Print this page
Rabu, 24 Julai 2013 07:23

Perhimpunan Bulanan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan

Rate this item
(0 votes)

Pada 2 Ramadhan 1434H bersamaan 11 Julai 2013 telah diadakan Perhimpunan Bulanan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan. Perhimpunan telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan serta seluruh warga kerja Perbendaharaan Negeri Kelantan. Turut hadir dalam perhimpunan tersebut adalah Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan yang baru bertukar dari Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam, Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein dan kakitangan baru Puan Wan Asnida Binti Wan Abdullah sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) yang bertukar dari Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah.

Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dalam ucapan pendahuluannya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan. Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan juga mengalu-alukan kedatangan Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein dan Puan Wan Asnida Binti Wan Abdullah sebagai warga kerja Perbendaharaan Negeri Kelantan dan menyeru seluruh warga kerja Perbendaharaan Negeri Kelantan melaksanakan kerja dengan betul dan teratur serta memahami konsep hirarki masing-masing.

Dalam perhimpunan berkenaan jua, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri telah menyampaikan sijil penghargaan dan hadiah kepada Puan Wan Nor Aizam Binti Wan Ali, Pembantu Tadbir (Kewangan) Unit Akaun kerana dinobatkan sebagai Warga Kerja Contoh Untuk Bulan April-Jun 2013.

Read 1002 times Last modified on Selasa, 29 Disember 2015 16:45