari Negeri Se- Malaysia Bilangan 2 Tahun 2011. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Grand Riverview Hotel Kota Bharu pada 16 hingga 17 Disember 2011. Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Faudzi bin Haji Che Mamat (Pegawai Kewangan Negeri Kelantan). Ahli jawatankuasa adalah terdiri daripada Yang Berhormat Pegawai- Pegawai Kewangan Negeri dan Bendahari-Bendahari Negeri seluruh Malaysia. Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Perak, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Selangor dan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Terengganu telah menghidiri…
Rabu, 02 November 2011 10:03

Ucapan Bajet 2012

KESEJAHTERAAN BERSAMA KEBERKATAN Bismillahir Rahmanir Rahim وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (Surah Al-A'raf, ayat 96) Bermaksud: “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan..” Yang Berhormat Dato’ Speaker, Marilah sama-sama kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua dapatlah saya berdiri di dalam Dewan…
Selasa, 18 Oktober 2011 10:07

Pemeriksaan Unit Audit Tunai

UNIT AUDIT TUNAIPEMERIKSAAN MENGEJUT JABATAN DI BAWAH AP 309 Unit Audit Tunai pejabat ini telah mengadakan pengauditan di bawah AP 309 ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh pada 19 Zulkaedah 1432 H bersamaan 17 Oktober 2011 Lawatan mengejut ini telah dilakukan oleh dua orang anggota dari unit berkenaan yang terdiri daripada :1. En. Jusoff bin Hassan2. En. Wan Eskandar bin Wan Ali
Yang Berusaha En. Rosnazli bin Haji Amin, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri telah dijemput diberi kepercayaan menyampaikan ucapan penutup dan penyampaian sijil di Majlis Penutup Dan Penyampaian Sijil Latihan Pengurusan Kewangan (Hasil dan Terimaan) Untuk Kumpulan Sokongan mewakili Yang Berhormat Dato' Setiausaha Kerajaan Kelantan. Kursus berkenaan adalah anjuran Perbendaharaaan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis tersebut telah diadakan di Hotel Grand Continental, Kuantan pada 03 hingga 06 Oktober 2011.
Laman web Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mendapat penarafan 5 Bintang dan sekali gus berjaya berada tempat ke Sebelas dalam Penilaian Laman Web Dan Portal Malaysia oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec).Sebanyak 1,155 portal dan laman web telah dinilai dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 285 portal dan laman web kerajaan telah mendapat penarafan lima bintang untuk tahun 2011. Penilaian ini melibatkan keseluruhan laman web Kerajaan, Perbadanan dan Universiti di Malaysia. Perbendaharaan Negeri Kelantan mendapat tempat ke 11 daripada 768 laman web yang dinilai.Website Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan juga berada di tempat pertama diantara semua pejabat perbendaharaan negeri.Sekalung tahniah dan syabas diucapkan…
Rabu, 05 Oktober 2011 10:58

Perhimpunan Bulan Oktober 2011

Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Oktober 2011 warga Perbendaharaan Negeri talah diadakan pada 5 Zulkaedah 1432 bersamaan 3 Oktober 2011. Yang Berusaha En. Rosnazli bin Haji Amin, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapannya mengajak seluruh waga Perbendaharaan Negeri agar sentiasa mengamalkan budaya saling rasa sayang menyayangi diantara seluruh warga Perbendaharaan, tanpa mengira bahagian dan hubungan taraf kedudukan. Budaya saling ambil berat dan bertanya khabar antara satu sama lain (samada yang berkaitan dengan tugas harian ataupun yang berkaitan dengan peribadi dan keluarga) perlulah juga diterapkan bagi menjalin ikatan yang lebih harmoni. Beliau juga mengingatkan seluruh warga Perbendaharaan agar menghindar sikap-sikap negetif…
Khamis, 29 September 2011 12:06

Sumbangan Dari KEPENG

Pada 30 Syawal 1432H bersamaan dengan 28 September 2011,Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (KEPENG) telah menghulurkan sumbangan kepada staff perbendaharaan kelantan iaitu Puan Nor Asniza binti Mohd Nor (Pembantu Tadbir-Kesetiausahaan),sumbangan itu disampaikan oleh Puan Faizura binti Abdullah (Pegawai Teknologi Maklumat) merangkap Naib Yang Di-Pertua KEPENG. Puan Asniza dimasukan wad pada 25 September 2011 dan selamat menjalani pembedahan pada 26 September 2011 untuk membuang hempedu atau nama sainstifiknya "Gallbladder Surgery". Pada keesokan harinya Puan Asniza telah dibenarkan untuk pulang dan berehat di "Teratak Aqeel".
Isnin, 26 September 2011 11:32

Majlis Hari Raya KEPENG

Pada 24 Syawal 1432H bersamaan 22 September 2011, Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (KEPENG) telah mengadakan sedikit jamuan raya untuk kakitangan perbendaharaan. Jamuan ini bermula pada pukul 11.30 pagi dan dimulakan dengan ucapan YB. Dato Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapan itu,beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staff perbendaharaan kerana menjalankan tugas dengan penuh semangat dan berdedikasi. Beliau juga mengharapkan semua staff perbendaharaan boleh menjadi sebuah keluarga dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.
Isnin, 19 September 2011 09:04

Mesyuarat Kepeng 2011

Pada 18 September 2011 satu mesyuarat Ahli Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (KEPENG) telah diadakan bagi memantapkan kebajikan pekerja perbendaharaan kelantan. Ia diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan Kota Darulnaim,mesyuarat ini dipengerusi oleh YBrs Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Merangkap Yang Di-Pertua KEPENG iaitu Encik Rosnazli bin Haji Amin. Perkara yang dibincangkan ialah mengenai perlantikan Bendahari Kelab dan Ahli JawatanKuasa baru serta perlantikan Pengerusi Biro baru iaitu Biro Kebajikan & Agama dan Biro Sukan & Rekreasi. mesyuarat juga menbincangkan tentang kadar baru untuk yuran ahli dan juga kadar sumbangan kelab untuk kebajikan ahli-ahli. Tuan Pengerusi juga ingin…
Isnin, 19 September 2011 08:29

Majlis Hari Raya Unit IT & Akaun

Semua staff di Unit IT dan Unit Akaun telah mengadakan sedikit jamuan hari raya untuk meraikan staff-staff yang berpuasa enam. Jamuan ini diadakan pada 18 September 2011 bersamaan 20 Syawal 1432H jamuan ini bermula pada pukul 10.45 pagi. Antara makanan yang di sajikan untuk staff-staff ialah satay,rendang ayam dan daging,lotong,pulut kuning dan kuih-muih dan kek. Jamuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan ini sekali gus terbentuk sebuah keluarga di pejabat dan dapat meningkatkan produktiviti kerja di Perbendaharaan. Pada pukul 12.00 tgh majlis bersurai kerana ada mesyuarat KEPENG untuk semua staff perbendaharaan kelantan.
Selasa, 13 September 2011 09:02

Selamatkan Bumi Kita

Mitigasi dan adaptasi adalah dua istilah yang harus kita ketahui dalam menangani isu pemanasan global. Penggunaan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) seperti tenaga hidro, biomass, biogas dan solar bagi penjanaan kuasa sedang diberi penekanan lebih meluas sejajar dengan Dasar Lima Bahan Api negara ini yang dibentuk di bawah Rancangan Malaysia Ke-Lapan dan sedang digalakkan dengan memberi lebih penekanan di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sembilan. Langkah ini adalah untuk mengurangkan penggantungan terhadap bahan api fosil seperti arang batu dan minyak mentah. Setiap orang boleh menyumbang sedikit sebanyak kepada pemuliharaan alam sekitar seperti berikut: Jimatkan penggunaan tenaga di rumah dan di pejabat, padamkan…
Selasa, 23 Ogos 2011 07:47

Pertukaran Dalaman Bil 8/2011

Pada 24 Ramadhan 1432H bersamaan 24 Ogos 2011 satu pertukaran dalaman telah berlaku dimana Cik Norihan binti Husin Pembantu Akauntan (Unit Khidmat Perunding SPEKS) di Bahagian Akaun telah ditukarkan ke Bahagian Kewangan sebagai Pembantu Akauntan di Unit Bajet. Di Unit Bajet Cik Norihan akan membantu menyediakan maklumat bajet,data-data hasil,perbelanjaan mengurus,tanggungan dan pembangunan untuk bajet negeri.Cik Norihan juga akan menyediakan Buku Tunai,Buku Lejar,Surat Kelulusan Potongan Gaji,Senarai Penyata Pendiri,Penyata Penyesuaian Pendiri dan Surat Bayaran Lewat.
Selasa, 09 Ogos 2011 13:12

Kenaikan Pangkat Pegawai & Kakitangan

Seorang pegawai dan seorang kakitangan Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan telah dipilih dan disahkan kenaikan pangkat dalam jawatan masing-masing. Kenaikan pangkat pegawai dan kakitangan berkenaan berkuatkuasa mulai dari tarikh 6 Mei 2011.Yang Berusaha En. Rosnazli bin Haji Amin, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri ( Pegawai Tadbir Negeri ), dinaikkan pangkat dari Pegawai Tadbir Negeri, Gred N48 ke Pegawai Tadbir Negeri, Gred N52. Manakala Puan Hajjah Fauzilah binti Abd Rahman ( Penolong Akauntan ) dinaikkan pangkat dari Penolong Akauntan, Gred W32 ke Penolong Akauntan, Gred W36. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua -dua kakitangan berkenaan.
Pada 3 Julai 2011 satu perhimpunan kakitangan Perbendaharaan Negeri telah diadakan,pada perhimpunan kali kakitangan didedahkan dengan ICT. Dalam perhimpunan ini Puan Faizura (Pegawai Teknologi Maklumat) telah menerangkan secara ringkas mengenai Keselamatan ICT iaitu tentang cara melindungi kata laluan : Kerap menukar kata laluan. Kata laluan di cipta hasil gabungan nombor,huruf dan simbol. Sekurangnya 8 karakter. Jangan dedahkan kata laluan. Pada perhimpunan itu jugak disampaikan anugerah pekerja cemerlang untuk penggal ke-3 2011,Puan Ismarizan binti Ismail (Penolong Akuantan) berjaya menggodol anugerah pekerja cemerlang,anugerah itu disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri.
Ahad, 26 Jun 2011 08:53

Majlis Perpisahan

Satu majlis makan malam diadakan di Hotel Dynasty sempena perpisahan 2 orang pekerja Perbendaharaan Negeri Kelantan iaitu Tuan Haji Zainunddin Bin Awang dan Encik Azemi Bin Harun. Tuan Haji Zainunddin telah berkhidmat selama 5 tahun di treasury dan mula pencen pada 26 Mei 2011, Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri telah menyampaikan replika cek dan cenderahati kepada beliau sempena perpisahan beliau. Encik Azemi Bin Harun turut diraikan juga sempena pertukaran beliau ke Jabatan Kerja Raya Kota Bharu sebagai CC dan beliau juga menerima sedikit cenderahati dari Perbendaharaan sebagai kenang-kenangan.
Ahad, 26 Jun 2011 08:15

Hari Keluarga Perbendaharaan

Pada 16 Jun yang lepas Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mengadakan Hari Keluarga di Kuala Lumpur. Ia bermula pada 16 Jun 2011 sehingga 18 Jun 2011. Seramai 198 peserta yang mengikuti Hari Keluarga Perbendaharaan 151 orang dewasa dan 47 orang kanak-kanak. Program ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim di antara ahli keluarga Perbendaharaan Negeri Kelantan dan untuk lari seketika dari masalah kerja. Semua peserta berkumpul di masjid telipot pada pukul 7.30 pagi dan bertolak ke Kuala Lumpur pukul 8.00 pagi. Peserta menginap di Hotel Dynasty. Hari Keluarga ini diadakan juga majlis perpisahan 2 orang staff Perbendaharaan yang akan pencen dan bertukar.
Rabu, 01 Jun 2011 16:18

Program Bengkel Aset Alih

Pada 30 Mei 2011 hingga 31 Mei 2011, satu bengkel daftar terimaan Aset melalui Sistem Perakuanan Standard Kerajaan Negeri (SPEKS) telah dilaksanakan di Dewan Bunga Teratai Kompleks Kota Darulnaim bagi memantapkan pengurusan aset di setiap pejabat/jabatan. Bengkel ini dihadiri seramai 119 orang dari seluruh jabatan di bawah Kerajaan Negeri Kelantan. Tenaga pengajar untuk bengkel ini Encik Asmawi Bin Busu dan Puan Wan Norli Binti Ab Aziz.
Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan yang telah diadakan pada Hari Isnin 28 Muharram 1432H bersamaan 3 Januari 2011 telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri serta seluruh warga Perbendaharaan Negeri.
Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.